Warga Emas Rugi Rm 418 000 Ditipu Sindiket



Warga emas rugi RM 418,000 ditipu sindiket. Seorang wanita warga emas berumur lingkungan 60an mengalami kerugian RM418,000 setelah dipercayai ditipu sindiket Macau scam yang mendakwa mangsa membuat tuntutan insurans daripada syarikatnya di Bachok, Kelantan pada awal Julai lalu.
Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa yang juga pesara kerajaan pada pada 30 Ogos 2021.
Menurut Shafien, awal kejadian bermula apabila mangsa telah menerima panggilan kononnya daripada syarikat insurans yang menyatakan tuntutan insurans yang dibuat mangsa berjumlah RM48,000 telah diluluskan.
“Mangsa yang menafikan pernah membuat tuntutan dan memiliki akaun bank tersebut kemudiannya telah dipindahkan panggilan kepada seseorang yang menyamar sebagai anggota polis.
“Penyamar tersebut kemudiannya membuat semakan identiti mangsa seperti nombor akaun, nombor kad ATM serta baki akaun.
“Panggilan mangsa kemudiannya telah disambung pula kepada pegawai atasan yang mendakwa terdapat waran tangkap ke atas mangsa kerana terlibat di dalam satu kes jenayah pengubahan wang haram bernilai RM2.18 juta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambahnya, mangsa diarahkan memindah semua wang yang dimiliki daripada akaun bank mangsa yang dibuka di cawangan Kota Bharu.
“Mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah ke cawangan bank bagi memeriksa baki akaun pada pagi 30 Ogos dan mendapati wang sebanyak RM418,000 telah dipindahkan ke akaun bank milik pihak ketiga tanpa pengetahuan dan kebenaran mangsa sebelum bergegas membuat laporan polis.
“Kes kini dalam siasatan polis kerana kesalahan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun dan dengan sebatan serta boleh dikenakan denda,” katanya.
Mengulas lanjut Shafien berkata, kegiatan jenayah telekomunikasi seperti Macau scam telah mendapat liputan yang meluas di media sosial tetapi masih ada mangsa terpedaya melibatkan pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Hal ini disebabkan taktik yang digunakan suspek sentiasa bertukar seperti sebelum ini kerap mengamar sebagai pegawai mahkamah, pihak polis dan terkini pegawai insurans.
Katanya, antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan diri tidak menjadi mangsa kepada kes ini ialah:
“Memuat turun secara percuma aplikasi telefon pintar “check scammers CCID” untuk membuat semakan nombor akaun bank dan nombor talian telefon yang digunakan sama ada pernah terlibat dalam kes-kes jenayah komersial.
“Jangan mudah percaya dan mengikut arahan yang diperintahkan oleh individu yang tidak dikenali terutama individu yang tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung secara maya.
“Tidak mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan melalui telefon atau media sosial kepada individu yang tidak dikenali dan juga laman sesawang serta aplikasi telefon pintar yang meragukan.
“Membuat semakan secara terus dengan balai polis atau ibu pejabat polis daerah yang berhampiran berkenaan dengan panggilan telefon yang diterima.
“Menghubungi ‘CCID Scam Response Centre’ di talian 03-26101559 dan 03-26101599 yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk membuat pertanyaan jenayah tipu panggilan atau lain-lain jenayah penipuan siber,” jelasnya.
Warga emas rugi RM 418,000 ditipu sindiket
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki TMJ tells Syed Saddiq to jump off KLCC without a parachute Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni Azalina Mahu Hantar Notis RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021 Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung Suami mengamuk isteri muda diganggu kekasih lama Aaron Aziz jatuh hati tengok jam tangan ‘camo’ PM Resepi Ayam Goreng Berlada Sedap Hadiri kenduri, sekampung dijangkiti COVID-19 di Sabah Sime Darby Pasang PORSCHE – Jadi Kilang Pertama Di Luar Eropah Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan (Video) Layari Laman Facebook MYKMU
Dulu dihalau, kini jadi tauke nasi lemak

The post Warga emas rugi RM 418,000 ditipu sindiket appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/01/warga-emas-rugi-rm-418000-ditipu-sindiket/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengarah Syarikat Rugi Lebih Rm400 000 Ditipu Dapatkan Gelaran Tanah Kurnia

Pengarah Syarikat Rugi Lebih Rm400 000 Ditipu Dapatkan Gelaran Tanah Kurnia

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 346 hits
Pengarah syarikat rugi lebih RM400 000 ditipu dapatkan gelaran tanah kurnia Seorang pengarah syarikat kerugian RM406 400 selepas ditipu dalam urusan mendapatkan gelaran Datuk Seri Utama dan sebidang tanah kurnia Ketua Jabatan Siasatan Jenay...
Warga Emas Hidup Susah Isi Minyak Motorsikal 64 Sen Untuk Keluar Cari Kerja

Warga Emas Hidup Susah Isi Minyak Motorsikal 64 Sen Untuk Keluar Cari Kerja

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 212 hits
Selalu pak cik isi RM1 50 hari ini isi minyak 64 sen sahaja Demikian perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Geehan s Nurjehan apabila menceritkan kisah seorang warga emas yang terpaksa mengisi minyak petrol sebanyak 64 sen b...
Merangkak Untuk Bantuan Warga Emas Mati Di Wad Covid 19 Selepas Tak Dipeduli

Merangkak Untuk Bantuan Warga Emas Mati Di Wad Covid 19 Selepas Tak Dipeduli

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 309 hits
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu cuba berdiri dengan memaut pada katil sebelum rebah Dia dilaporkan meninggal dunia 40 minit kemudian Jabatan Kesihatan Negeri Kedah siasat video tular lelaki maut jatuh di lantai hospital SUNGAI PE...
Warga Emas Cuba Berpaut Pada Katil Sebelum Meninggal Dunia

Warga Emas Cuba Berpaut Pada Katil Sebelum Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 260 hits
Oleh NUR SYAZWANA MANSOR Tangkap layar video memaparkan keadaan mangsa yang lemah sebelum meninggal dunia di wad sebuah hospital di Kedah SUNGAI PETANI Sebuah klip video memaparkan seorang lelaki warga emas yang dilihat dalam keadaan lemah ...
Segerakan Akta Lindungi Warga Emas

Segerakan Akta Lindungi Warga Emas

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 256 hits
Wanita KEADILAN mendesak kerajaan Perikatan Nasional 2 0 untuk menyegerakan Rang Undang undang Warga Emas dibentang di Dewan Rakyat bagi melindungi kelompok berkenaan daripada pengabaian Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Loh Ker C...
Selongkar Lori Sampah Cari Emas Rm70 000

Selongkar Lori Sampah Cari Emas Rm70 000

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 301 hits
PETALING JAYA Kalau rezeki tidak ke mana itu antara ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan situasi dialami seorang wanita apabila berjaya menjumpai semula barang kemas bernilai RM70 000 selepas membuangnya ke dalam tong sampah
Warga Emas Bermurah Hati Beri Rm2 Kepada Gadis Walaupun Itu Saja Wang Yang Tinggal

Warga Emas Bermurah Hati Beri Rm2 Kepada Gadis Walaupun Itu Saja Wang Yang Tinggal

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 225 hits
Sebuah perumpamaan rezeki tidak pernah salah alamat sesuai untuk seorang warga emas yang sedang berada dalam kesusahan tetapi beliau memilih untuk menghulurkan pertolongan kepada orang lain Melalui satu video yang dikongsikan di Tik Tok seo...
Warga Emas Mangsa Kepala Air Terlepas Bantuan

Warga Emas Mangsa Kepala Air Terlepas Bantuan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 197 hits
Warga emas mangsa kepala air terlepas bantuan Seorang warga emas yang terkesan selepas rumahnya terlibat dengan banjir lumpur mendakwa terpinggir daripada bantuan selepas tragedi kepala air Gunung Jerai 18 Ogos lalu Warga emas itu Lin Bakar...
Warga Emas Rentas Daerah Cetus Kluster Baharu Di Tongod

Warga Emas Rentas Daerah Cetus Kluster Baharu Di Tongod

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 254 hits
Lelaki warga emas dijangkiti COVID 19 yang merentas daerah bagi mendapatkan rawatan penyakit kulit mencetuskan Kluster Kampung Penangah KOTA KINABALU Seorang petani warga emas dijangkiti COVID 19 yang merentas daerah bagi mendapatkan rawata...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat