Kerja Ayah Hanya Driver Lori Tapi Hanya Dengan Amalkan Satu Surah Tu Rezeki Jadi Murah Rileks Media


Dah selalu sangat kita tengok viral testimoni nak putih, nak kurus. Mai sini kita baca rahsia apabila mengamalkan surah Al Waqiah dalam kehidupan seharian. Semoga kita semua boleh jadi istiqomah macam confessor ni jugak. InsyaAllah
BUKAN DARI LATARBELAKANG KELUARGA SENANG
Nama saya Nurul. Pengalaman saya mungkin tidak segah atau se’grand’ confessor-confessor sebelum ini, sebab saya sendiri masih seorang student dan belum bekerja, masih berusia awal 20an. Tapi segala rezeki ini saya pandang sebagai nikmat yang besar, dan saya rasa excited nak share. Kerana rezeki itu tidak terzahir melalui duit semata-mata, tetapi juga hal lain, dan kalau untuk saya seorang student, melalui pelajaran.
Saya start amalkan al-waqiah since sekolah rendah sebab abah yang suruh. Kami bukan family senang, sekarang abah kerja as a driver dengan gaji bersih RM1200 sebulan, dan mak penjual nasi lemak, pendapatan bersih mungkin kurang RM700 sebulan. Dari darjah 1 sampai darjah 6, saya tak pernah tak dapat number 1 dalam setiap exam. Harap pembaca semua tak rasa saya nak bermegah dengan akademik saya, jujur saya cuma nak tunjuk hebatnya al-waqiah tu.
Masuk form 1 saya dah duduk asrama, dekat satu SBP. Dan masih mengamalkan surah al-waqiah, terutamanya bila dekat sekolah, sebab dekat rumah akan datang satu penyakit malas huhuhu (jangan tiru). Alhamdulillah, dari form 1 sampai form 5, setiap exam, saya akan berada dalam ranking top 20 dalam batch, dan beberapa kali dapat top 5. PMR dan SPM alhamdulillah berkat doa mak abah dari jauh dan didikan cikgu-cikgu awesome, straight As.
After zaman spm, saya tak apply mana-mana overseas punya programme, saya cuma apply asasi and dapat cfs iium. Al waqiah masih diamalkan setiap kali lepas solat maghrib. 4 sem di cfs, Allah kurniakan dean’s list untuk tiga sem terakhir. Sem 1 memang saya mengaku saya main-main hahaha. Ditawarkan medic di uia kuantan, tapi saya tolak atas sebab tertentu dan sekarang dah bahagia tamat first year kos lain dekat uia kuantan jugak hehehe.
Okay ni zaman yang saya rasa Allah kurniakan lebih lagi bermacam-macam rezeki. Sebelum start degree di uia, saya ada apply satu dermasiswa. Not exactly dermasiswa la, dia more to crowdfunding, yang kita isi details and tulis kenapa kita rasa kita layak dapat derma/bantuan ikhlas dari orang ramai. Korang boleh usha dekat website dia sendiri, go0gle je Skolafund. Saya apply sebab kawan yang suggest and masa tu kan nak kena pakai banyak duit, kuantan tu jauh pulak tu, saya risau mak ayah nanti nak kena tanggung saya banyak sangat.
Skolafund ni, korang kena tetapkan sendiri taw berapa ringgit yang korang target akan disumbang oleh orang ramai. Saya letak RM2960, sebab tu total yuran untuk first year degree. Dan tanpa disangka, saya dapat lebih kurang RM3200 lebih. Perasaannya Allah je tahu. Rasa bersyukur sebab Allah tu sangat mendengar doa dan juga rasa bangga dengan orang Malaysia yang sangat suka menderma.
Sem 1, setiap kali after maghrib, masih dengan sudah alwaqiah. Result sem 1, alhamdulillah atas 3.9. Yang membolehkan saya apply excellence award dan ummatic scholarship under uia. Alhamdulillah, excellence award tu dah officiallydapat, tapi kena maintain cgpa atas 3.8 (doakan saya)! Apa yang saya dpt melalui award tu? Yuran yang saya kena bayar tinggal separuh je, means satu sem saya kena bayar RM 700 je lepas ni, bukan RM 1480 lagi dah. Ummatic scholarship insyaAllah dikhabarkan akan dapat jugak, doakan saya dan kawan-kawan (so that boleh terminate ptptn hehe)!
REZEKI YANG TAK DISANGKA SANGKA
Okay masuk sem 2, saya selang selikan hari-hari after maghrib surah alwaqiah dan surah ar-rahman. Sekali pakej dengan dhuha, tapi tu pun tak hari-hari, teruk kan. Sem 2 lagi stressful kau dari sem 1, sumpah wa cakap. Lagi susah and lagi nampak macam samar-samar je cahaya kebahagiaan tu. Exam final pun rasa pasrah je masa jawab. Dan saya memang dah expect awal-awal yang excellence award saya akan ditarik (meaning gpa saya akan less than 3.8) tapi subhanallah…sungguh Allah itu baik. Saya bukan muslimah yang terlalu baik ye, saya banyak dosa dan amalan alwaqiah ni pun kalau dekat rumah tu hmmm mengecewakan, selalu tinggal.
Cuma dekat sekolah and dekat uia je boleh kira dengan jari berapa hari yang saya miss surah kesayangan ni. Dan alhamdulillah, dengan izin Allah, doa ibu bapa sekali lagi dan didikan lecturer yang marveles, sem 2 saya dapat 4 flat. So selamat la award hahaha. Sekarang tengah cuti sem, berbaki sebulan. Dalam cuti ni pun saya ada masuk satu contest cerpen dan rezeki dari Allah, dapat la rm100 sebab dapat 2nd place. Dalam cuti ni jugak ada senior hadiahkan rm100 sebab buatkan something untuk dia, pastu jumpa duit dalam beg lama hahahaha k ni ramai je orang alami. Tapi nampak kan rezeki tu datang tak disangka-sangka dan tak putus? Dan terlalu banyak nikmat kurniaan Allah yang saya tak larat naktype dah sakit mata tengok phone ni lama-lama.
Sekali lagi, maaf kalau anda rasa saya brag atau sengaja nak tayang result ke. Point saya di sini cumalah janji Allah itu pasti. Saya punya bad habit yang tak maintain istiqamah alwaqiah bila cuti dekat rumah tu, tolong jangan tiru dan doakan saya boleh ubah. Allah tu Maha Baik, Maha Pemurah, amalan saya yang suam-suam kuku pun, Allah tetap bagi juga rezeki dan nikmat tanpa disangka-sangka. Apatah lagi kalau konsisten selalu.
Saya orang susah, rasanya saya paling susah dalam class, jarang dan rasanya tak pernah ada barang mewah tapi tak tahu kenapa, barang keperluan tu sentiasa dirasa cukup. Sentiasa ada jalan penyelesaian kalau ada masalah duit. Dan berkat mak abah yang pandai rolling duit juga. Tak banyak, tak mewah, tapi cukup, dan tak perlu pinjam orang. Ujian dan dugaan tu serius cakap, banyak. Tapi nikmat kurniaan Allah tu lebih banyak. Lately ni baru saya sedar yang Allah dah kasi banyak.. tak perlu terlalu banyak, asalkan cukup.
Cukup itu nikmatnya lebih manis. Dan baru saya sedar yang saya tak perlu minta mewah dari Allah, cuma perlu minta ‘cukup’. Dan saya harap saya akan sentiasa sedar yang rezeki itu bukan hanya dalam bentuk wang, tapi dalam bentuk lain yang selalu kita lupa untuk syukuri. Keluarga, kawan-kawan, ketenangan, mudah faham dalam class, keselamatan, dan macam-macam lagi. Doakan saya boleh istiqamahkan diri dengan amalan alwaqiah serta memantapkan diri dari sudut-sudut lain juga lepas ni! Syukur selalu.
– Totoro
ps:
Bukan hanya alwaqiah, bukan hanya yassin, bukan hanya kahfi, tetapi the wholequran juga. Sehari selembar alquran, thats sweet. Dan ya, tafsir itu menerangkan pemahaman. Dan tidak, bukan baca alquran dengan niat kaya. Tapi kerana itulah sumber ilmu yang pertama, tarafnya melebihi akal. Jangan ramai yang salah faham, saya cuma share experience sendiri je. Sorry kalau ramai yang anggap apa yang saya ingin sampaikan ialah alquran sebagai tangkal untuk mendapatkan harta dunia, harap anda tak salah faham jauh sampai macam tu sekali. Dont forget your quran today ya!
Sumber : iiumc
Source link
The post Kerja Ayah hanya Driver Lori, Tapi Hanya Dengan Amalkan Satu Surah Tu Rezeki Jadi Murah – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/kerja-ayah-hanya-driver-lori-tapi-hanya-dengan-amalkan-satu-surah-tu-rezeki-jadi-murah-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kunci Panjang Umur Dan Murah Rezeki Ada Pada Ibubapa Bacalah Rileks Media

Kunci Panjang Umur Dan Murah Rezeki Ada Pada Ibubapa Bacalah Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 473 hits
Redha Allah tergantung pada redha ibu dan bapa dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka Wahai Rasulullah apakah masih ada kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya setelah mereka meninggal ...
Rezeki Turun Mencurah Curah Dari Langit Laut Dan Bumi Amalkan 20 Perkara Ini Rileks Media

Rezeki Turun Mencurah Curah Dari Langit Laut Dan Bumi Amalkan 20 Perkara Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 343 hits
Amalan amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan Allah memberi jalan buat setiap hamba Nya untuk memperolehi rezeki dalam pel...
Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Mengejar Kamu Rileks Media

Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Mengejar Kamu Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 464 hits
Perasan tak sekarang Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga Kalau ada pun time makan tu masing masing leka main henset atau pun sibuk melayan tv Allahu Semasa saya di taman petang tadi telah datang seorang lelaki Kami pun be...
Doa Nabi Sulaiman Dalam Al Quran Untuk Jadi Kaya Dan Murah Rezeki Rileks Media

Doa Nabi Sulaiman Dalam Al Quran Untuk Jadi Kaya Dan Murah Rezeki Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 1297 hits
Nabi Sulaiman adalah seorang Nabi yang dianugerahi kekayaan berlimpah Selain kayanya Nabi Sulaiman ia bahkan dijuluki sebagai Raja segala mahluk Kerajaan Nabi Sulaiman sangatlah besar Istananya pun megah berlapis emas dan permata Selain dib...
Ayah Hanya Bekerja Sebagai Pemandu Lori Saya Belajar Sungguh Sungguh Kerana Nak Bantu Ibu Dan Ayah

Ayah Hanya Bekerja Sebagai Pemandu Lori Saya Belajar Sungguh Sungguh Kerana Nak Bantu Ibu Dan Ayah

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 373 hits
Ayah hanya bekerja sebagai pemandu lori Saya belajar sungguh sungguh kerana nak bantu ibu dan ayah Beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan baharu di negara ini akan bermula Ayah hanya bekerja sebagai pemandu lori Saya belajar sungguh su...
Doa Pengasih Untuk Ist3ri Amalkan Supaya Su4mi Makin Sayang Rileks Media

Doa Pengasih Untuk Ist3ri Amalkan Supaya Su4mi Makin Sayang Rileks Media

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 468 hits
Setiap wanita pasti ingin dicintai oleh suaminya Anda juga kan Selain berusaha secara lahir dengan selalu tampil cantik di depannya dan juga bersikap yang baik ada juga usaha batinnya yang harus anda lakukan yaitu dengan doa Apa doa yang ha...
Sakit Urat Tak Pernah Wujud Dan Hanya Mitos Dr Rusyainie Rileks Media

Sakit Urat Tak Pernah Wujud Dan Hanya Mitos Dr Rusyainie Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 422 hits
Doktor saya ni demam urat semalam kerja kenduri Hish jangan makan laksa nanti sakit urat Ni sakit urat ni doktor kan Dari dulu sampai lah sekarang mungkin saya saja sorang sorang yang tak tahu apa itu urat Sebab tak pernah belajar kat sekol...
Amalkan Perkara Ini Insyaallah Akan Bersama Nabi Muhammad Saw Di Syurga Rileks Media

Amalkan Perkara Ini Insyaallah Akan Bersama Nabi Muhammad Saw Di Syurga Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 332 hits
1 Mutaba ah Taat Kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Allah Subhanahu Wa Ta ala berfirman Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya mereka itu akan bersama sama dengan orang orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah yaitu pa...
Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah Amalkan Agar Sentiasa Disayangi Rileks Media

Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah Amalkan Agar Sentiasa Disayangi Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 452 hits
Potongan 2 ayat dari surah dalam Al Quran ini baik untuk dijadikan amalan harian terutama setiap kali mak ayah lakukan lepas solat fardhu Kedua dua ayat pendek ini mengandungi manfaat yang besar Namun ada cara dan syarat untuk melakukannya ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik