Kerajaan Tak Boleh Iktiraf Uec


Siti Hafidah
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

Tidak timbul isu rasis jika tak iktiraf UEC seperti dituntut kaum Cina

BANGI, 26 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Prof Datuk Dr Teo Kok Seong secara konsisten menegaskan supaya kerajaan Malaysia yang diwakili mana-mana parti politik sekalipun tidak boleh sesekali mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menjelaskan, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang mengambil UEC berada ‘di luar’ sistem pendidikan kebangsaan kita.

“Jika ia bukan sebahagian maka kita tidak wajar mengiktirafnya. Kita hanya mengiktiraf apa-apa komponen yang ada dalam sistem pendidikan kita,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Meskipun UEC didakwa mendapat pengiktirafan berterusan daripada banyak kerajaan serta kolej di seluruh dunia, Kok Seong mengingatkan kerajaan untuk tidak termakan dengan pujukan psikologi itu.

“Bagi saya syabas dan tahniahlah, walaupun begitu kita masih tidak boleh menerimanya,” katanya.

Beliau menyarankan supaya UEC diteruskan sahaja sebagai entiti swasta memandangkan kedua-dua entiti kerajaan dan swasta bagi beliau saling melengkapi.

“Entiti swasta itu boleh menyumbang kepada pembangunan negara, saling melengkapi dengan entiti kerajaan, jadi tidak wajar didesak. Begitu jelas sekali UEC ini berada di luar sistem walaupun didakwa diiktiraf puluhan atau ratusan universiti di luar negara,” katanya.

Pada masa sama, Kok Seong menafikan berlaku penindasan terhadap kaum Cina dalam bidang pendidikan aliran Cina di negara ini.

Katanya, anak-anak Cina dibenarkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) selama enam tahun dan bahasa Cina adalah bahasa pengantarnya.

“Selepas itu mereka boleh mengambil bahasa Cina sebagai mata pelajaran (dan kesusasteraan Cina) sehingga Tingkatan Lima dan Enam. Kemudian mereka boleh pula mengkhusus dalam Pengajian Cina di IPTA dan IPTS.

“Anak-anak Cina juga tidak dilarang sama sekali di negara ini jika mereka mahu ke SMPC – terus belajar sepenuhnya dalam bahasa Cina – untuk mengambil UEC. Justeru, di manakah rasisme dalam pendidikan aliran Cina di negara? Tiada langsung.

“Tidak mengiktiraf UEC seperti yang dituntut kaum Cina, bukan isu rasisme yang didakwa wujud dalam bidang pendidikan di negara,” katanya.

Semalam, organisasi Cina, Hua Zong mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendesak kerajaan untuk mengiktiraf UEC – yang ditentang majoriti rakyat serta bercanggah dengan Dasar Pendidikan.

Pertemuan yang diketuai Tan Sri Goh Tian Chuan itu telah menyerahkan 15 tuntutan berkenaan ekonomi, politik dan pendidikan kepada Perdana Menteri, pada masa sama menggesa kerajaan mengiktiraf sijil UEC SMPC.

Memetik laporan Sin Chew Daily, Goh Tian Chuan yang juga Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Sabah berkata, masyarakat Cina berharap kerajaan – yang diketuai Muhyiddin – dapat mengiktiraf UEC dan diluluskan melalui kaedah yang rasional dengan menghapuskan ekstremisme.

Dia mendakwa, SMPC dan UEC berasal dari Malaysia dan mendapat pengiktirafan berterusan daripada banyak kerajaan serta kolej di seluruh dunia, yang memberi peluang kepada lepasannya melanjutkan pengajian ke luar negara.

Dakwanya lagi, perjuangan mengiktiraf UEC masih belum berakhir walaupun telah berlalu beberapa penggal kerajaan dan pernah terkandung antara salah satu manifesto PH pada PRU14 lalu.

UEC adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan.

Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/kerajaan-tak-boleh-iktiraf-uec.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iktiraf Uec Siapa Yang Menipu Muhyiddin Atau Hua Zhong

Iktiraf Uec Siapa Yang Menipu Muhyiddin Atau Hua Zhong

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 512 hits
Malaysiakini melapurkan kumpulan Hua Zhong mendakwa Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin secara dasarnya bersetuju untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate Dakwaan Hua Zhong itu adalah berikutan pertemuan wakil pertubuhan itu dengan...
Iktiraf Uec Rakyat Malaysia Akan Terbelah Terbahagi

Iktiraf Uec Rakyat Malaysia Akan Terbelah Terbahagi

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 417 hits
SIJIL Peperiksaan Bersepadu adalah isu besar nasional yang berupaya merosakkan dasar pendidikan tinggi negara Ia remeh dan tak perlu diutamakan Tidak bukan begitu Isu EUC ini jika tidak dinilai dan diolah secara bersepadu rakyat dan negara ...
Sarawak Teruskan Pelaksanaan Ppsmi Iktiraf Uec Kata Annuar

Sarawak Teruskan Pelaksanaan Ppsmi Iktiraf Uec Kata Annuar

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 513 hits
PETALING JAYA Menteri Muda Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Annuar Rapaee berkata isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris serta pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu menunjukkan kepentingan autonomi S...
Muhyiddin Yassin Tidak Pernah Nyatakan Akan Iktiraf Uec Pmo

Muhyiddin Yassin Tidak Pernah Nyatakan Akan Iktiraf Uec Pmo

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 382 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan tidak pernah menyatakan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu dalam pertemuan beliau bersama pimpinan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Khamis lalu Sebaliknya Perdana Menteri menegaskan...
Muhyiddin Tak Kata Akan Iktiraf Uec Pelaporan Malaysiakini Tak Tepat

Muhyiddin Tak Kata Akan Iktiraf Uec Pelaporan Malaysiakini Tak Tepat

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 350 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak menyatakan yang kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu ketika pertemuannya dengan pemimpin Persekutuan Persatuan Cina Malaysia 16 Julai lalu Pejabat perdana menteri berkata dalam pertemu...
Kerajaan Ph Ini Memang Cerdik Cerdik Menipu Dan Manipulasi Th Boleh Lingkup

Kerajaan Ph Ini Memang Cerdik Cerdik Menipu Dan Manipulasi Th Boleh Lingkup

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 289 hits
Video di atas antara isinya membuatkan Mujahat terdiam bisu Mahathir sendiri terkena sebiji atas dahi Dr Maszlee nak tunjuk pandai pun menunjukkan kebanganganya Patut video ini di sebar keserata kampung tunjuk bangaimana PH menjahanamkan TA...
Ini Pendirian Terkini Kerajaan Terhadap Uec

Ini Pendirian Terkini Kerajaan Terhadap Uec

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 715 hits
KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERIISU PENGIKTIRAFAN UECBerhubung isu pengiktirafan Unified Examination Certificate yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong Bersama YAB Perdana Menteri pada 16 Julai 2020 ingin dijelaskan bah...
Hanya Menang Satu Undi Kerajaan Pintu Beakang Amat Lemah Dan Bila2 Masa Boleh Tumbang

Hanya Menang Satu Undi Kerajaan Pintu Beakang Amat Lemah Dan Bila2 Masa Boleh Tumbang

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 361 hits
Walaupun majoriti MP telah dapat upah jadi menteri timbalan menteri dan pengerusi pengerusi GLC namun Usul undi tukar speaker kerajaan pintu belakang mereka hanya menang 1 undi saja Yang sokong tukar speaker hanya 111 MP saja Seorang MP tid...
Kerajaan Tidak Boleh Tunggu Untuk Bantu Rakyat Muhyiddin

Kerajaan Tidak Boleh Tunggu Untuk Bantu Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Perikatan Nasional perlu mengambil tindakan segera dengan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus tanpa membentangkannya d...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keterasingan Integriti Dan Kuasa Pembeza

Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut