Kerajaan Selangor Lemah Gagal Tadbir Urus


Manzaidi Mohd Amin Sallehen Mukhyi
SHAH ALAM – Sikap rakus dan serakah politik yang begitu besar kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, jika dahulu mereka sanggup membelanjakan RM628 juta kononnya untuk program rakyat, sekarang sudah tidak banyak lagi dana untuk dibelanjakan.

Disebabkan kerakusan itu, katanya, banyak program rakyat seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan skim hadiah perkahwinan untuk belia telah ditamatkan.

“Malah banyak program seperti Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tiada lagi kedengaran berita, umpama tergantung tanpa tali,” katanya kepada media hari ini.

Beliau turut menjelaskan, laporan tahunan Akauntan Negara juga menunjukkan prestasi kewangan kerajaan negeri mengikut Baki Wang Yang Disatukan menurun secara sistematik iaitu RM3.2 billion tahun 2014, RM3.25 billion (2015), RM3.051billion (2016) dan RM2.82 billion (2017).

Kata Sallehen, tahun kewangan 2017 kerajaan Selangor diakhiri dengan defisit pada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM368.56 juta berbanding defisit pada 2016 berjumlah RM144.66 juta dengan peningkatan sejumlah RM223.90 juta atau 154.8 peratus.

Mengikut laporan Akauntan Negara, ini telah disebabkan kesan daripada peningkatan perbelanjaan sejumlah RM534.34 juta (20.2 peratus) melebihi peningkatan hasil sejumlah RM310.44 juta (12.4 peratus).

“Dengan mengambil kira defisit ini, baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan tahun 2017 berkurangan menjadi RM1.08 bilion berbanding RM1.45 bilion pada tahun 2016.

“Membaca kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri PH Selangor ini tidak berupaya dan berkemampuan untuk mentadbir dan mengurus negeri dengan baik.

“Pegawai berkenaan dengan senang dan tiada sedikit pun rasa bersalah menyatakan kerajaan negeri tidak terbeban membayar hutang kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk pembelian syarikat air SPLASH sejumlah RM1.9billion, iaitu 10 kali ganda daripada tawaran asal.
“Alasan beliau kerana bayaran balik dibuat dalam jangka masa panjang.

“Beliau juga mendabik dada kerana kerajaan negeri telah membelanjakan RM628 juta melalui program kebajikan IPR, iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada dana dikeluarkan untuk MES ketika Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan menteri besar,” tegasnya.

Persoalannya ujar beliau, adakah pegawai itu juga mendabik dada apabila rizab kerajaan negeri semakin menurun sejak 2015?

“Kerajaan yang berkebolehan serta bertanggungjawab tidak akan membelanjakan wang sewenang-wenangnya tanpa memikirkan keperluan masa hadapan.

“Berbalik kepada pembelian SPLASH, alasan konon ianya pinjaman jangka panjang adalah alasan dangkal dan tidak bertanggungjawab.

“Apa yang pasti, bayaran tetap perlu dibuat kepada SPAN dan akan berterusan selama sembilan tahun lagi. Alangkah baiknya jika dana yang digunakan membayar hutang ini digunakan untuk membiayai program kebajikan  untuk rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/kerajaan-selangor-lemah-gagal-tadbir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelemahan Urus Kerajaan Ph Selangor Semakin Ketara

Kelemahan Urus Kerajaan Ph Selangor Semakin Ketara

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 343 hits
KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR Membaca kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri Pakatan Harapan Selangor tidak berupaya dan berkemampuan untuk mentadbir dan mengurus negeri denga...
Gelaran Profesor Kangkung Tanda Kerajaan Gagal

Gelaran Profesor Kangkung Tanda Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR 24 April Gelaran profesor kangkung kepada ahli akademik yang memberi pandangan mengenai Statut Rom disifatkan sebagai kegagalan kerajaan menerima pendapat umum secara positif mengenai isu tersebut Perkara itu ditegaskan oleh Ah...
Gagal Buktikan Barang Rampasan Dibeli Guna Duit 1mdb Kerajaan Mohon Sita Barangan Bernilai Rm711 Juta

Gagal Buktikan Barang Rampasan Dibeli Guna Duit 1mdb Kerajaan Mohon Sita Barangan Bernilai Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 332 hits
Hampir genap setahun dahulu rumah saya diserbu oleh kerajaan PH selepas saya pulang dari solat Terawih Semua barangan yang berharga dirampas dari rumah saya dan dari seluruh keluarga saya termasuk barang barang yang kita telah ada sejak pul...
Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 253 hits
SETAHUN yang berlalu adalah sesuatu yang sia sia dan sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan kerajaan Menutup segala kelemahan mereka maka manifesto dikatakan bukan kitab suci dan sudah p...
Informasi Urus Tadbir Ph S Gor Makin Ketara Beli Air 10 Kali Ganda Ssllehen Mukhyi

Informasi Urus Tadbir Ph S Gor Makin Ketara Beli Air 10 Kali Ganda Ssllehen Mukhyi

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 347 hits
Kelemahan urus Kerajaan PH Selangor makin ketaraMEMBACA kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor jelas menunjukkan Kerajaan Negeri PH Selangor tidak berupaya dan berkemampuan untuk mentadbir dan mengurus negeri dengan baik Pegawa...
Isu Kerajaan Gagal Pertahan Islam Dap Mufti Perlis Bersemuka

Isu Kerajaan Gagal Pertahan Islam Dap Mufti Perlis Bersemuka

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 538 hits
By Sufi Harith 2019 05 0460Mohd Asri berkata wujud persepsi PH gagal pertahan Islam kerana menyatakan DAP ada membuat kenyataan yang menimbulkan persepsi berikut Foto Media AdilSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Dr Mohd Asri Zainul Abidi...
Gangguan Bekalan Air Boleh Selesai Dalam 3 Hari Kata Mb Selangor

Gangguan Bekalan Air Boleh Selesai Dalam 3 Hari Kata Mb Selangor

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 369 hits
Gangguan bekalan air boleh selesai dalam 3 hari kata MB Selangor Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Apr 2019 9
Asam Pedas Atok Sungai Sembilang Jeram Selangor

Asam Pedas Atok Sungai Sembilang Jeram Selangor

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 893 hits
Asam Pedas Atok Stereotaipnya mahu cari asam pedas power perlu berkunjung ke Melaka Namun memandangkan sistem telekomunikasi dan perhubungan untuk ke satu satu tempat sudah mudah itu sekadar stereotaip Asam Pedas Atok Sungai SembilangDi man...
3 Cool Event Spaces To Explore In Kl And Selangor

3 Cool Event Spaces To Explore In Kl And Selangor

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 401 hits
Thinking of throwing a memorable party or hosting a special event but don t have the perfect location for it Here are 3 new event spaces for hire in Kuala Lumpur and Kelana Jaya that you can consider just for something different than the us...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall