Kerajaan Tak Tegas Punca Rakyat Bukan Melayu Tak Kuasai Bahasa Kebangsaan


Kerajaan patut memainkan peranan lebih jitu bagi memastikan bahasa kebangsaan dimartabat, dengan tidak berkompromi penggunaan bahasa lain dalam urusan rasmi negara, tidak kira apa jua bentuk dan sifatnya.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, sikap tidak tegas kerajaan telah menyebabkan tiada usaha bersungguh-sungguh dalam kalangan bukan Melayu, untuk menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

“Ini kerana mereka mengetahui pasti akan adanya terjemahannya dalam bahasa-bahasa lain.

“Dengan ini, langsung tiada usaha serius untuk menguasai bahasa kebangsaan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Dalam pada itu, Kok Seong turut berkongsi pandangan bagi melahirkan rasa cinta kepada bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat, khususnya kepada bukan Melayu.

Antaranya, mereka dikehendaki mempelajarinya atas orientasi integratif, yakni untuk menjadi sebahagian daripada komuniti bahasa Melayu.

Jelasnya, cara begini dapat dilihat pada etnik Cina Malaysia yang berhjirah ke Australia misalnya, yang dengan sukarela mahu segera berintegrasi, malah berasimilasi ke dalam struktur sosial di sana, antaranya dengan menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan dengan kadar cepat.

Sebaliknya yang berlaku di Malaysia ialah mereka yang bukan Melayu ini rata-ratanya memilih untuk mempelajari bahasa Melayu atas orientasi instrumental, yakni sebagai syarat yang diperlukan, iaitu sebagai mata pelajaran wajib untuk lulus seluruh peperiksaan awam.

Untuk itu, Kok Seong berkata, mereka akan bertungkus-lumus untuk memperoleh gred yang diperlukan.

“Setelah berjaya dalam hal ini, antaranya dengan menghafal karangan dan mengambil tuisyen untuk memahami selok-belok nahu bahasa Melayu, ia akan semacam dipersetankan, yakni tidak dipentingkan lagi dalam kehidupan nasional mereka sebagai rakyat negara ini, apatah lagi dalam kehidupan domestik di rumah dan dalam komuniti Cina.

“Selain orientasi salah ini, kebenaran penggunaan empat bahasa dalam kehidupan nasional, iaitu bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, sebagai bahasa utama, yang sepatutnya menggunakan bahasa kebangsaan sahaja, sangat tidak membantu dalam usaha memupuk rasa cinta kepada bahasa kebangsaan.

“Dengan fenomena begini, kewujudan bahasa kebangsaan dilihat sebagai simbolik semata-mata, yakni sekadar perhiasan dan tidak lebih daripada itu kerana tiada peranan fungsional langsung padanya dalam erti kata sebagai identiti negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ini kerana bahasa kebangsaan boleh digantikan walaupun dalam urusan rasmi negara oleh bahasa-bahasa lain, sama ada dalam bentuk terjemahan lisan mahupun tulisan, atas alasan kepentingan awam.

“Terjemahan ini tidak boleh dilakukan lagi setelah sekian lama kita merdeka. Ia hendak dihentikan serta-merta untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam semua bidang penggunaan, lebih-lebih lagi yang rasmi,” tegasnya. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/09/kerajaan-tak-tegas-punca-rakyat-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Suruh Kerajaan Lebih Banyak Tunai Pada Rakyat

Najib Suruh Kerajaan Lebih Banyak Tunai Pada Rakyat

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 440 hits
Najib Suruh Kerajaan Lebih Banyak Tunai Pada Rakyat Najib Razak menggesa kerajaan meningkatkan kitaran wang tunai dengan memberi lebih banyak bantuan kepada rakyat selepas medan selera berusia 22 tahun di pusat beli belah Suria KLCC menamat...
Adakah Kerajaan Bertanggungjawab Terhadap Kesan Vaksin Terhadap Rakyat

Adakah Kerajaan Bertanggungjawab Terhadap Kesan Vaksin Terhadap Rakyat

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 239 hits
ZIE HANRamai je yang tak anti B ksin persoalkan tahap keselamatan B ksin pertikaikan kenapa kerajaan tak bertanggungjawab dengan efek B ksin kepada penerima B ksin macam negara maju buat Jepun bayar pampasan 500ribu yen kepada siapa yang te...
Kerajaan Perkenal Pakej Peranti Data Lebih Mesra Rakyat

Kerajaan Perkenal Pakej Peranti Data Lebih Mesra Rakyat

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 282 hits
SUARA MERDEKA Kementerian Komunikasi memperkenalkan pakej data dan peranti yang lebih mesra rakyat termasuk memperkenalkan Pakej peranti keluarga Malaysia yang dikenakan bayaran serendah RM40 sebulan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sr...
Bahasa Melayu Jawi Sebati Dengan Pei Lin

Bahasa Melayu Jawi Sebati Dengan Pei Lin

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 324 hits
DOK rok cetong dan guana gamok adalah antara perkataan yang tidak terdapat dalam kamus utama bahasa Melayu tetapi mesra ditutur Dekan Fakulti Farmasi Universiti Sultan Zainal Abidin Prof Dr Lua Pei Lin 46 Anak jati Kampung Batu Enam di Kual...
Praktis Cepat Membaca Bahasa Melayu Lengkap Dengan Video Pembelajaran Latihan Menggunakan Liveworksheets Com

Praktis Cepat Membaca Bahasa Melayu Lengkap Dengan Video Pembelajaran Latihan Menggunakan Liveworksheets Com

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 701 hits
Salam sejahtera semua Sebagai guru Pemulihan Khas saya sering kali melakukan modifikasi dan penambahbaikan kepada amalan pengajaran dan pembelajaran di kelas supaya murid murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar dengan cepat dan ...
Dulu Hasut Rakyat Berhimpun Dah Jadi Kerajaan Terus Beri Alasan Tak Laksana Ruu355

Dulu Hasut Rakyat Berhimpun Dah Jadi Kerajaan Terus Beri Alasan Tak Laksana Ruu355

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 261 hits
September 8 2021 KERANA GUNUNG YANG DIKEJAR ADA YANG NAK KENA TANAM DI JERAT CINABukan lama pun sekejap saja Sebelum ni habis canang satu Malaysia nak kena laksana RUU355 sesegera mungkin 1 PH dah bg tahu RUU355 tu perlu diteliti dan diperh...
Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam Dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam Di Malaysia

Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam Dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 387 hits
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut Pegawai polis Pemungut Hasil Ahli Majlis Tempatan Pejawat Awam Penggubal Undang Undang Hakim ...
Uec Rakyat Mahu Tahu Pendirian Kerajaan

Uec Rakyat Mahu Tahu Pendirian Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 277 hits
Jangan sampai identiti negara jadi taruhan percaturan politik BANGI Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengeluarkan jaminan bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu berkiblatkan Taiwan tidak akan didagangkan semata mata kerana...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Asam Pedas Melaka Ikan Pari Dan Tanda Kiamat

Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna