Cukuplah Pas Jadi Kuli Batak Bersatu Kata Veteran Umno


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 22, 2024 9:40 AM
Veteran Umno hari ini mendakwa bahawa Bersatu tidak mampu bertanding atas kekuatan sendiri tetapi terpaksa menumpang kekuatan sekutunya, PAS

Dalam satu kenyataan, setiausaha veteran Umno, Mustapha Yaakub atas sebab itu dalam pilihan raya kecil PRK Nenggiri pada 17 Ogos ini, Bersatu terpaksa menggunakan logo PAS.

“Bersatu tidak berani menggunakan logonya atau logo PN di Nenggiri kerana mereka tahu penyokong PAS tidak akan mengundi calon Bersatu.

“Tapi dengan menggunakan logo PAS maka Bersatu boleh bermain silap mata dengan pengundi PAS,” katanya.

Pada 21 Julai lalu, Naib Presiden Bersatu Mohd Radzi Md Jidin memberi alasan Perikatan Nasional menggunakan logo PAS untuk mengekalkan strategi yang digunakan pada pilihan raya umum lalu.

Mengulas lanjut, Mustapha mendakwa perkara sama berlaku semasa pilihan raya umum ke-15 apabila Bersatu memenangi beberapa kerusi di Kelantan dengan sokongan PAS.

“Sebab itu dalam PRK Nenggiri Bersatu terpaksa menggunakan logo PAS dengan alasan Bersatu adalah komponen Perpaduan Nasional.

“Berbeza dengan PRK Sg Bakap walaupun calonnya dari PAS tetapi mengguna logo PN,” kata Mustapha.

Pada pilihan raya umum 2022, sekurang-kurangnya dua calon Bersatu, Ikmal Hisham Abdul, dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menggunakan logo PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Kelantan.

Kedua-dua mereka menang masing-masing di kawasan Parlimen Tanah Merah dan Machang.

Justeru, Mustapha menyeru pengundi PAS supaya menolak calon Bersatu.

“Cukuplah dengan menjadi 'kuli batak' kepada Bersatu.

“Pengalaman bekas wakil rakyatnya yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim jelas membuktikan bahawa gagasan PN tidak mampu mentadbir Kelantan tanpa bantuan kerajaan pusat,” katanya lagi.

PRK Nenggiri tercetus selepas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN itu kosong berikutan Bersatu mengumumkan keahlian Mohd Azizi Abu Naim terhenti pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya kemudian menetapkan pengundian pada 17 Ogos, dengan penamaan calon pada 3 Ogos dan pengundian awal pada 13 Ogos.

Umno telah menamakan Ketua Pemuda Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, sebagai calon mereka pada pilihan raya kecil itu manakala calon PN belum diumumkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/cukuplah-pas-jadi-kuli-batak-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Pas Umno Bertaut Bersatu Rugi Kata Penganalisis

Jika Pas Umno Bertaut Bersatu Rugi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 145 hits
freemalaysiatoday com24 Jul 2024Azmi Hassan berkata penyebab PN dilihat kukuh dan kuat disebabkan PAS PAS mempunyai 43 kerusi di Dewan Rakyat manakala Bersatu 25 PETALING JAYA Kerjasama PAS dan Umno andai ditautkan kembali akan merugikan Be...
Kerjasama Umno Pas Mesti Dalam Kerangka Kerajaan Perpaduan Kata Khairuddin

Kerjasama Umno Pas Mesti Dalam Kerangka Kerajaan Perpaduan Kata Khairuddin

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 137 hits
freemalaysiatoday com19 Jul 2024Bekas pemimpin PAS Khairuddin Aman Razali berkata PAS juga perlu mewujudkan suasana yang kondusif dengan Umno Umno dan PAS sebelum ini pernah bekerjasama di bawah Muafakat Nasional selepas PRU14 PETALING JAYA...
Bersatu Biggest Loser If Umno Pas Alliance Materialises Says Analyst

Bersatu Biggest Loser If Umno Pas Alliance Materialises Says Analyst

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 146 hits
Bersatu stands to lose the most should an alliance between Umno and PAS materialise says an analyst Azmi Hassan of Akademi Nusantara said the reason Perikatan Nasional has looked formidable and strong is down to PAS not Bersatu Bersatu need...
Wan Fayhsal Bersatu Not Worried About Umno Pas Talks Pakatan Is The One Afraid Of Perikatan

Wan Fayhsal Bersatu Not Worried About Umno Pas Talks Pakatan Is The One Afraid Of Perikatan

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 119 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia s Youth chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal has stressed that his party is not worried about rumoured talks between Umno and PAS as claimed by government spokesperson Fahmi Fadzil He told Malaysiakini that...
Jumpa Umno Demi Melayu Bersatu Tiada Syak Wasangka Terhadap Pas

Jumpa Umno Demi Melayu Bersatu Tiada Syak Wasangka Terhadap Pas

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 110 hits
Razali Idris berkata Bersatu menyambut baik perkara untuk menguatkan muafakat parti Melayu menjelang PRU16 Bersatu tidak mempunyai syak wasangka terhadap PAS susulan perbincangan tidak formal wakilnya dengan pemimpin Umno yang dikatakan mah...
Bersatu Takde Masalah Pas Berpakat Dengan Umno

Bersatu Takde Masalah Pas Berpakat Dengan Umno

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 116 hits
Bersatu takde masalah PAS berpakat dengan Umno ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be gCE2ZNWlSf4 src in org https www youtube com embed gCE2ZNWlSf4 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube co...
Nothing Suspicious About Pas Umno Talks Says Bersatu

Nothing Suspicious About Pas Umno Talks Says Bersatu

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 172 hits
Bersatu information chief Razali Idris said while the party is open to discussions with anyone interested in backing its struggle for the Malays ahead of GE16 it is mainly focused on strengthening Perikatan Nasional PETALING JAYA Bersatu is...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

Perbezaan Ssm Dan Sspa

Serena Petronas Nusa Perintis

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Ceramah Maulid Nabi Rindu Yang Menyentuh Hati

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Guru Bersara Dan Rakan Sekerja Atau Sahabat


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Al Maidah Ayat 60

Stesen Mela Kembali Menjadi Tumpuan

Qayra Beauty Empire Anjur Csr Bagi Membantu Masyarakat Yang Memerlukan

Tips Menjaga Rambut Kerinting Agar Nampak Cantik Dan Sihat

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan Dari Tahun 1970 Hingga 2024

Selamat Hari Malaysia Maulidur Rasul 2024