Agensi Kerajaan Harus Kerjasama Kawal Drama Filem Persenda Islam Kata Penceramah Bebas


 
Penceramah bebas Asma’ Harun memuji tindakan pantas Jakim yang mengesahkan filem ‘Mentega Terbang’ bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di negara ini. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Agensi-agensi kerajaan harus bekerjasama dalam mengawal drama atau filem seperti “Mentega Terbang” yang menyentuh sensitiviti umat Islam, tegas penceramah bebas Asma’ Harun.
Beliau memuji tindakan pantas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengesahkan filem itu bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di negara ini.
“Selepas ini, Jakim akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam catatan di Facebook.
“Kerjasama semua agensi kerajaan yang berkaitan amat penting dalam menangani isu sebegini. Kita tidak mahu platform dalam talian yang berada di luar kawalan Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjadi satu tempat untuk karya-karya yang bertentangan dengan Islam sebegini mula berkembang
Selain LPF, SKMM yang dihubungi FMT turut mengesahkan pihaknya tidak punya kuasa menapis mana-mana drama atau filem di platform Internet, namun sudah menghubungi platform penstriman Viu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Filem berdurasi 1 jam dan 44 minit itu sudah diturunkan daripada Viu pada 27 Feb lepas, menurut SKMM.
Asma’ berkata, selepas menonton filem arahan Khairi Anwar Jailani itu, beliau bersetuju beberapa dialognya secara jelas mempersenda dan meremehkan umat Islam, bahkan membawa mesej pluralisme agama.
“Islam tidak melarang untuk berfikiran terbuka bahkan menggalakkan kita supaya berfikir dengan akal yang sihat, akan tetapi sedar atau tidak inilah antara bentuk normalisasi ideologi pluralisme agama yang mula meracuni pemikiran orang Islam,” tegasnya.
Pluralisme agama merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama, dalam erti kebenaran ada dalam semua agama, dan jaminan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana agama.
Asma’ juga mengajak umat Islam untuk menyokong penggiat seni, Zabidi Mohamed yang mendapat surat tuntutan permohonan maaf daripada pasukan produksi filem kontroversi itu, atas ulasannya yang dimuat naik ke Facebooknya pada 25 Feb, 2 dan 3 Mac lepas.
Zabidi dituntut memadam catatannya di Facebook, berjanji tidak akan menerbitkan semula komennya dalam sebarang cara atau bentuk, serta membayar ganti rugi kerana didakwa mencemarkan reputasi mereka.
Terdahulu, tular sedutan babak tertentu dalam filem berkenaan yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging khinzir daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapa wanita itu membenarkannya keluar daripada Islam dan memeluk agama lain.
Sedutan babak itu mengundang amarah di platform media sosial, dengan warganet mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/agensi-kerajaan-harus-kerjasama-kawal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuepacs Perlu Faham Kekangan Kewangan Kerajaan Kata Zahid

Cuepacs Perlu Faham Kekangan Kewangan Kerajaan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 157 hits
Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sentiasa berusaha memenuhi harapan dan permintaan penjawat awam di sebalik kekangan kewangan dialaminya PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi meminta Kongres Kesatuan Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam memaham...
Kemenangan Keluarga Kami Kata Rosmah Selepas Najib Bebas

Kemenangan Keluarga Kami Kata Rosmah Selepas Najib Bebas

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 116 hits
freemalaysiatoday com 03 Mar 2023Rosmah Mansor berkata keputusan berkenaan memulihkan semangat bekas pemimpin Umno itu yang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng dana SRC International Rosmah Mansor hadir memberikan sokongan...
Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 157 hits
Hah parti islam isshhh dak kot perangai macam gini dulu kecik kecik lupa kot susah Ajarlah anak anak kita supaya hargailah makanan orang susah hargai walau makanan itu tak sedap macam kayangan makan tapi hargailah walau pun tak sesedap mak ...
Kaji Semula Pengurangan Cabutan Judi Hasil Boleh Bantu Bukan Islam Kata Willie

Kaji Semula Pengurangan Cabutan Judi Hasil Boleh Bantu Bukan Islam Kata Willie

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 134 hits
Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin berkata keputusan mengurangkan cabutan khas perjudian dari 22 kali kepada lapan kali setahun wajar dikaji semula PETALING JAYA Seorang Ahli Parlimen kerajaan mencadangkan Perdana Menteri Anwar Ibrah...
Tak Salah Wajib Cakap Politik Islam Di Masjid Kata Hadi

Tak Salah Wajib Cakap Politik Islam Di Masjid Kata Hadi

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 159 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata larangan ahli politik memberikan kuliah ceramah agama dan khutbah Jumaat di seluruh masjid serta surau di Terengganu hanya mengulangi arahan lama sejak 1960 an PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awan...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien