Pas Dakwa Ada Bincang Kerjasama Dengan Pemimpin Utama Umno


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 22, 2024
PAS mendedahkan beberapa siri pertemuan bersama pemimpin utama Umno untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pertemuan itu dibuat secara tidak formal namun tidak mendedahkan pemimpin Umno tersebut, lapor Utusan Malaysia.

Menurutnya, pemimpin utama Umno tersebut meluahkan 'rasa serba salah' bekerjasama dengan Kerajaan perpaduan yang didakwa merugikan Umno.

“Ia perbincangan itu ada dan ia bukan satu gerakan, tetapi lebih kepada harapan. Ia membabitkan pemimpin utama. Dan dalam pertemuan itu, mereka mengharapkan agar kerjasama bersama dengan PAS dapat bersatu kembali, cuma mereka tidak berani ingin melawan apa yang diputuskan Presiden Umno.

“Malah, mereka juga berharap Presiden Umno berubah sikap kerana perubahan, visi misi yang cuba dibawa oleh Presiden Umno itu tidak sampai ke peringkat bawah, ini luahan mereka termasuk kepada saya sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, tiada jaminan parti itu akan bekerjasama mana-mana gabungan politik bagi berdepan PRU16.
Ini kerana tegasnya, Umno hanya terikat dengan perjanjian untuk menguruskan negara bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang mantap selepas PRU15.

Malah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Jalaluddin Alias turut mengakui kerjasama antara BN dan PH dalam Kerajaan Perpaduan hari ini baik di peringkat Persekutuan tetapi keadaan itu berbeza di peringkat negeri.

Kata Ahmad Fadhli lagi, daripada luahan tersebut, beliau yakin ramai pemimpin Umno mulai sedar akan kerjasama yang dibina bersama dengan PH tidak diterima orang Melayu, akhirnya parti itu dikhuatiri tewas dalam PRU-16 nanti.

“Sebab itu saya tidak kata mereka menyesal dengan kerjasama yang dibina bersama PH, tetapi lebih kepada serba salah. Rasa serba salah itu sebab Umno akan terpahat dalam sejarah sebagai orang yang mendukung PH untuk berada di puncak kuasa yang ada pada hari ini.

“Dalam keadaan ini, saya melihat UMNO sudah mula sedar apabila Timbalan Presidennya sendiri kata tiada jaminan Umno mahu kerjasama dengan siapa. Namun seperti saya katakan tadi, akhirnya yang tentukan kata putus adalah Presiden Umno,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata, PAS tiada masalah dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, malah sedia menghulurkan tangan jika beliau ingin bekerjasama dengan parti Islam tersebut.

“ Kita bukan tidak suka orangnya, tetapi kita tidak suka sikapnya, itu sahaja. Kalau hari ini beliau (Ahmad Zahid) kata ingin bekerjasama dengan Pas, kalau sebut pukul 12..pukul 10 lagi kita sudah buka pintu. Kita bincang dan perkukuhkan kembali,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Umno dan PAS membentuk kerjasama menerusi Muafakat Nasional pada 14 September 2019 ketika kedua-dua parti itu menjadi pembangkang.

Bagaimanapun Muafakat Nasional tidak bertahan lama apabila Bersatu berpihak kepada Muafakat Nasional selepas keluar daripada gabungan PH pada 2020 dan membentuk kerajaan.

Pada 13 Oktober 2022, PAS menyatakan pendirian kekal bersama PN dalam menghadapi PRU15 selepas Ahmad Zahid memberi kata dua kepada parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/pas-dakwa-ada-bincang-kerjasama-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selagi Hj Hadi Presiden Umno Berada Dalam Bahaya Jika Kerjasama Dengan Pas

Selagi Hj Hadi Presiden Umno Berada Dalam Bahaya Jika Kerjasama Dengan Pas

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 166 hits
Oleh Adam MalikSelagi Hj Hadi Presiden UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS Perkara bukan belum pernah terjadi bahkan sudah beberapa kali terjadi dimana Presiden PAS Haji Hadi akan menyatakan persetujuan dipertemuan empat mata...
Pas Dan Umno Boleh Kerjasama Dengan Syarat

Pas Dan Umno Boleh Kerjasama Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 240 hits
PAS dan Umno BOLEH kerjasama dengan syarat ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be AEmnmFzAlfw src in org https www youtube com embed AEmnmFzAlfw wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com em...
Umno Nafi Wujud Perbincangan Dengan Pas Untuk Bentuk Kerjasama

Umno Nafi Wujud Perbincangan Dengan Pas Untuk Bentuk Kerjasama

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 143 hits
malaysiakini comUmno menafikan spekulasi bahawa wujud siri perbincangan antara parti itu dengan PAS bagi membentuk kerjasama Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata perbincangan itu mungkin di kalangan ahli ataupun penyokong parti...
Tidak Selagi Ada Dap Hashim Ulas Gesaan Kerjasama Umno Pas Bawa Kerajaan Perpaduan

Tidak Selagi Ada Dap Hashim Ulas Gesaan Kerjasama Umno Pas Bawa Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 275 hits
freemalaysiatoday com20 Jul 2024Hashim Jasin berkata kerjasama Umno PAS juga terhalang susulan penolakan Zahid Hamidi terhadap kepimpinan Hadi Awang Hashim Jasin berkata PAS tetap dengan pendirian menolak DAP berdasarkan keputusan Majlis Sy...
Kerjasama Umno Pas Mesti Dalam Kerangka Kerajaan Perpaduan Kata Khairuddin

Kerjasama Umno Pas Mesti Dalam Kerangka Kerajaan Perpaduan Kata Khairuddin

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 223 hits
freemalaysiatoday com19 Jul 2024Bekas pemimpin PAS Khairuddin Aman Razali berkata PAS juga perlu mewujudkan suasana yang kondusif dengan Umno Umno dan PAS sebelum ini pernah bekerjasama di bawah Muafakat Nasional selepas PRU14 PETALING JAYA...
Tutup Teruslah Cerita Kerjasama Pas Lebih Untung Tanpa Bekerjasama Dengan Umno

Tutup Teruslah Cerita Kerjasama Pas Lebih Untung Tanpa Bekerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 218 hits
Sepatutnya sekarang ini tak timbul lagi soal UMNO mahu bekerjasama dengan Pas atau Pas mahu bekerjasama dengan UMNO Ini berikutan penegasan Zahid Hamidi baru baru ini bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi parti itu dipimpin o...
Tiada Perbincangan Di Antara Pemimpin Umno Dengan Pas Asyraf Wajdi

Tiada Perbincangan Di Antara Pemimpin Umno Dengan Pas Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 222 hits
UMNO menafikan dakwaan wujud beberapa siri perbincangan berlangsung di antara pemimpin parti itu dengan PAS bagi membentuk kerjasama Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perbincangan itu mungkin hanya berlaku dalam kal...
Pas Kerjasama Dengan Umno Bn Persepsi Pas Atau Satu Pembohong

Pas Kerjasama Dengan Umno Bn Persepsi Pas Atau Satu Pembohong

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 126 hits
Umno menafikan spekulasi bahawa wujud siri perbincangan antara parti itu dengan PAS bagi membentuk kerjasama Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata perbincangan itu mungkin di kalangan ahli ataupun penyokong parti bukannya kepimp...
Tiada Pertemuan Rasmi Antara Umno Pas Untuk Bentuk Kerjasama Ahmad Zahid

Tiada Pertemuan Rasmi Antara Umno Pas Untuk Bentuk Kerjasama Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 187 hits
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada pertemuan rasmi antara parti itu dengan Pas bagi membentuk kerjasama Ahmad Zahid berkata secara peribadi tiada yang hadir bertemu dengannya seperti yang didakwa Mereka tidak be...
Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan

Muhyiddin Yassin Risau Kerjasama Bn Amp Ph Makin Diterima Rakyat Asyraf Wajdi