10 Sebab Himpunan Aman Tolak Icerd Perlu Diteruskan



SEMUA sedia maklum bahawa kerajaan telah menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Perkara ini dianggap sebagai kejayaan oleh kumpulan pendukung Perlembagaan dan seharusnya diraikan bagi mewujudkan gelombang yang mencipta sejarah baharu tanah air.Berikut disenaraikan sepuluh sebab mengapa himpunan aman ini perlu diadakan seperti dirancang:Pertama: Kesatuan Umat Melayu Islam Merentas PartiPerpaduan umat adalah satu perkara yang dinanti-nanti oleh semua pihak. Adalah mendukacitakan sekiranya umat ini terus bercakaran sesama sendiri lalu akhirnya membuka ruang kepada musuh menguasai negara.Perseteruan PAS-UMNO perlu segera ditamatkan dan dua parti Melayu dan Islam ini mesti berunding dan bekerjasama demi masa depan generasi akan datang.Usaha ini amat dibenci oleh musuh terutamanya parti rasis dan cauvinis kerana dengan perpecahan, umat Melayu menjadi lemah dan mudah bagi mereka berkuasa dan menjayakan agenda kotor yang bertentangan dengan Perlembagaan.Himpunan ini juga menjadi peluang untuk memujuk mana-mana penyokong PAS mahupun UMNO di peringkat akar umbi agar tidak taksub membabi buta dalam membenci saudara seagama yang tidak bernaung bawah bendera sama.Kedua: Islam dan Melayu Perlu DipertahankanHimpunan aman ini tidak diadakan atas sebab lain. Bukan kerana memancing undi untuk pilihan raya kerana tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan dalam waktu terdekat. Juga bukan kerana wang ringgit kerana tiada hadiah yang dipertaruhkan bagi mereka yang hadir.Semuanya adalah semata-mata melihat kedaulatan Islam dan Melayu terus dipertahankan daripada diganggu-gugat oleh pihak musuh yang didukungi parti rasis dan cauvinis DAP.ICERD adalah pintu belakang yang boleh mengubah isi Perlembagaan antaranya Perkara 153 yang memberikan hak keistimewaan kepada orang Melayu dan peribumi.Adalah tidak masuk akal apabila wakil DAP bersuara memperjuangkan ICERD yang terang-terangan membelakangkan Perlembagaan dan menjejaskan kedudukan Islam dan Melayu.Namun, dengan merujuk kepada inti perjuangan DAP, ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka sejak dahulu lagi mahukan hak sama rata untuk semua kaum dan menghapuskan keistimewaan Melayu dan bumiputera.Justeru, himpunan aman ini membawa mesej jelas bahawa Islam dan Melayu akan terus dipertahankan kerana ia adalah tonggak negara Malaysia.Ketiga: Isyarat Kepada PH Jangan Sentuh Islam dan MelayuHimpunan ini juga memberi isyarat kepada pihak kerajaan PH agar jangan sesekali menyentuh sensitiviti Islam dan Melayu. Orang Melayu sudah banyak bersabar dengan pelbagai karenah golongan liberal yang anti-Islam dan anti-Melayu.Cukup-cukuplah menyentuh isu-isu panas seperti ICERD, Oktoberfest, hukuman sebat ke atas lesbian, LGBT dan lain-lain.Usah diusik sarang tebuan, kelak merana, sesal tidak berguna.Keempat: Hak Asasi Untuk BerhimpunAkta Perhimpunan Aman 2012 memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk berhimpun bagi sesuatu tujuan dengan syarat mematuhi peraturan.Terkini, pihak DBKL dan PDRM membenarkan himpunan ini diadakan. Maka adalah wajar bagi orang Melayu untuk meneruskan himpunan aman ini.Kelima: Tolak ICERD, Tolak Pejuang ICERD Anti-Islam Anti-MelayuHimpunan ini bukan semata-mata meraikan kejayaan menolak ICERD, ia juga meraikan kejayaan mematahkan serangan golongan pejuang ICERD yang anti-Melayu dan anti-Islam di negara ini.Kewujudan pejuangan ICERD yang anti-Islam dan anti-Melayu ini perlu ditentang habis-habisan kerana agenda perjuangan mereka tidak akan selesai selagi Islam dan Melayu terus tertegak di negara ini.DAP selaku pihak yang mencetuskan isu ini perlu diajar habis-habisan dan umat Islam wajib bersatu untuk menyekat dakyah parti rasis dan cauvinis ini.Keenam: Tiada Diskriminasi, Waytha BerbohongAntara mesej yang dibawa melalui himpunan ini ialah menunjukkan tidak wujud diskriminasi ke atas kaum lain di negara ini. Benar orang Melayu adalah majoriti, tetapi kaum minoriti masih boleh hidup aman dan menikmati kekayaan.Sejak tahun kemerdekaan 1957 hingga hari ini, kata-kata Presiden MIC, Tun VT Sambanthan masih terpakai bagi membuktikan keamanan yang ada di tanah bertuah ini.Katanya, “Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain Bangsa Melayu? Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah ada dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta.”Sehubungan itu, kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorty dalam video wawancara bersama sebuah stesen televisyen Belanda satu ketika dahulu adalah bohong dan palsu.Semua orang tidak faham mengapa Perdana Menteri masih mengekalkannya sebagai Menteri Perpaduan sedangkan dia lebih banyak memecahbelahkan rakyat dan harus dipecat.Ketujuh: Kejutkan Melayu yang Masih Dibuai MimpiHimpunan yang dijangka dihadiri ratusan ribu manusia pada Sabtu nanti diharapkan dapat mengejutkan dan menyedarkan anak bangsa yang masih lena dibuai mimpi.Semua perlu bangun dan sedar bahawa kedudukan Islam dan Melayu kini ibarat telur di hujung tanduk yang bila-bila masa boleh dihapuskan.Ancaman yang ditakuti sebelum PRU14 kini bukan lagi cerita kosong bahkan ia sudah jelas berlaku di depan mata.Kita tidak boleh membiarkan nasib anak cucu kita akan datang dirobek oleh golongan musuh sehingga kita menyesal di kemudian hari.Bangkitlah dan pikullah amanah ini di atas pundakmu kerana jika kita tidak bertindak sekarang, tak dapat dibayangkan apa lagi bala yang akan menimpa sejak PH memerintah.Kelapan: Amaran Keras Buat Pengkhianat Agama dan BangsaMereka yang bersekongkol dengan parti rasis DAP perlu diberi amaran keras kerana dengan kelembutan merekalah, akhirnya DAP kian rakus memijak kepada orang Melayu.Golongan pengkhianat tidak sedar mereka sedang mengkhianati amanah yang diberikan maka himpunan ini diharapkan dapat mengetuk pintu hati mereka agar sedar dan tidak menyerahkan tengkuk mereka demi agenda musuh.Baru beberapa bulan memerintah, sudah terlalu banyak isu dibangkitkan dan semua ini tidak menjadi masalah sekiranya orang Melayu dalam PH bertegas dalam isu-isu melibatkan Islam dan Melayu.Malangnya, merekalah pengkhianat yang menyerahkan pentadbiran negara kepada pihak musuh.Kesembilan: Dominasi Bukan Islam Dalam Politik Negara Perlu Segera DitamatkanIni adalah langkah ke hadapan yang diidam-idamkan oleh Melayu dan Islam keseluruhannya. Menjatuhkan kerajaan PH bukan kerana sentimen kepartian tetapi atas sentimen sensitiviti Islam dan Melayu yang tidak lagi dihormati oleh PH.Himpunan ini bukanlah bererti satu langkah menggulingkan kuasa menerusi jalanan. Bukan. Ia adalah titik noktah penting dalam menjayakan usaha ini kerana selagi ada PH yang dianggotai parti rasis DAP dan parti pengkhianat, selagi itulah umat Islam tidak boleh berdiam diri.Kesepuluh: Himpunan 812 Suara Umat MajoritiInilah satu suara mewakili majoriti umat Islam dan Melayu yang perlu didengari oleh kerajaan PH. Suara majoriti wajib diambil peduli dan tuntutannya perlu segera dilaksanakan.Majoriti mahu PAS-UMNO bersatu demi Islam dan Melayu. Tak perlu bubar PAS, bubar UMNO untuk bersatu, cukuplah sekadar bersatu hati untuk agenda yang satu iaitu Islam dan Melayu biarpun berbeza logo dan warna bendera.Majoriti mahu DAP hormat Islam dan Melayu, bukan saja di mulut, bahkan melalui perbuatan dan tingkah laku. Jika tidak, nantikan saja kejutan demi kejutan orang Melayu yang akan menolak DAP di peti undi.Mohd Firdaus Salleh Hudin
Aktivis ISMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/10-sebab-himpunan-aman-tolak-icerd.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Akhbar Penganjur Himpunan Aman Rakyat Tolak Icerd

Kenyataan Akhbar Penganjur Himpunan Aman Rakyat Tolak Icerd

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 625 hits
1 Susulan kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri berkenaan Kerajaan Pakatan Harapan Tidak Akan Meratifikasi ICERD bertarikh 23 November 20182 Gerakan Pembela Ummah bersama Sekretariat Kedaulatan Negara bersama NGO NGO Isla
Panduan Pergerakan Dan Keselamatan Peserta Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd

Panduan Pergerakan Dan Keselamatan Peserta Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 711 hits
Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD akan diadakan pada 8 Disember 2018 hari Sabtu jam 2 petang hingga 6 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur Warna tema himpunan adalah PUTIH Peserta yang akan berhimpun dinasihatkan supaya mengikuti panduan ...
Himpunan Tolak Icerd Perkara Sia Sia Hanya Agenda Politik Pas Dan Umno

Himpunan Tolak Icerd Perkara Sia Sia Hanya Agenda Politik Pas Dan Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 740 hits
Melayu Pemalas Di Larang BacaBiarlah kalau orang muda kita sendiri pun kata himpunan Daulat 812 hanya kerja sia2 sahaja Tambahan pula di katanya modal politik UMNO dan PAS sahaja Lagi pun peluang dalam isu ICERD inilah titik penyatuan terba...
Himpunan Icerd 8 Disember Tetap Diteruskan

Himpunan Icerd 8 Disember Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 446 hits
SEPERTI dijangka Perhimpunan Bantah ICERD yang akan diadakan pada 8 Disember ini tetap akan diteruskan walaupun kerajaan hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi tidak akan meratifikasikan ICERD Menurut penganjur Himpunan Perdana Rakyat ...
Himpunan Aman Icerd Biar Rakyat Bersuara

Himpunan Aman Icerd Biar Rakyat Bersuara

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 310 hits
Dr Asyraf Wajdi DusukiKUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum agama dan ideologi politik turun beramai ramai berhimpun secara aman di ibu kota Sabtu ini Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki b...
Lebih 1200 Hadir Himpunan Tolak Icerd Perlis

Lebih 1200 Hadir Himpunan Tolak Icerd Perlis

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 357 hits
KANGAR Lebih 1200 umat Islam hadir dalam Himpunan Aman Rakyat Perlis Tolak ICERD yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis dekat sini malam ini Himpunan penuh bersejarah ini menyaksikan para pimpinan daripada dua parti terbesar yang mewakili ...
Himpunan Diteruskan Manifesto Pun Boleh Langgar Inikan Pula Isu Icerd

Himpunan Diteruskan Manifesto Pun Boleh Langgar Inikan Pula Isu Icerd

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Himpunan Perdana Rakyat Tolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang dijadualkan 8 Disember ini tetap akan diteruskan berikutan tidak yakin dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan Me...
Tiga Lokasi Himpunan Aman Icerd

Tiga Lokasi Himpunan Aman Icerd

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 253 hits
Kamaruzaman MohamadKUALA LUMPUR Himpunan aman rakyat bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum akan diadakan pada 8 Disember ini Pengarah himpunan Kamaruzaman Mohamad berkata perhimpunan bermula jam...
Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd Terima Notis Kebenaran Adakan Himpunan Aman Oleh Polis Dan Dbkl

Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd Terima Notis Kebenaran Adakan Himpunan Aman Oleh Polis Dan Dbkl

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 507 hits
Alhamdulillah sebentar tadi Pihak Penganjur HIMPUNAN AMAN RAKYAT BANTAH ICERD telah dipanggil oleh Ipd Dang Wangi utk serahan notis kebenaran mengadakan himpunan 8 Disember nanti 2 Notis kebenaran telah diserahkan sendiri oleh Ketua Polis D...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner