Program Perintis Memastikan Vendor Kekal Beroperasi Wan Junaidi


Program PERINTIS adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan vendor-vendor dapat terus beroperasi dan kekal mampan dalam perniagaan, kata Wan Junaidi.
Dengan ini jelas beliau, syarikat-syarikat vendor berupaya untuk terus menawarkan peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja sedia ada dan membuka peluang pekerjaan baharu.
“PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi.
“Oleh itu, adalah penting untuk kita memastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda kita semua pada waktu ini.
“Pihak kerajaan menyambut baik inisiatif ini dalam usaha kita memperkasa para vendor,” katanya.
Sementara itu, Program PERINTIS memberikan lebih kemudahan kepada para vendor TM menerusi pelbagai kemudahan kewangan dan perundingan kewangan.
Di bawah program ini, vendor-vendor TM akan menikmati pakej-pakej pembiayaan yang komprehensif merangkumi kesemua peringkat dan saiz perniagaan termasuk mereka yang mempunyai sub-kontraktor dengan nilai pembiayaan sehingga RM10 juta bergantung kepada jumlah kontrak yang diperolehi daripada TM.

Tawaran berkenaan bermula daripada peringkat persediaan peralatan dan keperluan untuk memperolehi kontrak daripada TM.
Proses pengeluaran (disbursement) akan turut dipercepatkan bagi memastikan para vendor berkenaan berdaya maju dan mampu untuk menjalankan perniagaan.
Selain itu, program ini menawarkan kelulusan pinjaman yang pantas, direalisasikan menerusi kerjasama antara institusi- institusi kewangan dan penjamin kredit yang bertindak sebagai penjamin berdasarkan Kriteria Penerimaan Risiko dan Kriteria Kelayakan yang dipersetujui dengan institusi kewangan yang terlibat.
“Perintis menyediakan kemudahan pembiayaan yang fleksibel dan komprehensif ke arah pembinaan kapasiti dan keupayaan vendor kami dan program ini memberikan lebih kemudahan kepada vendor TM menerusi pelbagai kemudahan kewangan dan perundingan kewangan.
“Nilai pembiayaan sehingga RM10 juta disediakan dan ia bergantung kepada jumlah kontrak yang diperoleh daripada TM dan kadar faedah pembiayaan ditawarkan juga kompetitif iaitu antara tiga hingga empat peratus setahun,”
Beliau berkata denikian selepas majlis Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Telekom Malaysia (TM) dan 14 institusi kewangan terpilih untuk melaksanakan Program Pembiayaan Vendor TM yang dikenali sebagai PERINTIS.
Turut hadir Pengerusi TM, Tan Sri Mohd Bakke Salleh. MGHM
The post Program PERINTIS memastikan vendor kekal beroperasi – Wan Junaidi appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/08/program-perintis-memastikan-vendor-kekal-beroperasi-wan-junaidi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Di Peringkat Pusat Terjejas Jika Pas Bersatu Menentang Gps Pada Prn Wan Junaidi

Kerjasama Di Peringkat Pusat Terjejas Jika Pas Bersatu Menentang Gps Pada Prn Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 431 hits
PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak seharusnya bertanding menentang Gabungan Parti Sarawak pada pilihan raya akan datang kerana ia menjejaskan kerjasama antara mereka di peringkat persekutuan Perkara itu ditegaskan Ahli Majlis Tert...
5905 Perasmian Pembukaan Malakat Mall Di Cyberjaya Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar 07 09 2020

5905 Perasmian Pembukaan Malakat Mall Di Cyberjaya Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar 07 09 2020

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 433 hits
7 SEPTEMBER 2020 Malam tadi saya hadir merasmikan pembukaan Malakat Mall di Cyberjaya yang diasas dan diusahakan oleh Coach Fadzil Hashim bersama sama dengan Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia Seorang anak muda dan usahawan yang mem...
Dbkl Kekal Peraturan Kedai Boleh Beroperasi Sehingga12 Malam Sahaja

Dbkl Kekal Peraturan Kedai Boleh Beroperasi Sehingga12 Malam Sahaja

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 259 hits
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan untuk mengekalkan had operasi perniagaan sehingga 12 malam sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP Perkara ini diputuskan pada mesyuarat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutua...
Bantuan Tekun Mobilepreneur Sudah Cecah Rm10 95 Juta Wan Junaidi

Bantuan Tekun Mobilepreneur Sudah Cecah Rm10 95 Juta Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 308 hits
KOTA SAMARAHAN 29 Ogos Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi setakat ini sudah memberikan dana skim pembiayaan Tekun Mobilepreneur mencecah RM10 95 juta kepada 1 363 usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal atau ride...
Malakat Mall Cyberjaya Kumpul Usahawan Bumiputera Wan Junaidi

Malakat Mall Cyberjaya Kumpul Usahawan Bumiputera Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 895 hits
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato Sri Dr Wan Junaidi hadir merasmikan pembukaan Malakat Mall di Cyberjaya yang diasas dan diusahakan oleh Coach Fadzil Hashim bersama sama dengan Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia Beliau...
Pub Amp Bar Belum Beroperasi Tapi Mungkin Kalau Tak Buka Terus Lagi Bagus Perdana Menteri

Pub Amp Bar Belum Beroperasi Tapi Mungkin Kalau Tak Buka Terus Lagi Bagus Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 377 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pub dan kelab malam adalah antara beberapa perniagaan yang masih belum dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di dalam sebuah acara pada semalam Men
Empat Loji Rawatan Air Masih Belum Beroperasi Semula Air Selangor

Empat Loji Rawatan Air Masih Belum Beroperasi Semula Air Selangor

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 546 hits
KUALA LUMPUR 5vSept Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 2 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi semula Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri berkata ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk s...
Feri Pulau Pinang Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 3 Hari Lagi

Feri Pulau Pinang Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 3 Hari Lagi

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 366 hits
Bagi sesiapa yang nak pergi ke Pulau Pinang dan berniat nak menaiki Ferry perkhidmatan Rapid Ferry tergendala sejak semalam dan dijangka akan beroperasi semula dalam masa tiga hari lagi bagi feri Pulau Undan Semasa pembaik pulih harian dija...
Laman Detikdaily Kembali Beroperasi

Laman Detikdaily Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 249 hits
Laman antara laman reformasi yang mula beroperasi setelah Anwar Ibrahim dipecat Memampar pemberitaan secera terbuka dan tidak terikat dengan kepartian membuat laman ini mempunyai pengikut tersendiri Detikdaily juga mempunyai forum tersendir...
Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam

Mangkuk Seramik Bunga Tulip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

3 Lagu Untuk Ana

Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu Rahsia Sedap Rempah Buat Sendiri