Jika Pas Umno Bertaut Bersatu Rugi Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
'Ainin Wan Salleh24 Jul 2024

Azmi Hassan berkata penyebab PN dilihat ‘kukuh dan kuat’ disebabkan PAS.
PAS mempunyai 43 kerusi di Dewan Rakyat, manakala Bersatu 25.
PETALING JAYA: Kerjasama PAS dan Umno andai ditautkan kembali akan merugikan Bersatu, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata penyebab Perikatan Nasional (PN) kelihatan ‘kukuh dan kuat’ berbalik kepada PAS, bukannya Bersatu.

Bersatu memerlukan PAS dalam usaha mengembangkan cita-cita politiknya. Jadi, dari sudut siapa yang akan rugi lebih banyak, berkemungkinan adalah Bersatu, katanya kepada FMT.

PAS memiliki 43 daripada 68 kerusi PN di Dewan Rakyat, manakala Bersatu mempunyai 25 susulan enam Ahli Parlimennya sebelum ini menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan. Muda mempunyai satu kerusi di pihak pembangkang, dengan baki 153 kerusi dikuasai komponen membentuk kerajaan perpaduan.

Azmi berkata, Bersatu sangat bergantung kepada PAS di sebalik kejayaannya.

Beliau berkata, contohnya Azizi Abu Naim menang Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri untuk Bersatu pada PRN Ogos tahun lalu kerana ‘penyokong PAS’. Bertanding di bawah lambang PAS, Azizi satu daripada enam calon Bersatu menang kerusi DUN, melibatkan keseluruhan 45 kerusi di Kelantan.

Bagaimanapun, kerusi itu diisytiharkan kosong oleh Speaker Mohd Amar Abdullah, dengan PRK dijadual berlangsung pada 17 Ogos.

Baru-baru ini, khabar angin kerjasama antara PAS-Umno pada PRU16 berlegar susulan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari, mendakwa pimpinan tinggi antara dua parti telah mengadakan perjumpaan tidak rasmi.

Fadhli berkata, seorang pemimpin Umno tidak dinamakan mengaku berada dalam dilema berkait keberadaan partinya dalam kerajaan perpaduan ditunjangi Pakatan Harapan, yang dianggapnya merugikan.

Namun, Azmi berkata, apa disuarakan Fadhli berkait hubungan PAS-Umno berkemungkinan strategi timbal balas parti itu, menjawab apa diperkatakan jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil, mengenai kemungkinan PAS menyertai kerajaan perpaduan.

Azmi juga percaya, rujukan Fadhli terhadap pemimpin Umno tidak dinamakan itu adalah sebahagian strategi untuk menjejaskan kestabilan parti itu di bawah teraju Presiden Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, penganalisis Asrul Hadi Abdullah Sani, berkatya sebarang kerjasama masa depan antara PH dan Barisan Nasional diketuai Umno bergantung kepada prestasi mereka, pada PRU16.

Jika prestasi Umno melemah dan hilang lebih banyak kerusi pada PRU akan datang, pemimpin PKR dan Umno akan mendesak untuk menamatkan kerjasama sedia terjalin, katanya yang pernah berkhidmat dengan BowerGroupAsia.

Bagaimanapun, Asrul berkata, jika PAS-Umno kembali bertaut, Bersatu patut mengelak bekerjasama dengan PH kerana mampu menjejaskan kejayaan pada pilihan raya menentang Umno.

Bersatu berisiko memporak-perandakan kredibilitinya dalam kalangan pengundi Melayu luar bandar dan akan mendapati parti mereka sukar dibezakan dengan Umno, katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/jika-pas-umno-bertaut-bersatu-rugi-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukuplah Pas Jadi Kuli Batak Bersatu Kata Veteran Umno

Cukuplah Pas Jadi Kuli Batak Bersatu Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 193 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 22 2024 9 40 AMVeteran Umno hari ini mendakwa bahawa Bersatu tidak mampu bertanding atas kekuatan sendiri tetapi terpaksa menumpang kekuatan sekutunya PAS Dalam satu kenyataan setiausaha veteran Umno Mustapha...
Wan Fayhsal Bersatu Not Worried About Umno Pas Talks Pakatan Is The One Afraid Of Perikatan

Wan Fayhsal Bersatu Not Worried About Umno Pas Talks Pakatan Is The One Afraid Of Perikatan

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 120 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia s Youth chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal has stressed that his party is not worried about rumoured talks between Umno and PAS as claimed by government spokesperson Fahmi Fadzil He told Malaysiakini that...
Bersatu Takde Masalah Pas Berpakat Dengan Umno

Bersatu Takde Masalah Pas Berpakat Dengan Umno

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 117 hits
Bersatu takde masalah PAS berpakat dengan Umno ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be gCE2ZNWlSf4 src in org https www youtube com embed gCE2ZNWlSf4 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube co...
Bersatu Biggest Loser If Umno Pas Alliance Materialises Says Analyst

Bersatu Biggest Loser If Umno Pas Alliance Materialises Says Analyst

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 147 hits
Bersatu stands to lose the most should an alliance between Umno and PAS materialise says an analyst Azmi Hassan of Akademi Nusantara said the reason Perikatan Nasional has looked formidable and strong is down to PAS not Bersatu Bersatu need...
Bersatu Should Be Worried Sick Over Umno Pas Talks Fahmi Says

Bersatu Should Be Worried Sick Over Umno Pas Talks Fahmi Says

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 149 hits
Bersatu should be worried sick about rumoured talks between Umno and PAS potentially cooperating in the next general election said government spokesperson Fahmi Fadzil Speaking in a press conference today Fahmi who is also PKR information c...
Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 133 hits
FMT ReportersMohd Rizwadi Ismail dikatakan baru dua hari menyertai Bersatu sebelum diumum menjadi calon Perikatan Nasional bagi PRK Nenggiri nbsp PETALING JAYA Bersatu ketandusan calon apabila terpaksa mengambil bekas ahli PAS menyertai par...
Nothing Suspicious About Pas Umno Talks Says Bersatu

Nothing Suspicious About Pas Umno Talks Says Bersatu

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 172 hits
Bersatu information chief Razali Idris said while the party is open to discussions with anyone interested in backing its struggle for the Malays ahead of GE16 it is mainly focused on strengthening Perikatan Nasional PETALING JAYA Bersatu is...
Hamzah Naik Pangkat Untuk Hadapi Tekanan Pas Kata Penganalisis

Hamzah Naik Pangkat Untuk Hadapi Tekanan Pas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 101 hits
Azmi Hassan berpendapat rancangan Bersatu meletakkan Hamzah Zainudin sebagai timbalan presidennya adalah kerana parti itu memerlukan tokoh selain Muhyiddin Yassin Seorang penganalisis berpendapat rancangan meletakkan Hamzah Zainudin sebagai...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

Perbezaan Ssm Dan Sspa

Serena Petronas Nusa Perintis

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Ceramah Maulid Nabi Rindu Yang Menyentuh Hati

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Guru Bersara Dan Rakan Sekerja Atau Sahabat


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Al Maidah Ayat 60

Stesen Mela Kembali Menjadi Tumpuan

Qayra Beauty Empire Anjur Csr Bagi Membantu Masyarakat Yang Memerlukan

Tips Menjaga Rambut Kerinting Agar Nampak Cantik Dan Sihat

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan Dari Tahun 1970 Hingga 2024

Selamat Hari Malaysia Maulidur Rasul 2024