Kes 1mdb Adakah Najib Telah Mengaku Salah



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Hadir mahkamah:Kenyataan terbaru boleh dijadikan buktiNajib: 1MDB bukan silap saya seorang, seluruh sistem gagal (Malaysiakini).Najib: 1MDB not one man's fault, it's a systemic failure (Malaysiakini).Skandal 1MDB: Jangan salahkan saya, ia kegagalan sistem, kata Najib (Free Malaysia Today).Najib Blames ‘systemic failure’ in 1MDB (Malaysian Insight).[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]Di atas adalah beberapa tajuk berita berkaitan jawapan bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, kepada wartawan di Cameron Highlands 18 Januari lepas.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang bertanya jika Najib juga akan meminta maaf selepas bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs, menyatakan rasa kesal dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas peranan bekas pegawai tingginya, Tim Leissner, dalam skandal 1MDB.
"Kami telah meletakkan sistem termasuk Goldman Sachs dan semua juru audit, mereka sepatutnya memberitahu kami jika ada sebarang perkara yang tidak dijangka berlaku. Kami juga ada lembaga pengarah, pengurusan dan lain-lain lagi.
"Jadi ia kegagalan seluruh sistem. Ia (kesilapan) tidak boleh hanya diletakkan kepada hanya seorang saja, ia kegagalan seluruh sistem," kata Najib.Saya menunggu lama sikit untuk mengulas kerana saya kurang pasti kalau Najib benar-benar membuat kenyataan itu atau media massa tersilap lapor.Tetapi sehingga sekarang tidak terbaca penjelasan atau penafian daripada bekas “Malaysian Official One” atau Pegawai Nombor Satu Malaysia itu, maka kesimpulannya benarlah dia membuat kenyataan tersebut.Dalam bahasa paling mudah, dia mengaku terbabit dengan skandal 1MDB cuma bukan bersendirian tetapi bersama dengan orang lain.Konspirasi 1MDBSatu dunia sudah tahu bahawa 1MDB adalah sebuah persepakatan atau konspirasi penipuan yang melibatkan banyak orang dan pihak di dalam dan luar negara.Kita tahu Jho Low terlibat. Kita tahu Goldman Sachs terlibat. Begitu juga beberapa buah firma perakaunan antarabangsa.Juga terlibat adalah Arul (Azrul) Kanda Kandasamy, Khadem al-Qubaisi, Mohammad Al Hussaini, Ahmad Maslan dan Shahrir Samad. Malah banyak lagi.Mereka ini terlibat menipu negara dan rakyat jelata melalui operasi 1MDB, melindungi kesalahan, menerima dan mengubah duit haram yang berasal dari operasi songsang 1MDB, pecah amanah dan salah guna kuasa.Setidak-tidaknya pun mereka menyokong Mohd Najib walaupun mempunyai bukti yang cukup bahawa berlaku penyelewengan besar dalam urus tadbir 1MDB.Cuma yang mengejutkan adalah Mohd Najib sendiri secara terbuka mengaku kepada khalayak ramai bahawa beliau terlibat bersama beberapa orang lain dalam skandal yang menyebabkan terjadi kegagalan sistemik dalam 1MDB.Saya sudah banyak kali menyebut dan menulis mengenai kegagalan yang sistemik dalam urus tadbir 1MDB dan kerosakan institusi yang sistematik dan meluas ketika pemerintahan Mohd Najib.Mohd Najib dan beberapa orang yang bersubahat dengan beliau telah pun dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan melibatkan penyonglapan, pecah amanah dan pembersihan duit haram 1MDB.Lain yang turut dituduh adalah isteri Mohd Najib, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, Jho Low, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri “Kasut Merah” Irwan Serigar Abdullah, bekas pendakwa raya kes Liwat 2 Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Arul Kandasamy.  Khianati DiriSeperti yang biasa dengan kes mahkamah, semua mereka mengaku tidak bersalah dan sedang dibicarakan. Dengan itu juga maka bermulalah drama mahkamah.Macam dijangkakan, pasukan pembelaan Mohd Najib sudah mula menggunakan pelbagai tipu helah (tricks) untuk melengah-lengahkan perbicaraan.Tipu helah mereka ini samalah dengan yang digunakan oleh ahli politik dan pembesar lain yang diseret ke mahkamah sebelum ini.Mohd Najib sudah pun memulakannya dengan “enggan” masuk kandang orang kena tuduh dan pasukan pembelaan beliau membantah kehadiran pegawai tertentu di pihak pendakwa.Yang nampaknya belum digunakan oleh Mohd Najib adalah berpura-pura sakit dan minta dimasukkan ke hospital. Sebaliknya kita lihat beliau segar-bugar dan cergas berpolitik, membuat tampalan media sosial dan berkempen pilihan raya kecil.Justeru itu, kita janganlah berharap sangat untuk melihat Mohd Najib dan tertuduh lain disumbatkan ke penjara dalam masa yang singkat melainkan kes yang mudah, macam pengubahan wang haram, dibicarakan dahulu.Kita boleh mengambil perbicaraan pembesar politik sebelum ini sebagai contoh. Kes pecah amanah dan salah guna kuasa boleh dibuktikan dengan mudah berbanding pembunuhan atau liwat.Ada orang kata, kes pengubahan wang haram (money laundering) juga boleh dibuktikan dengan mudah.Berbalik kepada pengakuan terbuka Mohd Najib kepada media massa di Cameron Highlands, yang menjadi persoalan adakah kenyataan itu akan memberikan kesan kepada kes mahkamah yang beliau hadapi?Adakah beliau telah menganiaya (incriminate) diri sendiri dengan mengaku bahawa beliau terlibat dengan kes kegagalan sistemik 1MDB?Pengakuan atau “admission” Mohd Najib itu mengukuhkan lagi pendapat umum bahawa memang beliaulah kepala skandal 1MDB dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabangsa syarikat milik negara itu.Soalnya adakah pengakuan beliau itu juga boleh dijadikan bukti sahih (admissible evidence) dalam perbicaraan beliau dan konco-konconya?Kesimpulannya, dalam bahasa yang mudah Mohd Najib berkata memang berlaku kegagalan sistemik dalam 1MDB dan beliau terbabit. Tetapi bukan beliau seorang sebaliknya banyak orang lain turut terlibat.Wallahuaklam. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/01/kes-1mdb-adakah-najib-telah-mengaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Pecah Amanah Salah Guna Kuasa Najib Boleh Dibuktikan Dengan Mudah

Kes Pecah Amanah Salah Guna Kuasa Najib Boleh Dibuktikan Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 338 hits
MALAYSIAKINI Tokoh Wartawan Negara A Kadir Jasin mendakwa bahawa bekas perdana menteri Najib Razak sudah mula menggunakan pelbagai tipu helah untuk melengah lengahkan perbicaraan kes rasuahnya seperti juga beberapa ahli politik lain Walau b...
Saya Mengaku Silap Bila Dirasuk Syaitan Chef Wan Mohon Maaf Selepas Mahu Tampar Najib

Saya Mengaku Silap Bila Dirasuk Syaitan Chef Wan Mohon Maaf Selepas Mahu Tampar Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 290 hits
Chef Wan hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengeluarkan kenyataan mahu menampar muka bekas Perdana Menteri itu Loading Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dalam kenyataan di instagram ...
Najib 1mdb Not One Man S Fault It S A Systemic Failure

Najib 1mdb Not One Man S Fault It S A Systemic Failure

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 238 hits
The blame for the 1MDB scandal cannot be pinned on a single individual according to former premier Najib Abdul Razak He said this in response to Finance Minister Lim Guan Eng who when Najib would apologise after Goldman Sachs expressed remo...
Akhirnya Najib Sendiri Akui Sistem 1mdb Gagal Dedah Saja Semuanya

Akhirnya Najib Sendiri Akui Sistem 1mdb Gagal Dedah Saja Semuanya

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 287 hits
Skandal 1MDB tidak patut diletakkan ke salahannya di atas bahu hanya seorang sahaja menurut bekas perdana menteri Najib Razak Beliau berkata demikian sebagai mengulas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang bertanya jika Najib akan meminta maaf ...
Goldman Should Take Responsibility For Failing To Protect 1mdb S Interests Najib

Goldman Should Take Responsibility For Failing To Protect 1mdb S Interests Najib

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 223 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak has said that Goldman Sachs should take responsibility if it failed to take care of the interests of 1MDB We put up a system and it was there to take care of our interests So if they failed then they ...
Najib 1mdb Bukan Silap Saya Seorang Seluruh Sistem Gagal

Najib 1mdb Bukan Silap Saya Seorang Seluruh Sistem Gagal

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 244 hits
Najib 1MDB bukan silap saya seorang seluruh sistem gagal Bekas perdana menteri mengulas gesaan Lim Guan Eng jika beliau akan minta maaf untuk skandal itu
Isu 1mdb Najib Patut Minta Maaf Lim Guan Eng

Isu 1mdb Najib Patut Minta Maaf Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 268 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus meminta maaf atas kesilapan beliau terutamanya ekoran perkembangan terbaharu skandal 1Malaysia Development Berhad kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau dalam kenyataan har...
Mahfuz Anggap Najib Lebih Popular Dengan Skandal 1mdb

Mahfuz Anggap Najib Lebih Popular Dengan Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 303 hits
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar menyifatkan bahawa peningkatan populariti bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini tidak menggusarkan kerajaan Pakatan Harapan kerana sememangnya bekas pemimpin negara itu...
Geram Nak Tampar Najib Saya Mengaku Silap Bila Dirasuk Syaitan

Geram Nak Tampar Najib Saya Mengaku Silap Bila Dirasuk Syaitan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR 21 Jan Selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu menampar muka bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam tukang masak terkenal Chef Wan tampil pagi ini memohon maaf Menerusi laman Instagramnya Chef Wan meng...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord

Yoursay Time And Patience Running Out For Anwar

Put Targeted Subsidy Plan In Place Quickly To Combat Diesel Smuggling Govt Urged

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Koleksi Video Melawat Taiping 2024

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd