Sakit Urat Tak Pernah Wujud Dan Hanya Mitos Dr Rusyainie Rileks Media
“Doktor, saya ni demam urat, semalam kerja kenduri’”
“Hish, jangan makan laksa nanti sakit urat!’”
“Ni sakit urat ni doktor kan?’”
Dari dulu sampai lah sekarang mungkin saya saja sorang-sorang yang tak tahu apa itu urat. Sebab tak pernah belajar kat sekolah perubatan.
Urat tu apa?
Otot = muscle ke?
Tendon = sejenis tisu yang menyambungkan otot ke tulang ke?
Ligamen = tisu yang lebih kurang macam tendon tapi yang menyambungkan tulang / tulang rawan dengan tulang lain untuk membentuk sendi ke?
Arteri = saluran darah yang membawa darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan ke?
Vena = saluran darah yang membawa darah yang sudah berkurangnya oksigen dari seluruh badan kembali ke jantung ke?
Saraf = nerve ke?
Yang mana satu sebenarnya urat?
Perkataan urat secara am begitu membuatkan saya terkial-kial dan termangu-mangu. Terpinga-pinga pun sekali jalan.
Baru-baru ni, ada pesakit saya mengalami kecederaan semasa latihan renang. Dia sakit sangat dan tak boleh angkat 1 belah tangan. Saya yang kebetulan berada di tepi kolam renang, terus menghantar dia ke klinik saya. Setelah memeriksanya, saya tahu dia mengalami kecederaan pada sarafnya. Terus saya uruskan dia ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ada pesakit yang sakit paha bila lepas main bola. Saya tahu itu kecederaan otot.
Ada satu pesakit yang lain tiba-tiba sakit bahu masa buat latihan senaman, saya tengok Xray. Tu rupanya bahu dah terkeluar dari soket. Kita masukkan balik dengan teknik yang betul dan ubat tahan sakit yang bagus. Dia kena pakai anduh.
Ada pesakit saya kata uratnya bersimpul. Selidik punya selidik, kelenjar limfa dia bengkak. Kena jangkitan bakteria. Saya rawat dengan bagi antibiotik dan saya suruh dia datang balik untuk saya periksa semula.
Itulah gunanya kerajaan bayar beratus ribu RM untuk jadikan saya doktor. Untuk saya melakukan kerja saya berdasarkan ilmu perubatan. Untuk saya mencurahkan bakti kepada masyarakat. Sia-sia lah segala keringat, masa, air mata, pengalaman dan kemahiran saya selama ini kalau ilmu dalam bidang saya ini mahu dipinggirkan dan kita masih mahu berpegang pada kata dan petua orang lama.
Sakit urat tidak wujud. Makan salah menyebabkan sakit urat pun tidak wujud. Itu kemungkinan kesan placebo.
Kalau demam, memang kita akan mengalami sengal di bahagian badan, yang kita panggil myalgia atau arthralgia. Apa-apa sekali pun berjumpa lah doktor.
Ajaran orang-orang zaman dulu
Ajaran dan petua orang zaman dulu dah banyak sangat tak relevan sekarang ni, sebab kita dah ada sains untuk buktikan sebaliknya. Orang melayu ni aneh dan ganjil, kalau anak jadi doktor, bangganya bukan main. Satu kampung dia canang. Nasib tak letak banner saja kat pintu rumah nak bagitahu. Tapi kalau doktor bagi nasihat pasal sakit, boleh pula tak nak ikut. Sibuk nak menangkan petua orang dulu-dulu. Penulisan ini ditulis Dr. Rusyainie Ramli, seorang doktor perubatan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Petua Ibu
Source link
The post “Sakit Urat Tak Pernah Wujud Dan Hanya Mitos” – Dr. Rusyainie – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rilekslah.my/sakit-urat-tak-pernah-wujud-dan-hanya-mitos-dr-rusyainie-rileks-media/