Rezeki Turun Mencurah Curah Dari Langit Laut Dan Bumi Amalkan 20 Perkara Ini Rileks Media


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: (iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (Ar-Rad: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya. (Riwayat Abu Yaala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu. (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu alam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11 . Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya. (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya. (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras. (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asmaul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca Ya Allah ya Fattah berulang-ulang, diiringi doa: Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim. Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu alam.
18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang. (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sumber islamikinfo
Source link
The post Rezeki Turun Mencurah-Curah Dari Langit, Laut Dan Bumi Amalkan 20 Perkara Ini – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/rezeki-turun-mencurah-curah-dari-langit-laut-dan-bumi-amalkan-20-perkara-ini-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inginkan Rezeki Terbuka Luas Amalkan 2 Perkataan Zikir Ini 2 Perkataan Sahaja Rileks Media

Inginkan Rezeki Terbuka Luas Amalkan 2 Perkataan Zikir Ini 2 Perkataan Sahaja Rileks Media

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 427 hits
Mahu rezeki terus terbuka dan lancar Berzikirlah Zikir itu adalah jalan pintas atau jalan termudah untuk mendekatkan diri kepada Allah Kerana zikir tidak terbatas ruang dan waktu Setiap saat kita boleh melakukannya Bukan hanya setelah solat...
Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Mengejar Kamu Rileks Media

Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Mengejar Kamu Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 462 hits
Perasan tak sekarang Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga Kalau ada pun time makan tu masing masing leka main henset atau pun sibuk melayan tv Allahu Semasa saya di taman petang tadi telah datang seorang lelaki Kami pun be...
Amalkan Perkara Ini Insyaallah Akan Bersama Nabi Muhammad Saw Di Syurga Rileks Media

Amalkan Perkara Ini Insyaallah Akan Bersama Nabi Muhammad Saw Di Syurga Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 323 hits
1 Mutaba ah Taat Kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Allah Subhanahu Wa Ta ala berfirman Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya mereka itu akan bersama sama dengan orang orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah yaitu pa...
Inilah Adab Minum Rasulullah S A W Untuk Mengelakkan Pelbagai P3nyakit Amalkan Rileks Media

Inilah Adab Minum Rasulullah S A W Untuk Mengelakkan Pelbagai P3nyakit Amalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 359 hits
Rasululullah S A W telah menunujukkan contoh yang terbaik dalam 24 jam kehidupan baginda Hari ini admin aakan berkongsikan Adab Dan Cara Minum Rasulullah SAW yang boleh diikuti untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat bagi me...
10 Perkara Yang Pasti Anda Lakukan Dengan Salah Setiap Hari Berulang Ulang Kali Rileks Media

10 Perkara Yang Pasti Anda Lakukan Dengan Salah Setiap Hari Berulang Ulang Kali Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 345 hits
Sejak kecil lagi kita telah didik oleh kedua orang tua kita untuk melakukan sesuatu perkara dan sehinggalah kita meningkat dewasa kita masih menggunakan cara yang sama mengikut apa yang telah diajarkan kepada kita sejak kecil Walau bagaiman...
Perkara Ini Perlu Disebarkan Biar Pekerja Restoran Fastfood Bernama Zura Ini Tahu Kelakuannya Rileks Media

Perkara Ini Perlu Disebarkan Biar Pekerja Restoran Fastfood Bernama Zura Ini Tahu Kelakuannya Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 608 hits
Hal ini mesti disebarkan biar dia tahu Biar pekerja KFC nama Zura ini tahu tindakan dia ini Biar pengurusan tertinggi KFC tahu tentang sikap staff dia yang seorang ini Kisahnya begini aku bawa budak lawatan ke Melaka Sewaktu pulang kami sin...
Doa Iftitah Yang Dapat Membuka Pintu Langit Ini Maksud Doa Iftitah Rileks Media

Doa Iftitah Yang Dapat Membuka Pintu Langit Ini Maksud Doa Iftitah Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 318 hits
Tahu kah anda jika dilangit terdapat pintu pintu yang dalam rentang waktu tertentu dapat terbuka dan tertutup Jika terbuka maka keistimewaannya adalah Allah SWT akan mengabulkan semua doa Beberapa waktu saat pintu langit terbuka diantaranya...
Dah Kahwin Atau Belum Perempuan Umur 30an Tolong Jangan Abaikan 5 Perkara Ini Rileks Media

Dah Kahwin Atau Belum Perempuan Umur 30an Tolong Jangan Abaikan 5 Perkara Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 391 hits
Kalau anda salah seorang perempuan yang berada dalam umur 30an kena ingat bahawa kesihatan wanita tidak akan sama seperti ketika di usia remaja hingga hujung 20an Potongan badan pun banyak mula lari tak seperti masa zaman da ra dulu tambah ...
Doa Pengasih Untuk Ist3ri Amalkan Supaya Su4mi Makin Sayang Rileks Media

Doa Pengasih Untuk Ist3ri Amalkan Supaya Su4mi Makin Sayang Rileks Media

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 462 hits
Setiap wanita pasti ingin dicintai oleh suaminya Anda juga kan Selain berusaha secara lahir dengan selalu tampil cantik di depannya dan juga bersikap yang baik ada juga usaha batinnya yang harus anda lakukan yaitu dengan doa Apa doa yang ha...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti