Kes 8 Remaja Menunggang Basikal Lajak Maut 2017 Mahkamah Rayuan Tetapkan 13 Oktober Untuk Pengurusan Kes Selanjutnya


Kes 8 remaja menunggang basikal lajak maut 2017, Mahkamah Rayuan tetapkan 13 Oktober untuk pengurusan kes selanjutnya




Mahkamah Rayuan menetapkan 13 Oktober bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan kerani, Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017.

Peguam Harvinderjit Singh, seorang daripada peguam yang mewakili Sam ketika dihubungi berkata, tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz semalam.


Tarikh baharu itu ditetapkan kerana rekod rayuan belum siap, kata peguam itu.


Pada 28 Oktober 2018, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskan Sam tanpa memerintahkan membela diri terhadap pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017.


Lapan remaja yang maut dalam tragedi itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.


Pada 2019, Hakim Mahkamah Tinggi Dr Shahnaz Sulaiman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Majistret dan mengarahkan Sam untuk membela diri bagi pertuduhan tersebut.


Majistret Siti Hajar Ali yang mendengar kes itu pada 2019, sekali lagi melepas dan membebaskan Sam di akhir kes pembelaan, menyebabkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan kedua ke Mahkamah Tinggi.


Pada 13 April tahun ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan kesalahan memandu secara melulu dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000.


Sam mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 18 April lalu untuk merayu terhadap sabitan dan hukumannya.


Mahkamah Rayuan juga membenarkan permohonan Sam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan membebaskannya dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu pendengaran rayuannya.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/08/kes-8-remaja-menunggang-basikal-lajak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebara...
Kes 1mdb Penampilan Pertama Najib Tiba Di Kompleks Mahkamah Tinggi

Kes 1mdb Penampilan Pertama Najib Tiba Di Kompleks Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 369 hits
Aug 25 2022 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 27 pagi tadi untuk menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad berjumlah RM2 28 bilion Beliau d...
Polis Tahan Lima Individu Termasuk Remaja Perempuan 14 Tahun Kes Culik Bayi Perempuan Berusia 9 Bulan

Polis Tahan Lima Individu Termasuk Remaja Perempuan 14 Tahun Kes Culik Bayi Perempuan Berusia 9 Bulan

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 246 hits
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos Polis menahan lima individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 14 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan diculik dari rumah pengasuhnya di Bukit Tengah di ...
Langsung Pendengaran Rayuan Terakhir Kes Src Najib Bermula

Langsung Pendengaran Rayuan Terakhir Kes Src Najib Bermula

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 253 hits
malaysiakini comSelepas dua hari pendengaran Mahkamah Persekutuan akhirnya akan mendengar rayuan terakhir bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42...
Asyraf Kritik Keputusan Dalam Kes Najib Boleh Dituduh Hina Mahkamah

Asyraf Kritik Keputusan Dalam Kes Najib Boleh Dituduh Hina Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 302 hits
agendaily com17 08 2022Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes rasuah SRC International Sdn B...
Rayuan Akhir Najib Mahkamah Mungkin Terus Buat Keputusan

Rayuan Akhir Najib Mahkamah Mungkin Terus Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 299 hits
hmetro com myNAJIB keluar selepas mahkamah menangguhkan perbicaraan perbicaraan rayuan terakhir membabitkan dana SRC International di Mahkamah Persekutuan Putrajaya kelmarin FOTO Mohd Fadli HamzahKuala Lumpur Banyak ketidakpastian dilihat m...
Gara Gara Gurauan Remaja Lelaki Maut Dalam Kebakaran

Gara Gara Gurauan Remaja Lelaki Maut Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 208 hits
Gara gara gurauan remaja lelaki maut dalam kebakaran Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 28 Aug 2022 11 28PM
Remaja Maut Terbakar Dalam Tandas Dek 2 Rakannya Bermain Api

Remaja Maut Terbakar Dalam Tandas Dek 2 Rakannya Bermain Api

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 936 hits
Remaja maut terbakar dalam tandas dek 2 rakannya bermain apiTindakan dua remaja lelaki berusia 15 tahun bermain api dengan niat bergurau telah menyebabkan seorang rakan mereka rentung terbakar dalam tandas awam Ketua Polis Daerah Sungai Bul...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan

Lawan Petanque Makan Ayam Gepuk Bang Ujang Minum Penang Ais Tingkap

8 Contoh Kata Sambutan Pembukaan Acara Resmi Singkat

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh