Malaysia Jadi Harimau Asia Jika Tolak Rasuah Kata Pm


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto oleh Yusof Mat Isa

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia dan rakyat Malaysia hanya boleh menganggap diri mereka maju apabila mereka menolak rasuah dan menghentikan amalan itu.

Beliau berkata Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada isu rasuah jika mereka mahu berada dalam ranking negara maju dan muncul semula sebagai “Harimau Asia.”

Loading... “Kita tidak boleh mencapainya dengan mengambil jalan pintas untuk berjaya,” kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Sheikh Tamim Bib Hamad Al-Thani 2018 di sini hari ini.

Turut hadir Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, dan tokoh-tokoh utama anti rasuah global iaitu Peguam Negara Qatar Dr Ali Fattais Al Marri, Pengarah Eksekutif Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) Yury Fedatov dan menteri kabinet Malaysia.

Dr Mahathir berkata Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu bukan sahaja untuk melenyapkan apa yang dilabelkan sebagai “kleptokrasi” tetapi juga untuk mengingatkan semua di Malaysia bahawa rasuah bukan sesuatu yang boleh dibenarkan.

“Ia harus dipandang dengan rasa jijik dan benci,” kata beliau sambil menambah hanya dengan mengurangkan amalan rasuah, kerajaan dan negara boleh bergerak ke hadapan.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia berada dalam kelompok negara maju lagi berkebolehan dan biarlah dunia tahu bahawa kita adalah sebuah negara yang kuat menghormati demokrasi dan kedaulatan undang-undang,” kata beliau.

Dr Mahathir menarik perhatian bahawa rakyat Malaysia mesti memastikan bahawa usaha dijalankan untuk meningkatkan tadbir urus dan memperkenalkan inisiatif anti rasuah bertujuan menghentikan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Perdana Menteri menekankan bahawa rasuah adalah satu perkara sangat buruk yang boleh membawa kerosakan yang tidak boleh diperbaiki kepada masyarakat dan negara.

Justeru, bukanlah mereka yang melibatkan diri dalam rasuah yang patut kita sasarkan  tetapi sebaliknya kita harus menyanjung mereka yang berusaha untuk memerangi rasuah setiap hari, “ kata beliau.

Dr Mahathir juga menegaskan bahawa Malaysia harus mempertahankan nilai-nilai intigriti dan tadbir urus yang baik di negara ini dan dalam mana-mana organisasi kerana amatlah penting untuk meningkatkan nilai dan standard mereka tanpa mengambil kira warna kulit atau kepercayaan.

Mengenai acara itu, Dr Mahathir berkata ia adalah pengiktirafan penting dari masyarakat antarabangsa mengenai usaha Malaysia dalam memerangi rasuah apabila setiap negara perlu bekerjasama dan belajar dari satu sama lain mengenai isu rasuah dan tadbir urus yang baik.

“Saya berharap acara ini akan memperkasakan anggota sektor awam dan swasta untuk menyedari bahawa hanya integriti dan tadbir urus yang baik yang membolehkan negara berkembang, membangun, makmur dan terus bergerak maju,” kata beliau selaras dengan keputusan jawatankuasa untuk memilih Putrajaya bagi acara tahun ini.

Putrajaya ialah bandaraya ketiga menjadi hos acara tersebut selepas Vienna (2016) dan Geneva (2017).

Dr Mahathir juga mengumumkan bahawa Malaysia berikrar untuk menyumbang sebanyak RM500,000 kepada dana International Association of Anti Corruption Authorities (IAACA) sebagai cara untuk menunjukkan sokongan kepada usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan oleh banyak pemimpin Pihak Berkuasa Anti-Rasuah di seluruh dunia .

“Kami berharap inisiatif secara kecilan ini akan menggerakkan usaha untuk IAACA mengumpulkan lebih banyak dana untuk membantu keluarga wira-wira yang gugur,” katanya.

Dr Mahathir dan Emir Qatar kemudian menyampaikan empat kategori anugerah kepada calon-calon atas usaha memperjuangkan usaha memerangi rasuah di negara masing-masing.

Anugerah-anugerah tersebut adalah Penyelidikan dan Pendidikan Akademik Anti Rasuah, Kreativiti dan Keterlibatan Belia Anti Rasuah, Inovasi Anti Rasuah dan Pencapaian Sepanjang Hayat/Pencapaian Cemerlang Anti Rasuah. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/malaysia-jadi-harimau-asia-jika-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah Rm5 Ribu

Betul Ke 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah Rm5 Ribu

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 395 hits
Betul Ke 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah RM5 Ribu Kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan Kaji selidik ini dilakukan oleh Sweet Ring Ramai Rakyat Malaysia...
Kerajaan Tolak Icerd Demi Bantu Melayu Kata Pm

Kerajaan Tolak Icerd Demi Bantu Melayu Kata Pm

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 358 hits
December 9 2018 12 10 AMSHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini Perdana ment...
Ribuan Warga Malaysia Unjuk Rasa Tolak Penghapusan Hak Keistimewaan Ras Melayu

Ribuan Warga Malaysia Unjuk Rasa Tolak Penghapusan Hak Keistimewaan Ras Melayu

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 329 hits
Puluhan ribu muslim Malaysia kemarin berunjuk rasa turun ke jalanan Ibu Kota Kuala Lumpur untuk menentang rencana pemerintah menghapus status keistimewaan etnis Melayu yang menjadi mayoritas Malaysia
Skandal Rasuah Di Malaysia Wajar Dibuat Tugu Peringatan Sebagai Bahan Sejarah Dan Daya Tarikan Perlancongan

Skandal Rasuah Di Malaysia Wajar Dibuat Tugu Peringatan Sebagai Bahan Sejarah Dan Daya Tarikan Perlancongan

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 323 hits
Ia wajar menjadi ingatan bahawa rasuah hanya merosak ugama bangsa dan negara Negara terjebak kepada keberhutangan yang tinggi dan negara mampu terjual terjajah kepada negara asing Malah isu rasuah telah mengakibatkan sebuah empire kepartian...
Harimau Malaya Mara Ke Final Kata Safawi Dah Lama Tak Menang

Harimau Malaya Mara Ke Final Kata Safawi Dah Lama Tak Menang

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 421 hits
SUKAN Malaysia ke final Piala AFF Suzuki image https www mstar com my media upload 2018 12 05 22 12 final ashx w 150 h 100 crop 1 SUKAN Penantian Kafa sudah terjawab Yusri Che Lah pilih KLFA image https www mstar com my media upload 2018 12...
Ph Charity Dinner Rasuah Terbuka Ala Malaysia Baru

Ph Charity Dinner Rasuah Terbuka Ala Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 241 hits
Mohd Puad Zarkashi 12 12 18 Beberapa potret pemimpin PH seperti PM TPM dan Menteri dibida oleh towkey towkey kaya untuk sumbangan politik kepada PH sempena PH Charity Dinner ahad lalu Apakah ini rasuah terbuka atau rasuah halal Beberapa tow...
Peguam Tempelak Dr M Kata Sistem Tanpa Tunai Mampu Atas Rasuah

Peguam Tempelak Dr M Kata Sistem Tanpa Tunai Mampu Atas Rasuah

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 249 hits
Oleh Buzze AzamBongok betul la madey niKo ingat org rasuah ni atr pembeli dgn cashier kat jusco ke Rasuah ni bila setpol Menteri asalnya bankrap sbb hutang RM800k sejak 7 tahun lepas Sekali tiba2 bila di lantik jadi setpol Menteri tiba2 ada...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan