Wakil Rakyat Kena Ikut Ajaran Islam Permudah Urusan Rakyat Uncle Kentang


Nama Uncle Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.Berusia 55 tahun, Chee Heng cukup terkenal dengan kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan sejak sekian lama.Lelaki yang berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor ini pernah bertugas sebagai anggota polis selama enam tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya dan menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.Semalam Malaysia Gazette menemui Chee Heng di kediamannya di Puchong Utama, Selangor.Pertemuan yang sepatutnya pada pukul 4 petang itu terpaksa dilewatkan hampir sejam. Ini kerana Chee Heng terpaksa bergegas ke wad kecemasan sebuah hospital bagi membantu rakannya yang diserang angin ahmar.
“ Maafkan saya, bukan saya sengaja. Beginilah kehidupan saya. Sebenarnya bila kita membantu orang, ibaratnya macam kita bantu diri sendiri juga, kita takkan rugi apa-apa,” katanya memulakan perbualan.Ketika kami menemuinya, ada empat telefon bimbit di atas meja kecilnya. Setiap satu telefon mewakili ‘pelbagai situasi’ yang berlainan. Ada khas untuk orang ramai membuat aduan, sebuah telefon bimbit untuk perkhidmatan van jenazah untuk orang Islam, sebuah telefon bimbit untuk panggilan kecemasan dan sebuah lagi untuk bantuan kepolisan masyarakat.Tidak lama selepas kami dipelawa duduk, datang pula dua orang pembantu beliau yang datang membawa berkampit-kampit beras ke rumahnya untuk diberikan pada mereka yang tidak berkemampuan.“ Kedua-dua mereka ini bekerja sepenuh masa dengan saya. Saya bayar gaji mereka untuk memberi bantuan pada masyarakat yang memerlukan rawatan kesihatan khususnya di Puchong ini. Kita bagi perkhidmatan percuma, ambulan percuma, van jenazah pun percuma pada golongan miskin, hantar ke hospital pun kita cuma caj sepuluh sen,” katanya.Mengenai komitmen dan kesungguhan beliau yang ‘mengalahkan’ seorang wakil rakyat, Chee Heng tidak menunggu lama untuk membidas kebanyakan ‘Yang Berhormat’ atau YB di negara ini yang beliau sifatkan gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pengundi mereka.Katanya, tidak ada sebab untuk tidak memberikan perkhidmatan yang didambakan kerana setiap daripada YB ini mempunyai peruntukan yang besar untuk dibelanjakan di kawasan masing-masing.Beliau kesal kerana ahli politik ini hanya mementingkan ‘wajah’ dan propaganda politik mereka daripada membantu rakyat marhaen yang susah dan melarat.Sebagai contoh, beliau mempersoalkan kenapa ramai para YB sekarang takut untuk meletakkan nombor telefon bimbit peribadi mereka di kain–kain pemidang (banner) terutama bila menjelang satu-satu perayaan atau hari-hari kebesaran tertentu.Sepatutnya mereka, kata Chee Heng, perlu ikut apa yang diajar oleh agama Islam iaitu memudahkan kehidupan para pengundi yang bersusah payah mengundi mereka sehingga mencapai kemenangan setiap kali pilihan raya diadakan.“ Saya ada empat telefon bimbit ni bukan sebab saya gila, tetapi bagi memudahkan orang menghubungi saya. Saya selalu sebut, dalam kain-kain pemidang yang digantung itu, muka kita tak penting, tetapi nombor telefon tu yang utama dan perlu letak dulu.“ Kalau boleh biar dari jarak 10 batu lagi rakyat dah nampak, jadi rakyat senang telefon kita. Bila rakyat senang telefon kita, itulah maksudnya PERMUDAHKAN!“ Saya ni gelojoh, saya nak Tuhan permudahkan jalan saya jadi saya permudah urusan orang . Sebab tu saya ni mudah, kalau saya boleh bagi (bantuan), saya bagi. Kalau saya tak boleh, saya kata tak boleh. Tak payah suruh orang tunggu, tak payah berpura-pura lagi,” tegasnya.Dalam pada itu, beliau mengakui ramai daripada mereka yang datang menemuinya untuk meminta bantuan adalah orang Melayu.Namun beliau tidak pernah menganggap ia berpunca daripada sifat malas golongan berkenaan, malah beliau merasakan orang Melayu juga terkenal dengan kesungguhan mereka dalam mencari rezeki.Pun begitu beliau berpendapat, orang Melayu juga perlu mengikis sifat cemburu yang keterlaluan jika ingin terus berjaya disamping tidak lalai dalam menjaga tubuh badan serta kesihatan mereka.“ Saya kenal ramai orang Melayu yang kuat bekerja, dia tidur empat jam saja sehari. Tengok saja orang Melayu yang pergi bekerja di Singapura, mereka sanggup kurang tidur, memang rajin. Dan satu benda yang perlu kita ingat, adakalanya bukan pemalas, tetapi rezeki belum sampai.“ Cuma saya nak tegur sikit, Melayu ni kurang jaga kesihatan. Banyak yang kena potong kaki, kencing manis sebagai contoh. Mereka juga ‘kuat cemburu’. Kalau perniagaan kawan mereka laris, mereka taruk bomoh, taruk toyol untuk kacau. Itu kita kena kikis,” ujarnya sambil tersenyum.Kerancakan Chee Heng berbicara tiba-tiba terhenti ketika diminta mengimbas kembali memori sewaktu di zaman persekolahannya.Menurutnya, beliau lahir dari keluarga yang susah dan miskin. Chee Heng masih ingat bagaimana beliau terpaksa memakai seluar bersaiz besar ketika pergi ke sekolah kerana keluarganya tidak mampu membelikan pakaian mengikut saiz yang sepatutnya.Disebabkan itu, ujarnya, beliau sering diketawakan.“ Seluar saya besar ‘gajah’. Orang ketawa dan sindir saya. Sebab itu saya selalu mengingatkan, jangan kerana kamu susah lalu kamu ‘give up’. Susah itu juga kurniaan Tuhan supaya suatu hari nanti kamu boleh tolong orang lain,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya.Wajahnya kembali ceria apabila ditanya mengenai banyak komen-komen di Facebook yang mendoakan beliau ‘diberi hidayah’ dan seterusnya memeluk Islam.Kata Chee Heng, beliau langsung tidak marah atau terasa hati apabila diajukan perkara sedemikan.“ Sebenarnya (komen) itu saya sifatkan sangat indah kerana orang sering mendoakan saya menjadi seorang Muslim. Bagi saya, bab agama adalah saya dengan Tuhan. Saya belum Islam, saya belum Kristian, saya belum Budhist. Akan datang saya tak tahu, mungkin tiba-tiba ada petunjuk lain, itu saya tak tahu,” katanya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan. – Malaysia Gazette.Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2019/01/wakil-rakyat-kena-ikut-ajaran-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalaulah Saya Penguatkuasa Saya Tak Sita Saya Akan Bimbing Uncle Kentang

Kalaulah Saya Penguatkuasa Saya Tak Sita Saya Akan Bimbing Uncle Kentang

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 501 hits
Kalaulah Saya Penguatkuasa Saya Tak Sita Saya Akan Bimbing Uncle Kentang Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang seorang aktivis sosial terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerluka...
G25 Malaysia Akan Gagal Miskin Jika Ikut Model Negara Islam Ala Isma

G25 Malaysia Akan Gagal Miskin Jika Ikut Model Negara Islam Ala Isma

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 607 hits
Diterbitkan pada 02 January 2019Oleh Yiswaree PalansamyPemimpin dan penggerak kempen Malaysia negara Islam menunjukkan simbol jari berbentuk C sebagai lambang bulan sabit Foto ihsan Twitter Malaysia Negara IslamKUALA LUMPUR 2 Jan Kumpulan t...
Wakil Rakyat Umno Sertai Ppbm Belum Tentu Jadi Calon Pru15 Kata Mukhriz

Wakil Rakyat Umno Sertai Ppbm Belum Tentu Jadi Calon Pru15 Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 384 hits
PUTRAJAYA Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan keanggotaan bekas pemimpin Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengambil kira pandangan anggota di peringkat akar umbi dalam membuat keputusan kata ...
Kembali Kepada Ajaran Islam 8935

Kembali Kepada Ajaran Islam 8935

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 322 hits
Ikutkan xyah sambut tahun baru masihi lagi bagus Aamiin KEMPEN TUKAR AKTIVITI MALAM TAHUN BARU 2019JOM UBAH Daripada an Nawwas bin Sim an al Ansari RA beliau berkata Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa M...
60 Pks Tidak Tahu Tentang Kemudahan Kewangan Islam

60 Pks Tidak Tahu Tentang Kemudahan Kewangan Islam

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Hampir 60 peratus Perusahaan Kecil dan Sederhana tidak menyedari tentang adanya kemudahan pembiayaan perniagaan Islam yang disediakan kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Adnan Zayla ni Mohamad Zahid Beliau berkata kebany...
Ini Penjelasan Dr Zair Naik Mengapa Islam Melarang Yoga Rileks Media

Ini Penjelasan Dr Zair Naik Mengapa Islam Melarang Yoga Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 349 hits
Seorang pemuda bertanya kepada Dr Zakir Naik dalam sebuah forum yang dihadiri ribuan orang mengapa Lembaga Fatwa Malaysia melarang muslim melakukan yoga Beberapa tahun lalu lembaga Fatwa Malaysia melarang muslim melakukan yoga mereka berkat...
Tepis Label Anti Islam Ma Ruf Akan Sisipkan Ilmu Agama Di Debat Capres

Tepis Label Anti Islam Ma Ruf Akan Sisipkan Ilmu Agama Di Debat Capres

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 256 hits
Wakil Ketua Tim Kampanye Nasional Arsul Sani mengatakan Calon Wakil Presiden Ma ruf Amin akan menyisipkan perspektif keagamaan dalam debat capres cawapres tahap pertama pada 17 Januari besok Penyisipan itu dilakukan guna menghilangkan label...
Video Saya Macam Baru Masuk Islam Waheeda Dedah Dugaan Selama 10 Tahun Menghilang Bakal Kembali Ke Dunia Seni

Video Saya Macam Baru Masuk Islam Waheeda Dedah Dugaan Selama 10 Tahun Menghilang Bakal Kembali Ke Dunia Seni

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 702 hits
Sekian lama menyepi dari dunia seni penyanyi Waheeda yang dahulu pernah popular dengan lagu Wassini kini kembali Dia bakal tampil meneruis karya karya baharu dengan kolaborasi artis popular tanah air Waheeda mendirikan rumah tangga bersama ...
Perkara Perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin

Perkara Perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 874 hits
Dari semasa ke semasa penulis juga diminta terlibat apabila saudara mara mengadakan majlis kenduri kahwin Kini penulis merasakan begitu ngeri sekali apabila melihat betapa umat Islam hari ini telah lari jauh dari ajaran Islam dalam menjalan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba