Tuaran Beluran Dan Sandakan Catat Kenaikan Kes Covid 19 Mendadak


3 daerah mencatat peningkatan mendadak kes Covid-19 di Sabah hari ini sekali gus menyumbang kepada 1,255 kes direkodkan.


Kota Kinabalu: Tiga daerah mencatat peningkatan mendadak kes Covid-19 di Sabah hari ini sekali gus menyumbang kepada 1,255 kes direkodkan.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, daerah terbabit ialah Tuaran, Beluran dan Sandakan, masing-masing mencatat kes tiga angka hari ini berbanding hanya satu dan dua angka semalam.

Katanya, peningkatan tertinggi direkodkan di Beluran dengan sebanyak 123 kes baharu berbanding hanya enam kes yang dilaporkan semalam berpunca daripada saringan bersasar yang mengesan 109 kes baharu.

"Kes baharu di Tuaran melonjak tinggi ke 143, bertambah 47 kes berbanding 96 kes yang dicatatkan semalam. Ini disebabkan 39 kes baharu yang diperolehi melalui saringan bersasar di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan 79 kes kontak rapat.

"Kes baharu di Sandakan juga mencatatkan penambahan yang tinggi iaitu daripada 72 kes semalam kepada 108 kes hari ini. Kluster baharu Lebuh Empat menyumbang 39 kes bagi daerah ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Selain itu, katanya daerah Kota Kinabalu dan Tawau juga masih mencatat kes yang tinggi tiga angka hari ini walaupun ada sedikit penurunan.

Kedua-dua daerah itu, katanya masing-masing mencatat sebanyak 241 kes dan 135 kes hari ini, berbanding 262 kes dan 177 kes semalam.

Katanya, semua daerah di Sabah mencatat kes baharu hari ini dengan sekurang-kurang satu kes iaitu di Kuala Penyu, diikuti Ranau (dua), Nabawan (tiga), Sipitang dan Telupid masing-masing tujuh kes serta sembilan kes di Pitas.

Daerah lain, katanya mencatat kes dua angka dan tiga angka hari ini bermula dengan 10 kes di Semporna hingga 241 kes di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan tempatan dan Perumahan negeri, berkata kontak rapat kekal menjadi penyumbang terbesar kes baharu hari ini dengan sebanyak 618 kes atau 49.2 peratus daripada jumlah harian.

"Ia diikuti kategori bergejala sebanyak 247 kes (19.7 peratus) dan melalui kluster sedia ada sebanyak 131 kes (10.4 peratus).

"Kes baharu yang diperolehi melalui saringan bersasar di lokasi PKPD pula menyumbang 187 kes atau hampir 15 peratus daripada kes keseluruhan," katanya.

Katanya, dua kluster baharu turut dilaporkan hari ini iaitu Kluster Tarikan, Nabawan yang sehingga kini mencatat 14 kes termasuk satu kes baharu dan Kluster Lebuh Empat, Sandakan yang merekodkan kumulatif 50 kes termasuk 39 kes baharu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/tuaran-beluran-dan-sandakan-catat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Guan Eng Minta Tolong Kerajaan Kes Covid 19 Naik Mendadak

Lim Guan Eng Minta Tolong Kerajaan Kes Covid 19 Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 202 hits
WARTAWAN SUARA MERDEKA LIM GUAN ENG Dengan kes Covid 19 di Pulau Pinang naik mendadak sekitar 1 000 sehari Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta bantuan kerajaan persekutuan untuk meningkatkan vaksinasi di negeri berkenaan Pada hari Kha...
Sabah Terus Catat Peningkatan 1 383 Kes Baharu Covid 19

Sabah Terus Catat Peningkatan 1 383 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 265 hits
Penambahan kes ketara ini JKNS dan agensi berkaitan sedang berusaha untuk memberi vaksin kepada rakyat dalam kadar yang cepat Sabah terus mencatatkan pertambahan kes baharu COVID 19 iaitu sebanyak 1 383 kes dengan penambahan sebanyak 136 ke...
Terkini Malaysia Catat Kes Harian Tertinggi Hari Ini Dengan 21 668 Positif Covid 19

Terkini Malaysia Catat Kes Harian Tertinggi Hari Ini Dengan 21 668 Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 300 hits
Hari ini Malaysia sekali lagi mencatatkan rekod kes jangkitan harian tertinggi dengan jumlah kes positif Covid 19 sebanyak 21 668 kes Ini menjadikan kes kumulatif di negara ini meningkat ke 1 342 215 kes
Sabah Catat Rekod Tertinggi Dengan 2 052 Kes Baharu Covid 19

Sabah Catat Rekod Tertinggi Dengan 2 052 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 271 hits
Masidi Manjun berkata pekerja pelantar minyak didapati positif selepas ujian saringan di tempat kerja manakala pekerja di tapak binaan Hyatt Centric membabitkan penularan di rumah kongsi mereka KOTA KINABALU Sabah mencatatkan rekod tertingg...
Jangkitan Covid 19 Turun Lagi 18 688 Kes Hari Ini Sabah Catat 1 379

Jangkitan Covid 19 Turun Lagi 18 688 Kes Hari Ini Sabah Catat 1 379

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 245 hits
Sebanyak 18 688 kes jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini SHAH ALAM Sebanyak 18 688 kes jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini menunjukkan penurunan berbanding 19 257 kes semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ber...
China Catat Kes Jangkitan Harian Covid 19 Tertinggi

China Catat Kes Jangkitan Harian Covid 19 Tertinggi

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 227 hits
BEIJING China semalam melaporkan jumlah harian tertinggi kes COVID 19 dalam gelombang penularan terbaru wabak itu disebabkan lonjakan jangkitan tempatan Negara itu melaporkan 124 kes baru kelmarin menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional meni...
Covid 19 Johor Kedah Pula Catat Kes Empat Digit

Covid 19 Johor Kedah Pula Catat Kes Empat Digit

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 180 hits
Jika semalam kes positif harian baharu Covid 19 mencecah lebih 17 000 namun hari ini bilangannya berkurangan dengan 14 516 kes dilaporkan Gambar hiasan KUALA LUMPUR Jika semalam kes positif harian baharu Covid 19 mencecah lebih 17 000 namun...
Kes Covid 19 Naik Mendadak Di Perlis Disebabkan Rentas Negeri Kata Mb

Kes Covid 19 Naik Mendadak Di Perlis Disebabkan Rentas Negeri Kata Mb

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 243 hits
Azlan Man berkata pematuhan rakyat Perlis terhadap SOP masih tinggi tetapi kes meningkat disebabkan kegiatan rentas negeri PETALING JAYA Kenaikan mendadak kes baharu Covid 19 di Perlis dipercayai berpunca daripada kegiatan rentas negeri kat...
China Lapor 76 Kes Baru Covid 19 Kenaikan Harian Tertinggi Sejak Januari

China Lapor 76 Kes Baru Covid 19 Kenaikan Harian Tertinggi Sejak Januari

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 190 hits
Petugas kesihatan melakukan ujian saringan COVID 19 besar besaran di wilayah Nanjing China Foto AFP BEIJING China melaporkan 76 kes baru COVID 19 pada Ahad naik daripada 32 kes sehari sebelumnya sedang bandar Nanjing memulakan ujian kedua s...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau