Kerana Masa Emas Binasa


SELASA lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan insiden mengejutkan selepas Muhammad Ziyad Zolkefli dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter yang merupakan rekod baharu dunia.Beliau telah diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan persaingan disebabkan lewat melaporkan diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.Bahananya maruah negara tercalar dan ganjaran bernilai lebih satu juta ringgit mungkin terlepas begitu sahaja hanyalah disebabkan kerana masa yang tidak dipatuhi atau bukan kesalahan beliau sendiri dan juga kontinjen negara yang tidak diketahui. ALLAH SWT bersumpah dengan masa dalam Surah al-Asr kerana masa itu adalah sangat penting pada seseorang insan. Seseorang insan itu berjaya atau gagal di dunia ini adalah berkait rapat dengan pengurusan masanya sama ada ia dimanfaatkan dengan sebaiknya atau dia membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan.
Masa dapat dikaitkan dengan amanah, masa dikaitkan dengan amal soleh, masa dikaitkan dengan pengalaman, masa dikaitkan dengan kehidupan untuk mencari rezeki, masa juga dikaitkan dengan janji.
Oleh itu, Surah al-Asr ini sinonim dengan kehidupan semua makhluk ciptaan ALLAH di atas muka bumi. ALLAH SWT memberikan suatu modal yang amat berharga dan tiada galang gantinya.
Dengan modal ini, manusia bahkan binatang dapat meneruskan kehidupan sehariannya dengan cukup sempurna sekiranya dilakukan secara berhemah. Modal tersebut sudah tentunya ‘masa᾿ yang tiada tolok bandingnya. Namun berapa ramaikah dalam kalangan kita yang mengambil pengajaran daripada ayat di atas?
Tersungkur di pentas dunia
Terlalu ramai yang tersungkur di pentas arena dunia fana apabila dikaitkan dengan pengurusan masa. Mereka lebih rela menghabiskan masa yang tidak berfaedah dengan keseronokan tanpa sedikit pun memikirkan tentang kematian yang saban hari mendekati mereka dan kita.
Makhluk kerdil ciptaan ALLAH SWT seperti burung secara fitrahnya bijak menghargai masa, ketika keluar mencari makan untuk dibawa pulang kepada anak-anaknya dan kembali semula ke sarangnya tetap dengan masanya, kalau tidak anak-anak burung akan kelaparan, bagaimana pula dengan manusia?
Atas dasar itulah Nabi Muhammad SAW memberikan contoh di dalam hadis baginda berkaitan mencari rezeki dengan mengaitkannya dengan sikap burung yang tubuhnya kecil, tetapi tawakal dan kecekalannya ibarat gunung.
Sabda Nabi Muhammad SAW daripada riwayat Umar al-Khattab ra yang bermaksud: “Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan memberi rezeki kepada kamu seperti mana Dia memberi rezeki kepada burung, ia keluar dengan perut yang kosong pada waktu pagi dan pulang pada petang harinya dengan perut kenyang.” (Riwayat al-Tirmidzi)
Pendek kata, masa memerlukan komitmen. Jika anda tidak mampu memberikan komitmen kepada masa, mungkin anda bukan orang yang menepati masa. Seterusnya jika anda bukan orang yang tidak menepati masa, maka anda juga bukan orang yang menepati janji. Jika anda bukan orang yang boleh menepati janji, maka anda mempunyai sifat- sifat seorang munafik. Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
‘Saya bertanggungjawab atas insiden Ziyad’

Terikat dengan masa
Hadis di atas jelas kepada kita begitu penting kepada seseorang itu menepati janji yang pada awalnya bermula pada masa. Setiap orang terikat dengan masa tersendiri, pekerja mempunyai masa kerjanya tersendiri, guru terikat dengan waktu kehadirannya ke sekolah jam 7.30 pagi, pekerja kilang dengan tempoh bertugasnya mengikut giliran tertentu dengan tempohnya tersendiri dan begitulah seterusnya.
Seseorang yang bercadang untuk melancong ke luar negara sudah pasti mempunyai jadual pelepasan pesawatnya tersendiri dan terikat dengan masa pelepasan tersebut.
Seorang pelancong yang bijak akan tiba terlebih awal di lapangan terbang sebelum pesawat dijadualkan berlepas dalam tempoh tiga jam dalam negeri dan empat jam untuk keluar negara. Ia berbuat demikian kerana memahami konsep penumpang menunggu kapal terbang bukan kapal terbang menunggu penumpang.
Dalam erti kata mudah, kita menunggu kapal terbang atau kapal terbang menunggu kita? Jikalau kita yang menunggu kapal terbang, kita akan tiba dengan selamat ke destinasi ditujui, tetapi kalau kapal terbang yang menunggu kita sudah pasti kita tidak akan ke mana-mana.
Dengan adanya sikap menghargai masa dan peraturan seperti ini, produktiviti kerja dalam pelbagai bidang dapat dipertingkatkan dan semua perkara akan berjalan lancar. Apa yang akan berlaku sekiranya seorang guru datang lewat ke kelas, sudah pasti murid di dalam kelas ibarat kambing mengembek begitulah juga dalam sektor-sektor lain.
Oleh itu, kehidupan duniawi ibarat suatu perniagaan yang sedang diusahakan di mana laba atau keuntungannya akan kita peroleh di hari akhirat kelak.
Namun sebahagian pekerja tidak begitu sensitif terhadap ‘modal masa᾿ berbanding modal yang berupa ‘wang ringgit᾿ kerana itu pembaziran masa berlaku sewenang-wenangnya melalui perbualan-perbualan kosong, masa interaksi di media sosial yang tidak berfaedah dan pelbagai lagi aktiviti lain untuk menghabiskan masa.
Justeru, marilah kita gunakan masa yang ada ini untuk memperbanyakkan amal soleh kita untuk dibawa sebagai bekalan di alam kubur, yang muda gunakan usia muda dengan menambah ilmu sebanyaknya untuk meningkatkan kualiti amalan di hari tua. Yang tua, jangan gunakan masa tua hanya banyak termenung mengenang kisah muda yang banyak lekanya.
Gunakan masa yang ada untuk amal soleh yang pasti menerangi kubur yang gelap gelita. Tidak kira apa jua kebaikan di dunia ini jangan kita persiakan.
Walaupun ianya kecil, tapi besar bila di timbang di neraca Tuhan. Setiap saat berlalu, maka berlalulah modal tersebut sama ada ia telah memberikan keuntungan kepada kita pada hari akhirat kelak atau sebaliknya, ianya terpulanglah bagaimana cara kita menguruskannya.
Benarlah pepatah Arab yang bermaksud: “Masa ibarat pedang jika kamu tidak menggunakannya untuk memotong, ia akan memotong kamu.”
* Datuk Mohamad Din Yusoh ialah penulis buku Covid-19 Melanda Negara dan Dunia
Kerana masa, emas binasa
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri Layari Laman Facebook MYKMU
Keputusan Batal Pingat Emas Ziyad Kekal, Saya Mintak Maaf Pada Rakyat Malaysia- Ziyad

The post Kerana masa, emas binasa appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/06/kerana-masa-emas-binasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benar Kata Peribahasa Masa Itu Emas

Benar Kata Peribahasa Masa Itu Emas

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 174 hits
Peribahasa Melayu pernah menyebut masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia siakan Perumpamaan itu memberi makna yang tersendiri hari ini apabila jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkifli sec...
Hargailah Masa Kerana Ia Adalah Emas

Hargailah Masa Kerana Ia Adalah Emas

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 255 hits
BUKAN SAJA PADAH TAK TEPATI MASA INI JUGA PADAH BUDAYA DOUBLE STANDARDJelas sekarang Ziyad Zulkefli bukanlah mangsa protes kotor dari Ukraine tetapi kesilapan besar pegawai kontinjen Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan kepatuhan prot...
Saya Sudah Tua Chance Utk Pul1h N1pis Warga Emas Dij4ngkiti Cov1d 19 Mer4yu Tolong Jaga 59 Anj1ng Rescue Dibelanya

Saya Sudah Tua Chance Utk Pul1h N1pis Warga Emas Dij4ngkiti Cov1d 19 Mer4yu Tolong Jaga 59 Anj1ng Rescue Dibelanya

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 315 hits
Bermacam cab4ran dan dvgaan dilalui setiap orang disebabkan p4ndem1k C0vldl9 dan semuanya berbeza beza Tapi bagi mereka yang dij4ngkiti v1rus ini dan mempunyai tanggungan pastinya sukar bagi mereka Contohnya seperti seorang warga emas ini y...
Warga Emas Rugi Rm 418 000 Ditipu Sindiket

Warga Emas Rugi Rm 418 000 Ditipu Sindiket

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 210 hits
Warga emas rugi RM 418 000 ditipu sindiket Seorang wanita warga emas berumur lingkungan 60an mengalami kerugian RM418 000 setelah dipercayai ditipu sindiket Macau scam yang mendakwa mangsa membuat tuntutan insurans daripada syarikatnya di B...
Isu Mh17 Dikaitkan Dengan Pingat Emas Milik Ziyad

Isu Mh17 Dikaitkan Dengan Pingat Emas Milik Ziyad

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 221 hits
Gara gara isu pingat emas milik Ziyad Zolkefli dibatalkan kerana aduan yang dibuat oleh atlet Ukraine membuatkan segelintir rakyat Malaysia mengaitkan kejadian kapal terbang MH17 di Ukraine sebagai sumber untuk menghangatkan lagi keadaan
Jom Beli Barang Emas Idaman Anda Di Kedai Emas Rizq Shakir

Jom Beli Barang Emas Idaman Anda Di Kedai Emas Rizq Shakir

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 402 hits
Admin rekemenkan kepada peminat barangan kemas Hot Item New Stocks Arrival Gelang tangan CoCo yg cantik Berat dari 2g ke 9g Harga emas 916 pada RM25x per gramSila mesej ke untuk dapat kan tawaran yg lebih hebat COD boleh diatur utk pelangan...
Lelaki Sado Jadi Jurujual Kedai Emas

Lelaki Sado Jadi Jurujual Kedai Emas

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 157 hits
Lelaki sado jadi jurujual kedai emas BANGI Pemilik sebuah kedai emas di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi di sini menggunakan enam jurujual lelaki sepenuhnya sebagai usaha untuk meningkatkan aspek keselamatan di premis itu daripada kejadian tidak...
Emas Muhammad Ziyad Di Rompak Peraturan Untuk Di Patuhi Semua Bukannya Di Langgar

Emas Muhammad Ziyad Di Rompak Peraturan Untuk Di Patuhi Semua Bukannya Di Langgar

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Hampir mustahil untuk Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa mengubah keputusan acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan kejayaan gemilang jaguh kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli dirompak Bekas Ketua ...
Niat Ziyad Mahu Raih Emas Pada Hari Kebangsaan Tak Kesampaian Bila Kemenangan Di Tarik Balik

Niat Ziyad Mahu Raih Emas Pada Hari Kebangsaan Tak Kesampaian Bila Kemenangan Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 253 hits
Jaguh lontar peluru negara Ziyad Zolkefli berhasrat untuk mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat