Kerjasama Umno Pas Mesti Dalam Kerangka Kerajaan Perpaduan Kata Khairuddin


freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin19 Jul 2024

Bekas pemimpin PAS Khairuddin Aman Razali berkata PAS juga perlu mewujudkan suasana yang kondusif dengan Umno.
Umno dan PAS sebelum ini pernah bekerjasama di bawah Muafakat Nasional selepas PRU14.
PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin PAS berkata kerjasama antara parti itu dengan Umno hendaklah termasuk dalam kerangka kerajaan perpaduan hari ini.

Bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS Khairuddin Aman Razali berkata PAS juga perlu mewujudkan suasana yang kondusif dengan Umno sebelum kembali menjalinkan kerjasama sepertimana pembentukan Muafakat Nasional (MN) sebelum ini.
Khairuddin Aman Razali.Katanya, Umno ketika ini mengambil sikap berhati-hati dengan PAS kerana tidak mahu pengalaman pahit seperti mana yang berlaku pada PRU15 lalu berulang lagi.

“Keputusan semasa Umno seperti yang ditegaskan oleh Presiden Zahid Hamidi dan didukung oleh MKT adalah pendirian berhati-hati.

Ini susulan pengalaman pahit rundingan rasmi lapan mata antara presiden dan timbalan presiden Umno dan PAS sebulan sebelum PRU15 yang tidak dihormati, katanya kepada FMT.

Khairuddin yang merupakan timbalan pengerusi Majlis Ulama Umno berkata sebelum rundingan baharu kerjasama dilakukan, PAS perlu bersedia mewujudkan suasana kondusif dengan memperkasakan hubungan bersama Umno terlebih dahulu yang pernah dibuat sebelum PRU14.

“Hubungan dua parti (PAS-Umno) ini juga hendaklah termasuk dalam kerangka kerajaan perpaduan hari ini.

Kerjasama politik antara Umno dan PAS hendaklah menurut strategi dan situasi semasa yang menguntungkan Islam dan negara serta meraikan kepentingan semua pihak dari kedua parti, katanya.

Khairuddin semasa memegang jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS antara tokoh yang kuat mahu kerjasama PAS-Umno diteruskan, sebelum beliau dipecat daripada jawatankuasa itu dan akhirnya bertindak keluar parti.

Sebelum ini, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil berkata parti itu perlu memutuskan segera sama ada untuk bersama Pakatan Harapan (PH) atau bertanding solo dengan menggabungkan semula kekuatan parti Melayu Islam menerusi MN.

Isham berkata objektif utama sebelum PRU16 adalah untuk mengembalikan MN supaya parti Melayu Islam iaitu PAS, Bersatu, dan Umno bergabung untuk mencapai kemenangan.

Zahid bagaimanapun ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar pada 8 Julai lalu memaklumkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Abdul Hadi Awang menjadi presiden


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/kerjasama-umno-pas-mesti-dalam-kerangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Selagi Ada Dap Hashim Ulas Gesaan Kerjasama Umno Pas Bawa Kerajaan Perpaduan

Tidak Selagi Ada Dap Hashim Ulas Gesaan Kerjasama Umno Pas Bawa Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 283 hits
freemalaysiatoday com20 Jul 2024Hashim Jasin berkata kerjasama Umno PAS juga terhalang susulan penolakan Zahid Hamidi terhadap kepimpinan Hadi Awang Hashim Jasin berkata PAS tetap dengan pendirian menolak DAP berdasarkan keputusan Majlis Sy...
Tiada Kerjasama Umno Selagi Hadi Presiden Pas Zahid

Tiada Kerjasama Umno Selagi Hadi Presiden Pas Zahid

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 174 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 8 2024Umno tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti itu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pengalaman bekerjasama dengan PAS sebelum ini menyebabkan keputusan ter...
Umno Menolak Kerjasama Dengan Pas Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu

Umno Menolak Kerjasama Dengan Pas Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 281 hits
KUALA KANGSAR UMNO menolak kerjasama dengan PAS selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi tampuk pimpinan parti berkenaan tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri itu berkata ia berdasarkan pengalaman beli...
Cukuplah Pas Jadi Kuli Batak Bersatu Kata Veteran Umno

Cukuplah Pas Jadi Kuli Batak Bersatu Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 264 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 22 2024 9 40 AMVeteran Umno hari ini mendakwa bahawa Bersatu tidak mampu bertanding atas kekuatan sendiri tetapi terpaksa menumpang kekuatan sekutunya PAS Dalam satu kenyataan setiausaha veteran Umno Mustapha...
Jika Pas Umno Bertaut Bersatu Rugi Kata Penganalisis

Jika Pas Umno Bertaut Bersatu Rugi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 253 hits
freemalaysiatoday com24 Jul 2024Azmi Hassan berkata penyebab PN dilihat kukuh dan kuat disebabkan PAS PAS mempunyai 43 kerusi di Dewan Rakyat manakala Bersatu 25 PETALING JAYA Kerjasama PAS dan Umno andai ditautkan kembali akan merugikan Be...
Kerajaan Perpaduan Sudah Jadi Kerajaan Pergaduhan Nenggiri Menanti Untuk Giliran Umno Pula Terima Kecaman

Kerajaan Perpaduan Sudah Jadi Kerajaan Pergaduhan Nenggiri Menanti Untuk Giliran Umno Pula Terima Kecaman

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 167 hits
Kerajaan yang terbentuk dan diketuai Anwar Ibrahim sekarang ini adalah kerajaan perpaduan Atas titah Yang di Pertuan Agong ketika itu kerajaan perpaduan dilihat sebagai usaha untuk menyatu padukan parti parti yang berbalah setelah tiada sat...
Pas Dan Umno Boleh Kerjasama Dengan Syarat

Pas Dan Umno Boleh Kerjasama Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 245 hits
PAS dan Umno BOLEH kerjasama dengan syarat ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be AEmnmFzAlfw src in org https www youtube com embed AEmnmFzAlfw wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com em...
Selagi Hj Hadi Presiden Umno Berada Dalam Bahaya Jika Kerjasama Dengan Pas

Selagi Hj Hadi Presiden Umno Berada Dalam Bahaya Jika Kerjasama Dengan Pas

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 167 hits
Oleh Adam MalikSelagi Hj Hadi Presiden UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS Perkara bukan belum pernah terjadi bahkan sudah beberapa kali terjadi dimana Presiden PAS Haji Hadi akan menyatakan persetujuan dipertemuan empat mata...
Pas Dakwa Ada Bincang Kerjasama Dengan Pemimpin Utama Umno

Pas Dakwa Ada Bincang Kerjasama Dengan Pemimpin Utama Umno

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 206 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 22 2024PAS mendedahkan beberapa siri pertemuan bersama pemimpin utama Umno untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 16 Ketua Penerangannya Ahmad Fadhli Shaari berkata pertemuan itu d...
Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

Woiii Dok Merapu Apa Ni

10 Tempat Makan Popular Di Perlis Lunch Sarapan Pagi

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Self Care Checklist Masa Flare Buat Pesakit Sle

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88