Kes 1mdb Bekas Pengarah Urusan Pic Dakwa Jadi Kambing Hitam



(SinarHarian) – Bekas Pengarah Urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), Khadem al-Qubaisi yang didakwa menjadi watak penting dalam menyalurkan dana 1MDB, mendakwa tidak adil jika beliau dipersalahkan dalam skandal itu.
Memetik laporan MalaysiaKini, menerusi wawancara telefon pertama beliau dengan Wall Street Journal (WSJ) di penjara Abu Dhabi, Khadem berkata, arahan supaya IPIC menjadi rakan perniagaan utama dengan 1MDB dibuat dengan pengetahuan penuh pegawai Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang lebih senior.
Menurutnya, beliau kini dijadikan kambing hitam berikutan kehilangan berbilion dolar dari syarikat pelaburan Malaysia itu.
“Saya melakukan perjanjian ini tetapi saya melakukannya bagi pihak kerajaan Abu Dhabi. Sekarang, mereka meletakkan segala-galanya di bahu saya,” katanya.
Beliau juga mendakwa walaupun belum disiasat oleh mana-mana badan penguatkuasaan undang-undang mengenai 1MDB, pegawai UAE telah datang ke penjara Al Wathba di Abu Dhabi di mana dia ditahan untuk menekannya menandatangani penyerahan aset.
“Sekiranya saya melakukan sesuatu yang salah bagi perjanjian Malaysia ini, mereka boleh pergi ambil aset saya, tidak ada masalah. Mengapa sebuah syarikat swasta cuba mengawal aset saya?” soalnya.
Khadem yang juga bekas pengerusi anak syarikat IPIC, Aabar Investment, didakwa menerima AS$1.4 bilion dari 1MDB yang sepatutnya dibayar kepada IPIC menerusi akaun syarikat luar pesisirnya.
Dakwaan tersebut dibuat oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam saman sivilnya.
Dana yang diambil itu kemudiannya dibahagikan antara Qubaisi, ahli perniagaan kontroversi, Jho Low dan lain-lain.
Beliau sebelum ini mengetuai Aabar pada tahun 2015 dan dipenjara di Abu Dhabi setahun kemudian tanpa sebarang pertuduhan. Dia didakwa selepas kerajaan Switzerland melakukan siasatan ke atas 1MDB.
Mengulas lanjut, Khadem turut mendakwa dua anak saudaranya yang mempunyai kuasa terhadap beberapa asetnya telah ditahan sehingga mereka menandatangani penyerahan kereta mewah bernilai lebih AS $40 juta kepada Das Holding.
WSJ melaporkan peguam yang terlibat dalam kes Khadem yang menyatakan individu teraebut menyalahgunakan dan melampaui kuasanya di IPIC untuk mendapatkan keuntungan peribadi
“Sekarang dia lebih bimbang untuk menjaga kekayaan haramnya daripada melakukan perkara yang betul dengan mengaku bersalah dan mengembalikan hasil yang diperolehnya daripada kegiatan jenayahnya,” katanya.
Peguam itu juga menolak keterangan Khadem mengenai keadaan penjara dan layanan buruk yang dikatakan sebagai tidak tepat.
Menurut saman DOJ, Qubaisi menggunakan dana bernilai AS$ 471 juta yang dicuri ke akaun peribadinya di Luxembourg untuk membeli hartanah di Amerika Syarikat.
WSJ melaporkan dokumen menunjukkan bahawa pihak berkuasa, bagaimanapun tidak menyasarkan aset yang lebih besar dibiayai dengan wang 1MDB iaitu sebuah kapal layar sepanjang 482 kaki bernilai setengah bilion dolar yang disebut sebagai Topaz.
Qubaisi didakwa menyalurkan kira-kira AS$ 132 juta yang berasal dari 1MDB untuk pembayaran hutang kapal layar itu antara 2012 dan 2015.
Dokumen juga menunjukkan bahawa baki pinjaman ke atas kapal setinggi lapan tingkat yang mempunyai kolam renang dan pawagam itu telah dibayar sepenuhnya pada bulan April tahun lepas oleh individu yang tidak dinamakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/24/kes-1mdb-bekas-pengarah-urusan-pic-dakwa-jadi-kambing-hitam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wsj Individu Dikatakan Watak Utama Kes 1mdb Dakwa Dikambing Hitam

