Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah


FMT Reporters
-February 22, 2021 10:23 AM
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, masalah dihadapi rakyat perlu diutamakan.
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai “kerajaan Covid-19”, dengan berkata, rakyat bukan sahaja mahu melihat negara bebas daripada wabak itu, tetapi kehidupan mereka kembali pulih seperti sedia kala.

Zahid berkata, rakyat mahu melihat dan merasai bagaimana kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencari jalan untuk membantu mereka, yang menurutnya terkesan akibat kemerosotan ekonomi dan kehilangan pelabur langsung asing (FDI).

“Kerajaan ini adalah kerajaan Covid-19, segala-galanya dihubungkaitkan dengan Covid-19. Rakyat mahu melihat, bukannya sekadar Covid-19 sahaja ditangani.

“Rakyat perlukan duit poket, makanan di atas meja dan mahu terus melangsungkan kehidupan mereka.

“Kita akui takdir sudah menentukan seluruh dunia hadapi Covid-19, tetapi bolehkah kita terima hakikatnya pelabur asing sudah cabut pelaburan mereka dan berpindah ke negara lain di rantau Asia.

“700 ribu pengangguran kini berlaku, 233 ribu siswazah juga menganggur,” katanya dalam wawancara bersama Malaysia Post.

Zahid secara sinis “bersyukur” kerana kadar pengangguran 4.8% pada hari ini adalah kadar paling tinggi sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Kita terima hakikat norma baharu tetapi rakyat perlu makan. Jumlah kedai lebih banyak daripada pelanggan yang datang.

“Kedai runcit, sektor perkilangan, industri pelancongan dan sektor hospitaliti tidak dipedulikan.

“Saya perlu suarakan hal ini kerana suara saya adalah nadi kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Zahid berkata, langkah mengisytiharkan darurat tidak wajar diambil.

Katanya, persepsi yang timbul dalam kalangan rakyat bahawa ia bertujuan untuk menyelamatkan kedudukan perdana menteri tidak dapat dielakkan.

“Hakikat sebenarnya, matlamat asalnya untuk tangani Covid-19. Secara peribadi saya percaya proklamasi darurat tidak perlu dibuat.

“Dalam perkara ini saya amat taat setia dengan titah Agong, yang sudah dinasihati perdana menteri dan Muhyiddin juga mendapat mandat Jemaah Menteri supaya darurat diisytiharkan.

“Tetapi hakikatnya pada waktu sama rakyat perlu diambil peduli. Masalah rakyat perlu diutamakan. Tanpa rakyat kita tidak akan berada di mana-mana kedudukan dalam kerajaan, sama ada menteri atau wakil rakyat. Kepedulian rakyat harus diberi keutamaan,” katanya.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/zahid-pn-kerajaan-covid-19-rakyat-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Tipu Rakyat Dengan Manipulasi Angka Kes Covid 19

Henti Tipu Rakyat Dengan Manipulasi Angka Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 247 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Naib Presiden PKR Chang Lih Kang mengkritik kerajaan Perikatan Nasional kerana didakwa cuba untuk manipulasi angka Covid 19 sehingga memberi gambaran kurang tepat kepada rakyat Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri ...
Satu Satunya Kes Jangkitan Baru Covid 19 Di Singapura Alami Simptom 9 Hari Setelah Pulih Dari Gatal Tekak

Satu Satunya Kes Jangkitan Baru Covid 19 Di Singapura Alami Simptom 9 Hari Setelah Pulih Dari Gatal Tekak

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 220 hits
SINGAPURA Satu kes jangkitan tempatan dicatatkan dalam kalangan 11 kes baru COVID 19 yang dilaporkan di Singapura pada Rabu Kes 60277 itu adalah seorang wanita rakyat Singapura yang bekerja di Aibel iaitu sebuah syarikat yang menawarkan per
Jepun Kesan Lebih 90 Kes Covid 19 Jenis Baru

Jepun Kesan Lebih 90 Kes Covid 19 Jenis Baru

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 239 hits
KONGSI ARTIKEL TOKYO Jepun pada Jumaat mengesahkan telah menemui jenis baru virus COVID 19 Sejauh ini 91 kes varian itu dilaporkan di daerah Kanto di bahagian timur manakala lagi dua kes dikesan di beberapa lapangan terbang negara
Covid 19 2 936 Kes Terbaru Jangkitan Naik Mendadak Di Johor

Covid 19 2 936 Kes Terbaru Jangkitan Naik Mendadak Di Johor

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 224 hits
Sebanyak 2 936 jangkitan baru Covid 19 dilaporkan hari ini maklum KKM Sementara itu Johor mencatatkan kenaikan mendadak kes baru dengan 730 jangkitan berbanding semalam dengan 426 kes baru Selangor terus mendahului jangkitan tertinggi denga...
Kerajaan Perlu Jawab Penurunan Kes Covid 19 Hasil Dari Saringan Yang Dikurangkan Najib Razak

Kerajaan Perlu Jawab Penurunan Kes Covid 19 Hasil Dari Saringan Yang Dikurangkan Najib Razak

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 224 hits
PETALING JAYA Najib Razak tertanya adakah penurunan jumlah kes jangkitan baharu Covid 19 yang diumum setiap hari akibat jumlah saringan yang banyak dikurangkan selepas Kementerian Kesihatan dikatakan tidak lagi saring semua kontak rapat pos...
Kerajaan Pahang Sasarkan Sebanyak 1 12 Juta Rakyat Akan Terima Suntikan Vaksin Covid 19

Kerajaan Pahang Sasarkan Sebanyak 1 12 Juta Rakyat Akan Terima Suntikan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 244 hits
nbsp KUANTAN nbsp Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan sebanyak 1 12 juta atau 70 peratus daripada 1 67 juta rakyat Pahang akan menerima suntikan vaksin COVID 19 menerusi program suntikan vaksin yang dijadualkan bermula akhir bulan ini Menter...
Vaksin Covid 19 Nyawa Ahli Politik Lebih Penting Dari Rakyat

Vaksin Covid 19 Nyawa Ahli Politik Lebih Penting Dari Rakyat

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 248 hits
Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan menjadi antara penerima vaksin Covid 19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam Beliau berkata perkara itu dipersetujui...
2 Jangkitan Dalam Masyarakat Antara 10 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura

2 Jangkitan Dalam Masyarakat Antara 10 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 266 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Singapura melaporkan 10 kes baru COVID 19 sehingga tengah hari Khamis menurut kemas kini awal harian Kementerian Kesihatan Kes baru itu melibatkan dua jangkitan dalam masyarakat dan lapan kes import
Bertegas Jangan Tunduk Desakan Mca Bina Lebih Banyak Sekolah Cina

Bertegas Jangan Tunduk Desakan Mca Bina Lebih Banyak Sekolah Cina

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 219 hits
Desakan parti itu hanya lebar jurang pupuk integrasi nasional BANGI 29 Jamadilakhir 1442H Khamis Lebih baik kerajaan membangunkan sekolah beridentitikan kebangsaan daripada membina sekolah vernakular Demikian reaksi sinis Presiden Ikatan Gu...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo