Permohonan Pindah Kes Rasuah Melibatkan Bekas Menteri Wilayah Ditarik Balik



KUALA LUMPUR - Kes seorang ahli perniagaan yang didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak, di sini, akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Ini berikutan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali menarik balik permohonan untuk memindahkan kes rasuah yang dihadapi Datuk Tan Eng Boon, 70, di Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Loading...
Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah kemudiannya membatalkan permohonan itu.

Peguam Faisal Moideen yang mewakili Eng Boon, membantah tindakan pendakwaan untuk menarik balik permohonan itu atas alasan pihaknya telah memfailkan afidavit balasan berkenaan permohonan bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Pada 26 Disember 2018, pihak pendakwaan telah memfailkan pemohonan notis usul untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 15 November tahun lalu, Eng Boon yang juga pengarah syarikat pemaju hartanah, mengaku tidak bersalah atas dakwaan telah secara rasuah memberikan suapan bagi faedah kepada Tengku Adnan, 68, iaitu wang berjumlah RM1 juta melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tengku Adnan.

Eng Boon dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi Tengku Adnan kerana telah meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Disember 2013, mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Eng Boon juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Tengku Adnan sebagai penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan yang menerima untuk dirinya wang tunai RM1 juta daripada Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tengku Adnan, yang mana diketahui Eng Boon sebagai Pengarah Nucleus Properties, ada perhubungan dengan kerja rasmi Tengku Adnan, di mana kesalahan itu dilakukan hasil persubahatan tersebut.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 165 kanun serupa, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/permohonan-pindah-kes-rasuah-melibatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Kedekatan Megawati Dengan Istri Bekas Menteri Kabinet Gotong Royong

Cerita Kedekatan Megawati Dengan Istri Bekas Menteri Kabinet Gotong Royong

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 334 hits
Cerita Kedekatan Megawati dengan Istri Bekas Menteri Kabinet Gotong Royong Dia dan para istri menteri itu kemudian membuat sebuah perkumpulan arisan yang dinamakan Paguyuban Nusantara Jadi katanya sudah sekitar 15 tahun berlalu mereka tetap...
Kini Giliran Pak Nil Pula Bersuara Gara Gara Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee Ditarik Balik

Kini Giliran Pak Nil Pula Bersuara Gara Gara Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 815 hits
Kini Giliran Pak Nil Pula Bersuara Gara Gara Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee Ditarik BalikPengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra disapa sebagai Pak Nil meluahkan rasa simpati dan memberi nasihat kepada bekas juara Dewi Rema...
Kes 1mdb Bekas Pengarah Urusan Pic Dakwa Jadi Kambing Hitam

Kes 1mdb Bekas Pengarah Urusan Pic Dakwa Jadi Kambing Hitam

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 261 hits
Bekas Pengarah Urusan International Petroleum Investment Company Khadem al Qubaisi yang didakwa menjadi watak penting dalam menyalurkan dana 1MDB mendakwa tidak adil jika beliau dipersalahkan dalam skandal itu Memetik laporan MalaysiaKini m...
Tiga Pegawai Paid Selangor Ditahan Terima Rasuah Kes Khalwat

Tiga Pegawai Paid Selangor Ditahan Terima Rasuah Kes Khalwat

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 248 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 09 Januari 2019 10 24 PM SHAH ALAM Tiga pegawai Penguatkuasa Agama Islam Daerah di Selangor nbsp ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal
Menteri Besar Pahang Disiasat Kes Beli Undi

Menteri Besar Pahang Disiasat Kes Beli Undi

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 262 hits
Menteri Besar Pahang disiasat kes beli undiPosted By on January 08 2019Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail turut disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi kes pemberian rasuah ketika kempen pilihan raya umum Mei lalu Sumber...
Hak Penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Ditarik Balik

Hak Penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 252 hits
LONDON Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan Keputusan tersebut diputuskan oleh ahl...
Tidak Sampai Sehari Gelaran Dewi Remaja Haneesya Ditarik Balik Pak Nil Pula Bersuara Dan Luah Sesuatu

Tidak Sampai Sehari Gelaran Dewi Remaja Haneesya Ditarik Balik Pak Nil Pula Bersuara Dan Luah Sesuatu

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 487 hits
Pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra disapa sebagai Pak Nil meluahkan rasa simpati dan memberi nasihat kepada bekas juara Dewi Remaja 2018 2019 Haneesya Hanee yang ditarik semula gelaran tersebut ekoran video kontroversi men...
Umno Belum Terima Permohonan Bekas Ahli Nak Rujuk Kembali Mohamad

Umno Belum Terima Permohonan Bekas Ahli Nak Rujuk Kembali Mohamad

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 234 hits
MALAYSIAKINI Timbalan presiden yang menjalankan tugas tugas presiden Umno Mohamad Hasan berkata Umno belum menerima permohonan daripada anggota Parlimen parti itu yang sebelum ini telah keluar untuk menyertai kembali parti Beliau yang kini ...
Haneesya Hanee Mengaku Salah Gelaran Juara Ditarik Balik

Haneesya Hanee Mengaku Salah Gelaran Juara Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 1123 hits
Susulan kontroversi berparti dan mengambil alkohol di kelab malam tempoh hari gelaran Haneesya Hanee sebagai Juara Dewi Remaja 2018 2019 telah dilucutkan dan The post appeared first on
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim