Datuk Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan Sprm


 


PETALING JAYA: Satu lagi sindiket imigresen berjaya ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) kali ini melibatkan pas lawatan kerja sementara (PLKS) palsu.
Menurut sumber, lima individu sudah ditahan, termasuk ketua sindiket yang bergelar Datuk.
Suspek, berusia antara 33 hingga 43 tahun itu, ditangkap susulan operasi berskala besar di 22 lokasi di Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi. SPRM dan pihak berkuasa imigresen membuat risikan kegiatan itu sejak setahun lalu.
Beroperasi dengan kerjasama “orang dalam” di Jabatan Imigresen, sindiket tersebut dikatakan menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan dalam bentuk levi pekerja asing mencecah ratusan juta ringgit.
Dianggarkan, ratusan ribu PLKS palsu dicetak oleh sindiket terbabit dengan bayaran antara RM6,000 hingga RM8,000 bagi setiap PLKS, hasil jualan kepada warga asing yang bekerja secara haram di Malaysia.
“Mereka berjaya menggodam pengkalan data JIM dengan memasang transmiter untuk membolehkan anggota sindiket untuk menukar kata laluan pegawai imigresen dan seterusnya mencetak PLKS dari pusat operasi mereka di luar pejabat JIM.
“Ini merupakan isu kebocoran keselamatan yang sangat serius,” kata sumber itu.
Sumber turut mendedahkan sindiket itu berupaya membuka dan menutup semula status “senarai hitam” atau “red alert” seseorang individu untuk membolehkan mereka melepasi sekatan imigresen di lapangan terbang dengan bayaran tertentu.
“Semua operasi dilakukan di luar pejabat imigresen menggunakan transmiter dan sistem yang diklonkan dari pengkalan data imigresen,” kata sumber itu.
SPRM merampas beberapa komputer dan barang yang digunakan sindiket itu semasa serbuan di sebuah hotel terkenal di Jalan Sultan Ismail, tempat terakhir di mana sindiket itu dipercayai beroperasi.
Sindiket itu dikatakan sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain termasuk hotel-hotel mewah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan penangkapan itu ketika dihubungi dan berkata siasatan sedang dijalankan bawah Seksyen 17 Akta SPRM.
Beliau menegaskan siasatan akan dibuat secara menyeluruh dan memastikan semua ahli sindiket dikenakan tindakan sewajarnya, termasuk “orang dalam”.
Beliau menekankan bahawa siasatan akan dilakukan secara holistik untuk memastikan setiap anggota sindiket dibawa ke muka pengadilan, termasuk orang dalam imigresen.
Pada November tahun lalu, SPRM menumpaskan sindiket imigresen dengan penangkapan 53 orang, termasuk timbalan pengarah imigresen dan 33 pegawai.
Sumber: FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/datuk-dalang-sindiket-pas-lawatan-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Asing Dengan Pas Lawatan Tamat Tempoh Diminta Pulang Sebelum 21 April

Warga Asing Dengan Pas Lawatan Tamat Tempoh Diminta Pulang Sebelum 21 April

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 151 hits
Warga asing di Malaysia yang memegang pas lawatan sosial tamat tempoh susulan penutupan mungkin terpaksa meninggalkan negara sebelum 21 April PETALING JAYA Sejak tiga hari lalu warga asing dari beberapa negara menerima emel dari kedutaan me...
Umno Sibuk Nak Letak Jawatan Pemimpin Pas Sibuk Buat Kerja Bantu Rakyat

Umno Sibuk Nak Letak Jawatan Pemimpin Pas Sibuk Buat Kerja Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 322 hits
Di Akhir Ucapan MB setelah dia sebut Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua semasa majlis Open Road Asia pagi ni saya perasan MB sebak dan hampir menangis saya mengerti perasaan tersebut macam mana tak sebak berduyun duyun pelabur masuk ke Keda...
Kerja Sosial Gerontologi Lawatan Ke Comfort Aged Centre Likas

Kerja Sosial Gerontologi Lawatan Ke Comfort Aged Centre Likas

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 311 hits
LATAR BELAKANG AGENSI AGED COMFORT CARE CENTRE LIKASAgensi Comfort Aged Care diasaskan oleh Encik Kent Sebelum ini beliau merupakan pelajar yang mengambil jurusan Kimia Perindustrian di Singapura dan telah melanjutkan pelajaran pada tahun 1...
2 Datuk Seri 6 Datuk Antara 118 Ahli Geng Nicky Ditahan

2 Datuk Seri 6 Datuk Antara 118 Ahli Geng Nicky Ditahan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 303 hits
Kuala Lumpur Seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3 0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee pada 20...
Lulus Pinjaman Projek Hantu Datuk Bekas Presiden Bank Ditahan

Lulus Pinjaman Projek Hantu Datuk Bekas Presiden Bank Ditahan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 255 hits
Oleh Empat suspek termasuk lelaki bergelar Datuk yang juga bekas presiden sebuah bank ditahan reman di mahkamah Putrajaya hari ini Gambar media sosial WOW RASUAH RM8 juta sebagai komisyen untuk meluluskan pinjaman kewangan RM400 juta untuk ...
Businessman Bergelar Datuk Seri Diburu Polis Disyaki Terbabit Dalam Sindiket Penipuan Scam

Businessman Bergelar Datuk Seri Diburu Polis Disyaki Terbabit Dalam Sindiket Penipuan Scam

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 318 hits
Businessman bergelar Datuk Seri diburu polis disyaki terbabit dalam sindiket penipuan scamAhli Perniagaan yang bergelar Datuk Seri sebelum ini yang dilaporkan pernah mencederakan dua anggota RELA pada empat tahun lalu kini sedang giat dikes...
Kahwinlah Dengan Siapa Pun Maruah Pas Sudah Tergadai

Kahwinlah Dengan Siapa Pun Maruah Pas Sudah Tergadai

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 200 hits
PAS diberi kata dua nak kahwin dengan UMNO atau Bersatu UMNO KelantanMarch 24 2021 PAS diminta membuat keputusan yang jelas sama ada mahu bekerjasama dengan Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum ke 15 akan datang Gesaan itu dibuat oleh U...
Anwar Cuba Dapatkan Sokongan Pas Untuk Tikam Belakang Dr Mahathir Kata Mukhriz

Anwar Cuba Dapatkan Sokongan Pas Untuk Tikam Belakang Dr Mahathir Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 167 hits
Bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir hari ini mendedahkan Presiden PKR Anwar Ibrahim berusaha untuk mengusulkan undi tidak percaya bagi menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketika pentadbiran Pakatan Harapan Dalam s...
Guan Eng Blasts Extremist Pas Plan To Redraw Seats In Malay Muslim Favour

Guan Eng Blasts Extremist Pas Plan To Redraw Seats In Malay Muslim Favour

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 232 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has condemned Minister of Plantation Industries and Commodities Khairuddin Aman Razali for declaring its objective to win a two thirds majority in the next general election Khairuddin who is from PAS said ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily