Kerjasama Di Peringkat Pusat Terjejas Jika Pas Bersatu Menentang Gps Pada Prn Wan Junaidi


PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak seharusnya bertanding menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pilihan raya akan datang kerana ia menjejaskan kerjasama antara mereka di peringkat persekutuan.
Perkara itu ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Wan Juandi Tuanku Jaafar (gambar) sambil menambah jika PAS dan Bersatu memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya nanti akan menyaksikan kerjasama antara mereka ketika ini di peringkat pusat tidak dapat direalisasikan.
“PAS berada di sini (Sarawak) sudah lama dan tidak diterima oleh rakyat Sarawak. Maknanya kalau mereka hendak bertanding, kita tidak boleh halang, begitu juga Bersatu.
“Tetapi kalau mereka mahu teruskan kerjasama ini, saya cadangkan mereka tidak menentang kita. Jika mereka memilih berbuat demikian, bermakna kerjasama dengan mereka di peringkat persekutuan sudah tentu berjejas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama Pembangunan Hartanah antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan UDA Holdings Berhad di sebuah hotel di sini, hari ini.
Wan Junaidi yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata Bersatu tidak seharusnya menamakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian kerana tindakan itu akan memberi kesan kepada hubungan antara GPS dan Bersatu yang diketuai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ini hanyalah pandangan peribadi saya, apapun keputusan biarkan pucuk kepimpinan GPS dan perdana menteri yang menentukannya,” ujarnya.
Beliau menambah, atas alasan itu juga UMNO sehingga hari ini tidak membuka cawangannya di Sarawak kerana mahu membuktikan keikhlasan mereka bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dan mengekalkan hubungan baik yang terjalin sekian lama.
Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz baru-baru ini dalam satu sidang media berkata parti itu mahu bertanding di lebih 10 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau berkata antara kerusi tersebut ialah Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Kuala Rajang manakala kerusi lain akan dibincangkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.
Katanya lagi PAS akan bertanding di lebih banyak kerusi pada PRN akan datang berbanding pilihan raya sebelumnya kerana yakin mendapat sokongan rakyat Sarawak.
Wan Junaidi turut menyangkal dakwaan GPS menyokong PAS kerana kedua-dua parti itu kini dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
“GPS tidak dalam PN, tetapi entiti berasingan yang menyokong pentadbiran PN menerusi ‘PN Plus GPS’.
“Walaupun PAS, Bersatu dan UMNO di dalam PN, GPS masih entiti bebas dan kekal dengan ideologi serta pendiriannya sebelum ini khasnya dalam agama,” tegasnya. UB
The post Kerjasama di peringkat pusat terjejas jika PAS, Bersatu menentang GPS pada PRN – Wan Junaidi appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/01/kerjasama-di-peringkat-pusat-terjejas-jika-pas-bersatu-menentang-gps-pada-prn-wan-junaidi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gps Wajar Beri Peluang Pas Bertanding Prn Sarawak

Gps Wajar Beri Peluang Pas Bertanding Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 478 hits
KUCHING Gabungan Parti Sarawak sewajarnya memberi peluang calon parti berkenaan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang Menurut laporan Utusan Borneo Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee menggesa GPS sepatutnya memberi bebe...
Program Perintis Memastikan Vendor Kekal Beroperasi Wan Junaidi

Program Perintis Memastikan Vendor Kekal Beroperasi Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 412 hits
Program PERINTIS adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan vendor vendor dapat terus beroperasi dan kekal mampan dalam perniagaan kata Wan Junaidi Dengan ini jelas beliau syarikat syarikat vendor berupaya untuk terus menawarkan ...
Pak Wan Kecundang Di Tangan Timb Negeri Pemilihan Naib Presiden Bersatu

Pak Wan Kecundang Di Tangan Timb Negeri Pemilihan Naib Presiden Bersatu

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 497 hits
Pemilihan Bersatu yang melibatkan kira kira 20 000 ahli menyaksikan sekurang kurangnya seorang menteri kabinet dan beberapa tokoh terkemuka tewas dalam perebutan jawatan kepemimpinan tertinggi parti Menteri Tugas tugas Khas Mohd Redzuan Md ...
Pas Terima Surat Kesediaan Bersatu Sertai Muafakat Nasional Takiyuddin

Pas Terima Surat Kesediaan Bersatu Sertai Muafakat Nasional Takiyuddin

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 373 hits
79 total views 79 views today KOTA BHARU PAS telah menerima surat daripada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kesediaan Bersatu menyertai Muafakat Nasional kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan Hari ini saya bole...
5905 Perasmian Pembukaan Malakat Mall Di Cyberjaya Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar 07 09 2020

5905 Perasmian Pembukaan Malakat Mall Di Cyberjaya Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar 07 09 2020

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 423 hits
7 SEPTEMBER 2020 Malam tadi saya hadir merasmikan pembukaan Malakat Mall di Cyberjaya yang diasas dan diusahakan oleh Coach Fadzil Hashim bersama sama dengan Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia Seorang anak muda dan usahawan yang mem...
Umno Pas Bersatu Wujud Jawatankuasa Bahagi Kerusi

Umno Pas Bersatu Wujud Jawatankuasa Bahagi Kerusi

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR UMNO PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah memutuskan untuk mewujudkan jawatankuasa dianggotai lima individu bagi rundingan pembahagian kerusi Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dip...
Keputusan Umno Pas Jemput Bersatu Selari Hasil Mesyuarat Mn Shahril Hamdan

Keputusan Umno Pas Jemput Bersatu Selari Hasil Mesyuarat Mn Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 398 hits
Surat tanda tangan Presiden UMNO dan Presiden Pas yang menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia ke dalam Muafakat Nasional konsisten dengan keputusan mesyuarat gabungan itu dan pemakluman kepada Majlis Tertinggi parti sendiri kata Shahril S...
Bersatu Ganggu Hubungan Pas Umno

Bersatu Ganggu Hubungan Pas Umno

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 773 hits
MSO Hubungan Pas dengan Bersatu kian rapat apabila kedua parti bersetuju untuk menjadi penaja kepada penubuhan Perikatan Nasional Perkembangan ini menyebabkan hubungan Pas dengan Umno menerusi Muafakat Nasional jadi tanda tanya Apa dimaklum...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Nasi Briyani Adabi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025