Wsj Individu Dikatakan Watak Utama Kes 1mdb Dakwa Dikambing Hitam

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 451 hits
Emirati Khadem al Qubaisi mendakwa adalah tidak adil dia dipersalahkan dalam skandal itu dan dipaksa pulangkan asetnya
Banyak Lagi Makanan Kenapa Mesti Daging Babi Bekas Pengarah Urusan Mas Akhirnya Bersuara

Banyak Lagi Makanan Kenapa Mesti Daging Babi Bekas Pengarah Urusan Mas Akhirnya Bersuara

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 322 hits
Banyak Lagi Makanan Kenapa Mesti Daging Babi Bekas Pengarah Urusan MAS Akhirnya BersuaraBanyak Lagi Makanan Kenapa Mesti Daging Babi Bekas Pengarah Urusan MAS Akhirnya Bersuara
Kes 1mdb Adakah Najib Telah Mengaku Salah

Kes 1mdb Adakah Najib Telah Mengaku Salah

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 471 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Hadir mahkamah Kenyataan...
Permohonan Pindah Kes Rasuah Melibatkan Bekas Menteri Wilayah Ditarik Balik

Permohonan Pindah Kes Rasuah Melibatkan Bekas Menteri Wilayah Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Kes seorang ahli perniagaan yang didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat menaikkan ratio berkaitan pembanguna...
Bekas Pengarah Imigresen Gesa Kerajaan Ketat Syarat Kahwini Warga Asing

Bekas Pengarah Imigresen Gesa Kerajaan Ketat Syarat Kahwini Warga Asing

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 307 hits
January 26 2019 9 37 AMLelaki warga asing dilaporkan mengahwini wanita tempatan untuk menceburi bidang perniagaan PETALING JAYA Kerajaan digesa memperketatkan syarat kepada warga asing yang ingin mengahwini wanita tempatan bagi mengelakkan ...
Gerindra Inteli Urusan Politik Bisa Tapi Inteli Mafia Beras Enggak Mau

Gerindra Inteli Urusan Politik Bisa Tapi Inteli Mafia Beras Enggak Mau

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 411 hits
Wakil Ketua Umum Partai Gerindra Edhy Prabowo menyoroti masalah mafia pangan terutama beras yang masih menjadi masalah Edhy enggan spekulasi apakah mafia pangan bekerja sama dengan aparat Namun masalah mafia pangan bisa selesai bila pemimpi...
Ernisha Dakwa Ada Pengkhianat Anna Jobling Diserang Netizen

Ernisha Dakwa Ada Pengkhianat Anna Jobling Diserang Netizen

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 722 hits
Nampaknya kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam tempoh hari masih lagi hangat diperkatakan Hari ini nama Ernisha pula menjadi bualan ramai dan dikecam teruk berhubung video terseb...
Wakil Rakyat Kena Ikut Ajaran Islam Permudah Urusan Rakyat Uncle Kentang

Wakil Rakyat Kena Ikut Ajaran Islam Permudah Urusan Rakyat Uncle Kentang

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 540 hits
Nama Uncle Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi Berusia 55 tahun Chee Heng cukup terkenal dengan kerja kerja kebajikan yang beliau lakukan sejak sekian lama Lelaki yang berasal dari K...
Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji

Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 560 hits
Siapa sangka saat menunggang motor dan dibonceng oleh ibu adalah kali terakhir dia dapat lihat wanita itu di dunia ni Itulah yang terjadi kepada Zulfianshah Syaifullah 18 apabila dia kehilangan ibunya dalam kejadian menyayat hati itu Menuru...
Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kek Lapis Penganan Pilah

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Flood Situation In Sabah Worsens


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maher Zain Feat Harris J Qalbi Fil Madinah Chord

Marketing Semakin Mudah Chatbot Sudah Disediakan Untuk Bisnes Anda

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dinda Dania Katana Chord