Kerja Sosial Gerontologi Lawatan Ke Comfort Aged Centre Likas



LATAR BELAKANG AGENSI AGED COMFORT CARE CENTRE LIKAS
Agensi Comfort Aged Care diasaskan oleh Encik Kent. Sebelum ini beliau merupakan pelajar yang mengambil jurusan Kimia Perindustrian di Singapura dan telah melanjutkan pelajaran pada tahun 1985. 
Agensi Comfort Aged Care Centre merupakan pusat jagaan harian kepada golongan yang berusia dimana ia terletak di kawasan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Agensi Comfort Aged Care Centre telah ditubuhkan sejak Julai 2016 di mana ia merupakan perkhidmatan pertama yang disediakan kepada klien atau pesakit yang mempunyai masalah demensia serta Alzheimer.
Encik Kent juga menyediakan perkhidmatan kepada warga tua yang mempunyai masalah kecacatan dari segi fizikal dan masalah neurologikal yang lain seperti warga berusia lanjut yang mempunyai masalah strok, dan penyakit Parkinson. 
Menurut Encik Kent semasa sesi lawatan, agensi ini merupakan pusat jagaan warga tua yang satu-satunya ditubuhkan khas kepada warga tua yang mengalami demensia. Penubuhan agensi ini adalah kerana beliau iaitu Encik Kent mempunyai seorang ibu yang menghidap penyakit demensia menyebabkan beliau cuba untuk mempelajari bidang Gerontologi serta membuat banyak kajian berkenaan demensia



KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 
Agensi ini mempunyai pelbagai golongan professional yang terdiri daripada jururawat dan psikoterapi yang diketuai oleh pengurus Agensi Comfort Aged Care Centre itu sendiri.

berkolaborasi dengan golongan professional dari luar negara yang mempunyai latihan dan kemahiran berkenaan dengan penjagaan warga tua. 

pusat jagaan ini juga dilengkapi dengan 16 buah CCTV.

menyediakan kemudahan seperti penghawa dingin, peralatan fisiterapi yang lengkap seperti di hospital, taman teraputik, dapur ruang tamu yang selesa dan luas kepada pesakit-pesakit beliau. 
PENGALAMAN MELAWAT AGENSI AGED COMFORT CARE CENTER LIKAS
Ini merupakan pengalaman kedua aku melawat agensi ini kerana pada semester sebelum ini kami pernah membuat lawatan ke agensi ini untuk tugasan berkumpulan dimana kami menemu bual Encik Kent iaitu pengasas kepada agensi ini tentang penderaan terhadap golongan warga tua. 
Daripada pengalaman yang lepas dari segi kemudahan fasiliti di dalam agensi ini tiada sebarang perubahan. Namun dari aspek lain seperti ahli terapi, jururawat mahupun golongan professional dilihat semakin bertambah daripada sebelumnya.
Selain itu, kami tidak mempunyai sebarang masalah ketika hendak ke lokasi agensi ini kerana pengalaman lawatan sebelum ini membantu saya untuk mudah mencari lokasi tersebut. Agensi ini dibuka pada setiap 8.00 Pagi sehingga 7.00 Malam. 

Pada hari lawatan tersebut, seramai 26 orang pelajar daripada Kursus HA20 Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga telah berkumpul di agensi tersebut sebelum jam 9.00 pagi. Setelah semua pelajar telah hadir, Encik Kent memberi taklimat ringkas berkenaan latar belakang Agensi Comfort Aged Care Centre. Selain itu, Encik Kent juga menerangkan kepada kami tentang maksud demensia serta faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya demensia

Apa yang menarik perhatian saya semasa berada di agensi tersebut apabila salah seorang pelajar yang melawat tidak sengaja terbatuk. Lalu Encik Kent segera bertanya samada kami mengalami batuk mahupun selesema pada ketika itu. 
Hal ini demikian kerana, menurut beliau warga tua juga seperti kanak-kanak yang semakin lama semakin kurang imunisasi badan mereka menyebabkan mereka mudah untuk dijangkiti penyakit. Apabila pesakit-pesakit beliau mengalami demam ataupun batuk, maka Encik Kent akan menyuruh pesakit beliau untuk segera berjumpa dengan doktor ataupun tidak perlu ke agensi Comfort Aged Care Centre pada hari tersebut kerana beliau khuatir bahawa penyakit tersebut akan merebak kepada warga tua yang lain

Setelah hampir 20 sehingga 30 minit menerangkan tentang etika semasa lawatan, latar belakang dan sejarah penubuhan dan sedikit pengalaman beliau, kami diminta untuk melihat kemudahan-kemudahan lain di dalam pusat jagaan tersebut. 
Kami tidak dapat melakukan banyak akitivit pada ketika itu kerana bilangan pelajar yang melawat yang terlalu ramai membataskan pergerakan kami. Jadi kami hanya mendengar sahaja cerita serta pengalaman beliau dalam penjagaan warga tua. Kami juga diberi peluang untuk bercerita dengan salah seorang daripada warga tua tersebut mengikut kumpulan



APA YANG DIPELAJARI SEMASA LAWATAN
Memandangkan ini adalah pengalaman kedua saya melawat ke agensi Comfort Aged Care, maka aku sudah mempunyai gambaran awal berkenaan dengan gerontologi, demensia dan juga apa sebenarnya yang dilakukan oleh seorang pekerja sosial gerontologi. 
Apa yang membezakan antara lawatan pertama saya adalah dimana kami hanya fokus kepada mencari maklumat berkenaan penderaan warga tua dan kurang memahami berkenaan penyakit demensia walaupun Encik Kent telah menerangkan kepada kami dengan lebih lanjut. Pada lawatan kedua kali ini, saya mula memahami lebih lagi berkaitan dengan demensia

Menurut Encik Kent, setiap pesakit warga tua yang dihantar di sini tidak mempunyai masalah dari segi penderaan fizikal, emosi mahupun pengabaian. Hal ini kerana anak-anak mereka sendiri yang menghantar ke pusat jagaan tersebut agar ibu bapa mereka tidak diabaikan atau keboringan apabila bersendirian di rumah ketika anak-anak mereka sibuk bekerja. 
Beliau berpendapat sekiranya anak-anak pesakit warga tua tersebut diabaikan, maka anak-anak mereka tidak akan prihatin mahupun menjaga kebajikan ibu bapa mereka

Oleh itu apa yang dapat saya pelajari bahawa menghantar ibu bapa ke pusat jagaan bukanlah suatu yang dianggap sebagai pengabaian, malah ia juga merupakan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan orang tua apatah lagi sekiranya warga tua tersebut tinggal bersendirian di dalam rumah. 
Di agensi Comfort Aged Care menyediakan pelbagai jenis aktiviti bermanfaat mengikut jadual yang telah ditetapkan kepada warga tua agar mereka kekal aktif di samping meningkatkan kemahiran interaksi dan sosial pesakit warga tua

Selain itu, apabila melawat ke pusat jagaan ini mengingatkan saya kepada nenek serta arwah datuk saya yang telah meninggal 5 tahun yang lalu. Aku faham bahawa menjaga seorang warga tua bukannya suatu kerja yang mudah kerana aku juga mempunyai pengalaman dengan nenek yang menghadapi masalah mental. 
Warga tua yang mempunyai masalah mental sangat berbeza dengan warga tua yang menghidap penyakit demensia. Hal ini demikian kerana apabila saya melihat pesakit warga tua di agensi ini walaupun ada segelintir warga tua telah berumur 90 tahun ke atas namun dari aspek kognitif mereka dilihat masih dalam keadaan baik dan paling tidak mempunyai masalah dalam pengurusan diri kerana tidak berupaya untuk melakukan banyak pergerakkan dengan usia yang begitu tua.
Oleh itu, bagi pendapat saya walaupun warga tua tersebut mengalami masalah demensia, Alzheimer mahupun kecacatan fizikal, dengan adanya agensi Comfort Aged Care, maka anak-anak boleh menghantar ibu bapa mereka ke sini agar mendapat rawatan yang sebaiknya. 
APAKAH PENYERTAAN DALAM LAWATAN MEMPENGARUHI ATAU MENGUBAH PEMIKIRAN DAN MATLAMAT DALAM PEKERJAAN?
Lawatan ini sedikit sebanyak mengubah pandangan aku terhadap bidang gerontologi kerana ia juga merupakan suatu pekerjaan yang mempunyai permintaan yang ramai. 
Department of Statistics Malaysia Official Website (2015) melaporkan bahawa jumlah penduduk yang telah lama atau mempunyai jangka hayat yang lama semakin bertambah dari 4.6% pada tahun 1957 kepada 5.7% pada tahun 1990. Selain itu, ia juga meramalkan bahawa kadar tersebut akan terus meningkat daripada 6.3% pada tahun 2000 kepada 12% pada tahun 2030. 
Ini menunjukkan sebilangan besar warga emas di Malaysia mengalami masalah kemerosotan fungsi kognitif atau menghidap penyakit demensia tanpa disedari. Apabila bilangan populasi warga emas di Malaysia meningkat 15% pada tahun 2030, maka bilangan pesakit demensia ini juga akan bertambah lebih besar lagi.
Namun begitu untuk menjadikan ia salah satu bidang dalam pekerjaan setakat ini belum banyak mempengaruhi pendirian untuk menjadi seorang pekerja sosial kanak-kanak atau ahli terapi kanak-kanak. 
Pendedahan terhadap bidang gerontologi sangat baik untuk menambah pengetahuan dalam aspek penjagaan warga tua. Suatu hari nanti setiap manusia juga semakin lama semakin lanjut usia dan amat penting untuk mempelajari kemahiran asas serta pengetahuan berkenaan dengan demensia agar apabila berada dalam situasi tersebut ataupun sekiranya ibu bapa mengalami demensia aku mempunyai pengetahuan asas terhadap penyakit ini

Menjaga kebajikan orang tua merupakan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa seperti mana yang diajar dalam agama Islam. Oleh itu, perlu terapkan nilai kesabaran yang tinggi serta kasih sayang terhadap warga tua tidak kira samada ibu bapa kita ataupun warga tua yang lain

Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa masalah yang dihadapi mereka sebenarnya turut memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak ataupun emosi kanak-kanak. Pengalaman pahit semasa kecil memberi kesedaran bahawa institusi keluarga yang stabil dapat mengurangkan masalah seperti yang kita lihat sendiri di kaca televisyen, laman sosial dan keratin akhbar banyak melaporkan kejadian remaja bawah umur yang lari dari rumah, kes penderaan kanak-kanak serta masalah sosial yang lain

Sekiranya kanak-kanak sejak daripada kecil lagi tidak dijaga dengan baik samada dari aspek fizikal, emosi mahupun sosial, bagaimana suatu hari nanti anak-anak itu mahu menjaga ibu bapanya apabila mereka sudah tua nanti. 
Hal ini demikian kerana mungkin semasa kecil kanak-kanak sering diabaikan, didera dan sebagainya menyebabkan apabila kanak-kanak itu meningkat remaja sehingga dewasa mereka mungkin kurang mengambil berat terhadap orang tua mereka. Namun, aku tidak mengatakan bahawa semua orang mempunyai sifat sedemikian

Pengetahuan dalam bidang psikologi kanak-kanak dan keluarga membuka minda bahawa menjaga seorang anak itu bukannya suatu pekerjaan yang mudah kerana anak-anak itu ibarat sebuah kain putih yang perlu dibentuk peribadinya. Dan pengetahuan dalam bidang gerontologi juga memberi  banyak manfaat yang sama dimana pentingnya kita menjaga kebajikan warga tua di samping berbakti kepada ibu bapa kita.
Walaupun begitu, sekiranya pada masa akan datang diberi peluang untuk menjadi seorang pekerja sosial warga tua, itu merupakan suatu peluang yang baik dalam pemilihan kerjaya walaupun aku lebih memilih untuk menjadi seorang ahli terapi kanak-kanak dimana sesuai dengan bidang yang diambil oleh saya ketika di universiti. Apapun pekerjaan pada masa akan datang yang penting adalah minat dan usaha kita untuk melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Kesimpulannya, lawatan ini memberi banyak manfaat dan pengetahuan berkenaan warga tua serta penyakit yang berkaitan seperti demensia dan Alzheimer. 
Permintaan dalam bidang gerontologi ini sangat banyak tetapi disebabkan oleh kurangnya golongan professional dalam bidang ini di Malaysia menyebabkan kurang pendedahan yang lebih kepada masyarakat terhadap warga tua. Dan aku amat bersetuju sekiranya di universiti menyediakan kursus seperti gerontolgi kepada pelajar kerana ini merupakan pengetahuan asas yang patut dipelajari oleh semua orang. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2021/03/kerja-sosial-gerontologi-lawatan-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan Sprm

Datuk Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA Satu lagi sindiket imigresen berjaya ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Imigresen kali ini melibatkan pas lawatan kerja sementara palsu Menurut sumber lima individu sudah ditahan termasuk ketua sind...
Muhyiddin Berlepas Pulang Akhiri Lawatan Kerja Di Sabah

Muhyiddin Berlepas Pulang Akhiri Lawatan Kerja Di Sabah

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 260 hits
Muhyiddin berlepas pulang akhiri lawatan kerja di Sabah Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Mar 2021 7 00PM
Apa Salah Media Sosial

Apa Salah Media Sosial

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 275 hits
Begitulah dengan mudah Hadi menjatuhkan hukuman kepada mereka yang mencari rezeki melalui media sosial sebagai golongan liberal yang tidak beriman Anehnya Presiden UMNO parti yang menjadi rakan sekongkol PAS dalam Muafakat Nasional Dato Ser...
Nilai Sosial Puasa

Nilai Sosial Puasa

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 219 hits
Soalan Adakah nilai sosial dalam ibadah puasa Jawapan Ada Puasa memiliki nilai nilai sosial diantaranya melahirkan rasa persamaan di antara sesama kaum Muslimin bahawa mereka adalah umat yang sama makan di waktu yang sama dan berpuasa di wa...
Video Influencer Sendiri Mengaku Tak Ikut Sop Tak Pakai Mask Penjarakan Sosial Kelaut Fashion Show Usahawan Langgar Sop

Video Influencer Sendiri Mengaku Tak Ikut Sop Tak Pakai Mask Penjarakan Sosial Kelaut Fashion Show Usahawan Langgar Sop

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 622 hits
Belum reda lagi isu influencer dan pasangan selebriti rentas negeri kini timbul pula isu panas baru di mana satu pasangan usahawan terkenal didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard atau SOP ketika mengadakan majlis pertunjukan fesye...
Hiburan Biarlah Pakaian Anak Selekeh Asalkan Bahagia Ozlyn Nasihat Jangan Pura Pura Mewah Hanya Di Media Sosial

Hiburan Biarlah Pakaian Anak Selekeh Asalkan Bahagia Ozlyn Nasihat Jangan Pura Pura Mewah Hanya Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 389 hits
Pelakon dan juga isteri kepada pelawak terkenal Johan Ozlynn menzahirkan perasaan syukur ke atas rezeki yang dikurniakan Allah S W T kepada diri dan seluruh ahli keluarganya Sumber Instagram Ozlynn Dia dilihat tampil meluahkan rasa syukur d...
Voluntourism Tren Wisata Unik Yang Mengajakmu Liburan Sambil Ikut Aksi Sosial Di Masyarakat Lokal

Voluntourism Tren Wisata Unik Yang Mengajakmu Liburan Sambil Ikut Aksi Sosial Di Masyarakat Lokal

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 199 hits
Liburan yang nggak sekadar liburan punya cerita seru yang mungkin belum pernah kamu temukan di perjalanan lainnya
Fokus Pemerintah Dan Rekomendasi Terkait Perlindungan Sosial Yang Inklusif Dalam Respons Covid 19

Fokus Pemerintah Dan Rekomendasi Terkait Perlindungan Sosial Yang Inklusif Dalam Respons Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 228 hits
Integrasi data kolaborasi antara Pemerintah Daerah dengan mitra Kemensos dan terobosan adalah kunci perlindungan sosial yang inklusif
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life