Gagal Buktikan Barang Rampasan Dibeli Guna Duit 1mdb Kerajaan Mohon Sita Barangan Bernilai Rm711 Juta



Hampir genap setahun dahulu, rumah saya diserbu oleh kerajaan PH selepas saya pulang dari solat Terawih
Semua barangan yang berharga dirampas dari rumah saya dan dari seluruh keluarga saya termasuk barang-barang yang kita telah ada sejak puluhan tahun dahulu
Ketika itu, kerajaan PH turut memanggil media hingga mereka berkampung di depan rumah saya malah ada orang awam menganggapnya bagai satu pesta
Mengikut undang-undang, barangan yang dirampas hanya boleh ditahan selama 3 bulan
Namun ianya boleh dilanjutkan sekali sahaja untuk 9 bulan lagi, menjadikan tempohnya genap setahun oleh Jabatan Peguam Negara
Tempoh sitaan itu akan luput 10 hari lagi iaitu pada 18 Mei ini,
Selepas luput tarikh itu, mengikut undang-undang kesemua barangan itu perlu dikembalikan jika pihak berkuasa gagal membuktikan pembeliannya menggunakan dana haram dan tidak membuat pertuduhan terhadap pemilikan barangan terbabit
Sejak setahun lalu, pihak polis dan SPRM telah menyoal kami berpuluh-kali terhadap setiap barangan yang disita
Mereka juga telah menyoalsiasat pihak-pihak yang menghadiahkan barangan terbabit termasuk pihak yang memberi sumbangan tunai bagi kegunaan parti
Mereka juga sedar dan tahu bahawa setiap transaksi menggunakan dana dari akaun saya
Sebagai contoh, mereka tahu saya membelanjakan RM60,000 untuk membina menara tangki air bagi rumah saya di Pekan bagi memenuhi keperluan pelbagai acara atau program masyarakat di mana rumah itu turut dijadikan tempat awam dan pusat khidmat Ahli Parlimen
Selepas setahun puas menyiasat, kerajaan PH tidak berupaya untuk menemui sebarang bukti barangan atau wang tunai berkenaan adalah dari hasil tidak sah
Sebab itu sehingga hari ini, tiada satu pendakwaan dibuat terhadap barangan dan wang tunai itu
Bagaimanapun, PH telah menggunakan rampasan aset itu sebagai salah satu alat propaganda yang amat kejam untuk memalukan saya dengan menuduh saya memperolehi wang dan barangan itu dari aktiviti tidak sah atau dari 1MDB

Mereka dakwa nilai keseluruhan barang-barang itu adalah RM1 bilion. Itu mereka cakap. Padahal langsung tidak sampai kepada nilai itu ataupun denan nilai RM711 juta
Namun, sebagaiman propaganda propaganda dan fitnah-fitnah mereka yang lain, PH tak mampu dan berupaya untuk membuktikannya kerana setiap derma yang diterima, dicatat, disenaraikan dan disiasat sepuas-puas hati mereka
Maka, adalah sesuatu yang mustahil untuk menjangkakan PH akan bertindak adil dan mematuhi kedaulatan undang-undang, untuk memulangkan kesemua barangan yang dirampas
Jika dikembalikan, sudah tentu tindakan itu mengesahkan Najib tidak korup dan tidak membeli barangan itu menggunakan wang 1MDB atau sumber wang yang tidak sah
Sebab itu, mereka kini menggunakan tindakan lucuthak sivil dan bukan pendakwaan jenayah bagi elak dari memulangkan barangan terbabit
Ini tindakan SIVIL – bukan kes jenayah. Terpaksa dan terdesak pula kerajaan PH bergantung kepada tindakan sivil terhadap saya
Tindakan ini juga melanggar perlembagaan negara kita bahawa ianya hak setiap rakyat untuk mempertahankan harta sah mereka dipelihara

Kes sivil ini adalah lemah dan bukanlah kes jenayah namun ia membenarkan kerajaan PH untuk menangguh atau mengelak dari memulangkan semua barangan itu
Ia juga membolehkan mereka untuk terus menggunakan pembohongan yang sama selain propaganda terhadap saya
Ia juga menafikan hak UMNO untuk menggunakan dana parti itu sekaligus mahu melumpuhkan operasi parti ini
Sebagai Orang Kaya Berempat Pahang, seorang Ahli Parlimen sejak 43 tahun lalu, bekas Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, saya berpeluang bertemu dan mengenali ramai rakan dan keluarga DiRaja dari dalam negara dan luar negara
Sepanjang tempoh itu, saya dan keluarga telah diberikan pelbagai hadiah di pelbagai acara seperti di majlis perkahwinan, sambutan ulangtahun, harijadi dari kenalan-kenalan ini
Sebagai contoh, Raja Arab Saudi telah menghadiahkan secara peribadi kain kiswah Kaabah yang bernilai lebih US$20 juta. Hadiah itu bernilai lebih dari itu kerana ia dihadiahkan sendiri secara peribadi oleh Raja Arab Saudi

Bukan Raja Arab Saudi dan keluarga baginda sahaja, ramai lagi keluarga Raja-raja dari dalam dan luar negara turut memberikan pelbagai hadiah sepanjang hubungan baik kami
Bagaimana hadiah hadiah ini semua dianggap sebagai dibeli menggunakan wang 1MDB
Kenalan-kenalan seumpama ini tidak sekadar menghantar mesej ucapan harijadi melalui Whatsapp, Wechat atau sekadar kad ucapan bagi menzahirkan ucapan mereka
Mereka juga tidak mengucapkan selamat harijadi di Facebook kita
Ibu mertua kepada anak perempuan saya dan anaknya juga tinggal bersama kami
Besan saya ini pernah mendirikan rumahtanggga dengan salah seorang individu paling kaya di negaranya selama 10 tahun
Pernah didedahkan di mahkamah asing, besan saya ini berbelanja sehingga US$75 juta wang suaminya untuk membeli barangan kemas dari satu kedai sahaja dalam tempoh mereka berkahwin.
https://www.telegraph.co.uk/…/Kazakh-presidents-brother-acc…
Banyak barangan yang dirampas polis juga miliknya – termasuk hadiah yang diterima oleh anak saya dan suaminya
Saya juga telah menjelaskan banyak kali bahawa wang tunai yang dirampas adalah bagi kegunaan parti untuk PRU14
Sudah tentu UMNO dan BN akan menerima sumbangan dari penyokong sebagai dana politik untuk PRU14
Oleh itu, UMNO telah saman pihak polis di mahkamah untuk mendapat semula dana ini
Selain itu, sudah didedahkan di mahkamah minggu lepas bahawa dana sumbangan RM2.6 bilion juga sudah dipulangkan kepada pendermanya sejurus selepas ia diterima sebelum PRU13
Jadi, bagaimana wang ini semua adalah wang 1MDB
Tetapi kerajaan PH mahu terus berlaku tidak adil
Bukan setakat itu sahaja tetapi mereka juga mahu membekukan akaun bank saya yang hanya digunakan untuk menerima gaji dan elaun saya sebagai Ahli Parlimen sejak 43 tahun dahhulu

Mereka seolah-olah tidak mahu saya ada sebarang kemampuan untuk membayar piihak guaman untuk membela saya dalam puliuhan dakwaan yang mereka kenakan ke atas saya
Mereka tidak rasa bersalah untuk terus menindas kami menggunakan pihak penguatkuasa dan berterusan dengan pembohongan serta propaganda mereka bagi menggambarkan kami sebagai jahat
Mereka langsung tidak menghormati kedaulatan undang-undang
Kata mahu menghormati “Rule of Law”
Cakap tidak serupa bikin
-isuviral

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2019/05/gagal-buktikan-barang-rampasan-dibeli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Lucuthak Barangan Mewah Najib Rosmah Bernilai Rm711 Juta

Kerajaan Lucuthak Barangan Mewah Najib Rosmah Bernilai Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 528 hits
Kerajaan dan Polis fail saman perlucuthakan atau penyitaan harta bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor berjumlah RM711 juta Foto The Malay Mail Kerajaan dan pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan undang und...
Putrajaya Polis Fail Saman Sita Pada Najib Dan Rosmah Untuk Rampas Barangan Mewah Rm711 Juta

Putrajaya Polis Fail Saman Sita Pada Najib Dan Rosmah Untuk Rampas Barangan Mewah Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 732 hits
Najib Razak isterinya Rosmah Mansor Foto oleh Astro AwaniPutrajaya dan polis memfailkan saman sivil terhadap bekas perdana menteri Najib Razak isterinya Rosmah Mansor dan beberapa yang lain bagi menyita barang barang mewah berjumlah RM711 j...
Kerajaan Mulakan Tindakan Rampas Harta Najib Dan Keluarganya Bernilai Rm711 Juta

Kerajaan Mulakan Tindakan Rampas Harta Najib Dan Keluarganya Bernilai Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 743 hits
KERAJAAN Malaysia dan pihak polis dilapor telah memfailkan satu tindakan undang undang perlucutan hak terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak isterinya datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa individu lain berhubung barangan...
Dewan Militer Sita Harta Mantan Presiden Sudan Bernilai Ratusan Juta Dolar

Dewan Militer Sita Harta Mantan Presiden Sudan Bernilai Ratusan Juta Dolar

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 247 hits
Kepala Dewan Militer Transisi Sudan Abdul Fattah Al Burhan Minggu lalu mengatakan uang tunai dalam tiga mata uang bernilai lebih dari USD 113 juta ditemukan di rumah mantan presiden itu
Barang Bawaan Jastip Lebih Dari Rp 7 Juta Ini Sanksinya

Barang Bawaan Jastip Lebih Dari Rp 7 Juta Ini Sanksinya

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 240 hits
Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Kementerian Keuangan akan menindak tegas bagi pelaku jasa titip atau Jastip yang kedapatan membawa kouta barang bawaan senilai USD 500 atau setara dengan Rp 7 juta Selain diwajibkan membayar pajak pihaknya ...
Arwah Bayar Bil Masjid Guna Duit Sendiri Kebaikan Pak Cik Ini Selepas Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak

Arwah Bayar Bil Masjid Guna Duit Sendiri Kebaikan Pak Cik Ini Selepas Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 401 hits
Arwah bayar bil masjid guna duit sendiri Kebaikan pak cik ini selepas meninggal dunia buat ramai sebak Setiap insan bergelar Muslim mesti mengimpikan pengakhiran hidup dengan cara yang dimuliakan oleh Allah iaitu dipanggil sebagai khusnul k...
Ph Tiada Bukti Najib Guna Wang 1mdb

Ph Tiada Bukti Najib Guna Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 590 hits
Wartawan Watan Online Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa sehingga ke hari ini kerajaan Pakatan Harapan masih gagal membuktikan kesemua barangan dan wang yang dirampas di kediaman beliau tahun lalu berkaitan dengan 1Malays...
Daftar Barang Mewah Suap Bupati Kepulauan Talaud Total Rp 463 Juta

Daftar Barang Mewah Suap Bupati Kepulauan Talaud Total Rp 463 Juta

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 241 hits
Bupati Kepulauan Talaud Sri Wahyuni Maria Manalip sudah ditetapkan sebagai tersangka oleh Komisi Pemberantasan Korupsi Sri diketahui meminta jatah ke pengusaha terkait dua proyek revitalisasi Pasar Lirung dan Pasar Beo di Talaud
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat