Iktiraf Uec Rakyat Malaysia Akan Terbelah Terbahagi


' Belang Bertempat '

SIJIL Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah isu besar nasional yang berupaya merosakkan dasar pendidikan tinggi negara.
Ia remeh dan tak perlu diutamakan? Tidak, bukan begitu.
Isu EUC ini jika tidak dinilai dan diolah secara bersepadu, rakyat dan negara akan terus terbelah dan berpecah melalui dasar dan arus pendidikan nasional.
Nadi kebangsaan kita akan terhenti. Nadi majmuk tanpa hala akan muncul menodai sistem pendidikan kita yang kini pun sudah semacam cacamarba dan tak tentu hala.

Daripada hujah dan alasan konkrit, pejuang bahasa dan pendidikan kebangsaan tidak dapat menerima pengiktirafan UEC.
Pertama, UEC ialah sijil yang dikeluarkan oleh badan persendirian yang tidak jelas kurikulumnya, latihan gurunya, kaedah pengajarannya dan mutu peperiksaannya.
Kedua, pengiktirafan UEC akan mewujudkan sijil substandard di negara ini yang mencacatkan mutu penaksiran dan penilaian dan mutu pendidikan negara yang dikendalikan oleh badan berwibawa, iaitu Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia.
Ketiga, UEC dikendalikan oleh badan yang sejarah awalnya berkiblat ke Taiwan dan hingga kini tidak jelas adakah sistem, kurikulum, latihan guru, buku teks dan lain-lain selaras dengan ciri-ciri kenegaraan Malaysia.
Keempat, pengiktirafan UEC mewujudkan persaingan tidak wajar dalam peluang pengajian tinggi dan pekerjaan, kepada lepasan sekolah menengah kebangsaan yang menurut acuan kenegaraan dalam hal kurikulum, latihan guru, buku teks, peperiksaan dan yang lain.
Yang terpenting, keadilan dari segi justifikasi pengiktirafan UEC harus ditimbangtara. Bagi mereka yang hendak memasuki institusi pengajian tinggi ditetapkan lima perolehan subjek cemerlang.
Mereka yang lulus UEC, di luar sistem, hanya perlu peroleh dua matapelajaran cemerlang termasuk bahasa Melayu.

Bagaimana halnya dengan ratusan ribu anak-anak Malaysia kita yang sudah melengkapkan diri dengan perolehan lima kredit matapelajaran selama ini? Tiba-tiba sekian puluh ribu pemegang UEC dengan kredit bahasa Melayu dan satu lagi subjek lain tiba-tiba boleh memasuki institusi pengajian tinggi tanah air?
Yang akan terjadi ialah anak-anak Malaysia yang mengikuti arus perdana sama tarafnya dengan mereka yang baru mula muncul dengan dua kredit yang baharu? Adilkah?
Asas-asas pendidikan yang menzahirkan sijil UEC berbeza dan berlainan daripada pendidikan serta arus perdana yang dikendalikan oleh pendidikan nasional. Menyamaratakan dua sistem ini mesti dilakukan terlebih dahulu.
Jika tidak, murid-murid dari arus perdana lepas ini akan mengalami kesukaran lantaran disaingi ‘pendatang baharu’ yang menggenggam UEC. Lama-lama sistem kebangsaan akan jadi ibarat tali gasing: tebal di pangkal, jirus di hujung.
Lama kelamaan anak Malaysia akan lebih ramai berduyun-duyun masuk arus UEC. Arus perdana atau sistem pendidikan nasional akan jadi lemah longlai tanpa tulang belakang.
Pendidikan arus perdana mesti dikukuhkan. Guru-guru hebat mesti dilengkapkan dengan insentif yang menggalakkan. Sistem luaran seperti UEC wajib melalui proses sulingan terlebih dahulu.
Kita ucapkan syabas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin yang menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa depan.

Kita seru dan mohon Kementerian Pendidikan supaya terus perkasakan pendidikan kebangsaan dahulu dengan kecemerlangan dan budaya tinggi.
Dengan simpang-perenangnya sistem persijilan begini, rakyat akan terus terbelah dan terbahagi.
Bila rosak dasar dan sistem pendidikan akan rosaklah rakyat dan negara.-SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/iktiraf-uec-rakyat-malaysia-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jack N Jill Cream O Meraikan Rakyat Malaysia Yang Ekstra O Some

Jack N Jill Cream O Meraikan Rakyat Malaysia Yang Ekstra O Some

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 277 hits
JACK n JILL Cream O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O Some Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tak lama lagi JACK n JIIL Cream O tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan sambutan kali ini dengan menz...
Semua Rakyat Malaysia Anda Jangan Leka Covid Menyerang Kembali Jika Tidak Berhati Hati

Semua Rakyat Malaysia Anda Jangan Leka Covid Menyerang Kembali Jika Tidak Berhati Hati

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 264 hits
Dari Dr Noor Hisham Semoga kita ambil maklum tentang keadaan semasa COVID 19 24 Julai 2020 Daripada 21 kes baharu yang dilaporkan hari ini 5 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 3 warganegara Ma...
Rakyat Malaysia Dalangi Sindiket Perjudian Di Thailand Diburu

Rakyat Malaysia Dalangi Sindiket Perjudian Di Thailand Diburu

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 303 hits
BANGKOK Polis Thailand melumpuhkan sindiket perjudian dalam talian dan menahan 16 pekerja dalam satu serbuan di sebuah kondominium di wilayah selatan Narathiwat dalangnya sedang diburu yang dipercayai warga Malaysia Pegawai penyiasat di Sun...
Mengapa Sabotaj Rakyat Malaysia Yang Ikut Sop

Mengapa Sabotaj Rakyat Malaysia Yang Ikut Sop

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 324 hits
Tidak Boleh Dipercayai Lagi Sebelum ini mereka yang pulang dari luar negara telah diberikan keistimewaan untuk kuarantin di rumah berbanding kuarantin 14 hari di hotel Siapa sangka beberapa insiden gelang pink yang viral itu hanya secebis k...
Sikap Ambil Ringan Rakyat Malaysia Memungkinkan Pkp Kembali Terlaksana

Sikap Ambil Ringan Rakyat Malaysia Memungkinkan Pkp Kembali Terlaksana

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 890 hits
Berdasarkan pemerhatian kami semakin lama semakin menjadi jadi sikap ambil ringan terhadap pematuhan prosedur operasi standard dalam mencegah penularan wabak COVID 19 di Malaysia Kesannya dapat kita lihat berlaku peningkatan kes kepada dua ...
Kemungkinan Gelombang Ketiga Covid 19 Di Malaysia Tetap Ada Jika Rakyat

Kemungkinan Gelombang Ketiga Covid 19 Di Malaysia Tetap Ada Jika Rakyat

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 299 hits
PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan tsunami atau gelombang ketiga COVID 19 boleh berlaku di Malaysia jika rakyat tidak patuh dengan prosedur operasi standard yang ditetapkan Malah katanya kewujudan kl...
Insan Terpilih Rakyat Malaysia Tak Sangka Dapat Tunai Haji Masa Covid 19

Insan Terpilih Rakyat Malaysia Tak Sangka Dapat Tunai Haji Masa Covid 19

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 385 hits
Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penularan wabak Covid 19 Menurut laporan Alhijrah Online wanita berusia 38 ...
Rakyat Malaysia Lupakah Kita Derita Semasa Pkp

Rakyat Malaysia Lupakah Kita Derita Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 325 hits
Penurunan kes COVID 19 kepada 13 kes pada Ahad berbanding 23 kes pada hari sebelumnya mungkin memberi sedikit kelegaan Namun kenyataan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagai memberi amaran jika pematuhan prosedur operasi standar...
Mcdonald S Bawakan Seoul Kepada Rakyat Malaysia Dengan Spicy Korean Burger

Mcdonald S Bawakan Seoul Kepada Rakyat Malaysia Dengan Spicy Korean Burger

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 1042 hits
Feeling Feeling gi Korea gitu bayangkan korang makan burger kat Korea haaaa McDonald s Malaysia membawa pelanggan setianya berkunjung ke Korea sebagai sebahagian daripada fasa seterusnya untuk kempen Discover the World Selain itu membawa ke...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator