Gencatan Politik Ismail Sabri Ph Hanya Bertahan Dua Hari



Gencatan politik Datuk Seri Ismail Sabri dengan blok pembangkang nampaknya bertahan setakat dua hari apabila pengumuman senarai kabinet pada Jumaat yang tidak menampilkan sebarang pembaharuan mendapat kritikan keras pemimpin-pemimpin pembangkang.
Platform media sosial terutamanya Facebook dan Twitter pada Jumaat dibanjiri komen-komen pedas pembangkang yang memberikan pelbagai komen negatif terhadap jemaah kabinet dan pentadbiran Ismail Sabri.
Antara yang terawal melontarkan sindiran terhadap senarai 69 menteri dan timbalan menteri kerajaan gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional itu ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkan kabinet Ismail Sabri sebagai ‘kabinet gagal 2.0’.
“Inilah sebab utama kenapa UMNO kononnya ingin menumbangkan kerajaan gagal sebelum ini. Tapi, apabila UMNO ada kuasa melantik kabinet baharu, benda sama juga yang dibuat,” kata Syed Saddiq menerusi Instagramnya.
Tidak ketinggalan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga tidak gembira dengan senarai barisan kabinet Ismail Sabri merujuk kabinet itu sebagai ‘kitar semula’.
“Negara menghadapi krisis akibat Covid-19 yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekan rakyat terutama golongan bawahan. Tetapi, langkah yang diambil itu hanya kitar semula, menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan menangani masalah ini dengan berkesan,” katanya dalam satu video ringkas.
Beliau turut meluahkan kebimbangannya apabila lantikan yang didakwa tidak membawa sebarang perubahan itu akan terus menyebabkan Malaysia kehilangan pelabur yang berpotensi menambah pendapatan negara.
“Kami sebagai pembangkang akan tetap secara lantang memantau dan menyuarakan dan membantah sekiranya tidak ada program pelaksanaan yang lebih mantap serta berkesan untuk menangani masalah Covid-19 dan membawa perubahan terhadap kehidupan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mempersoalkan komitmen Ismail Sabri dalam memenangi perang dengan Covid-19.
“Ini menimbulkan persoalan apakah Ismail Sabri ikhlas untuk melaksanakan pembaharuan institusi yang konkrit dalam melindungi hak-hak demokratik dan Perlembagaan seperti yang dikemukakan semasa pertemuannya dengan tiga pemimpin utama Pakatan Harapan,” kata Guan Eng.
Tekanan blok pembangkang itu hadir, selepas Anwar, Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada Rabu mengadakan pertemuan ‘damai’ dengan Ismail Sabri di Putrajaya.
Keempat-empat pemimpin itu dalam satu kenyataan bersama berikrar untuk bekerjasama dengan kerajaan dan mencari titik persamaan dalam usaha meredakan suhu politik negara.
Malah, Anwar semasa dalam pertemuan dengan media berkata, beliau tidak akan mempersulitkan tugas Ismail Sabri jika kerajaan baharu menjalankan program pro rakyat dan menangani Covid-19 dengan berkesan.
Dalam pada itu, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang terkenal dengan kelantangannya turut menyindir kabinet baharu sebagai kabinet tayar celup.
“Sebab itu saya label ‘kabinet tayar celup’. Tayar yang hampir rosak kemudian ditampal untuk kelihatan baharu dan ia amat berbahaya kepada keselamatan serta masa depan negara,” dakwanya memberi perumpamaan.
Gencatan politik Ismail Sabri-PH hanya bertahan dua hari?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Komen undang-undang antilompat Azalina cuit hati netizen Mujur bukan Azmin Menteri Kewangan – Chin Tong DAP berhentilah bergantung pada PKR – Rafizi Lupuskan jawatan menteri sukan, kata veteran UMNO ikrar bantu Ismail Sabri – Zahid Cantik Neelofa, peminat dakwa seri ibu hamil Jodoh saya dari ‘level’ sama – Vida Pengguna jalan raya cemas lelaki baling papan tanda [VIDEO] Resepi Sup Gear Box Sedap Semacam Ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia tak divaksin Nazri Aziz sahkan mahu berundur dari dunia politik Layari Laman Facebook MYKMU
Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara

The post Gencatan politik Ismail Sabri-PH hanya bertahan dua hari? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/29/gencatan-politik-ismail-sabri-ph-hanya-bertahan-dua-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebijaksanaan Agong Jayakan Gencatan Politik Ismail Sabri Ph

Kebijaksanaan Agong Jayakan Gencatan Politik Ismail Sabri Ph

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 263 hits
Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri PH Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia memuji kebijaksanaan Yang di Pertuan Agong yang memainkan peranan besar dalam menjayakan perjanjian gencatan politik di antara kerajaan baharu d...
Lawatan Kerja Rasmi Pertama Ismail Sabri Ke Kuala Muda Yan Hari Ini

Lawatan Kerja Rasmi Pertama Ismail Sabri Ke Kuala Muda Yan Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 502 hits
BH ONLINE Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ALOR SETAR Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada Sabtu lalu dijadual mengadakan lawatan kerja rasmi pertamanya ke daerah Kuala Muda ...
Jemaah Menteri Ismail Sabri Dan Politik Damai Di Parlimen

Jemaah Menteri Ismail Sabri Dan Politik Damai Di Parlimen

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 232 hits
Anggota Jemaah Menteri Ismail Sabri akan diumumkan hari ini Jumaat 27 Ogos seketika lagi Selesai pengumumannya maka berakhirlah juga segala spekulasi pertanyaan dan teka teki Ini kerajaan BN ke Kerajaan PN 2 0 ke Macam macam lagi Semuanya b...
Ismail Sabri Perlu Ketepi Politik Tak Sihat

Ismail Sabri Perlu Ketepi Politik Tak Sihat

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 172 hits
Oleh Ismail Sabri KUALA LUMPUR Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengatasi beberapa cabaran besar khususnya mengembalikan keyakinan terhadap kestabilan politik negara menangani pandemik COVID 19 dan menguruskan pelbagai masalah rakyat Be...
Zahidi Hanya Satu Mp Umno Saja Yang Tak Sokong Ismail Sabri

Zahidi Hanya Satu Mp Umno Saja Yang Tak Sokong Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 247 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin mendedahkan bahawa hanya seorang ahli parlimen Umno yang difahamkan tidak menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri Bagaimanapun katanya yang juga anggota Majlis...
Mampukah Kabinet Ismail Sabri Bertahan Diserang Kem Zahid Dan Anwar

Mampukah Kabinet Ismail Sabri Bertahan Diserang Kem Zahid Dan Anwar

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 446 hits
agendadaily com28 8 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pelbagai reaksi awal diberikan sejurus pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail...
Memilih Ismail Sabri Seperti Hanya Mengundang Malapetaka Buat Negara

Memilih Ismail Sabri Seperti Hanya Mengundang Malapetaka Buat Negara

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 236 hits
UMNO akhrinya memutuskan untuk menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baru bagi menggantikan Mahiaddin Md Yasin Begitu pun seperti yang dipetik daripada kenyataan Azalina Othman Said dalam sebuah portal berita UMNO...
100 Hari Ismail Sabri Sengaja Bunuh Diri

100 Hari Ismail Sabri Sengaja Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 201 hits
SHAHBUDIN HUSINSebelum mengumumkan senarai kabinetnya pada Jumaat 27 Ogos lalu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mahu setiap menterinya membuktikan pencapaian awal mereka dalam tempoh 100 hari pertama menjalankan tugas Untuk itu katanya s...
Serangan Zahid Ke Atas Pas Bersatu Ismail Sabri Gang Hanya Termengundang Mageran Jadi Realiti

Serangan Zahid Ke Atas Pas Bersatu Ismail Sabri Gang Hanya Termengundang Mageran Jadi Realiti

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa DAP yang mempunyai 42 kerusi dalam Dewan Rakyat kini diajak pihak tertentu untuk membentuk jajaran baharu dalam lanskap politik negara sebagai laluan Anwar sebagai PM ini pol...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat