Kelemahan Urus Kerajaan Ph Selangor Semakin Ketara



KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
Membaca kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri Pakatan Harapan Selangor tidak berupaya dan berkemampuan untuk mentadbir dan mengurus negeri dengan baik.
Pegawai berkenaan dengan senang dan tiada sedikit rasa bersalah menyatakan kerajaan negeri tidak terbeban membayar hutang kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk pembelian syarikat air SPLASH sejumlah RM1.9billion – 10 kali ganda daripada tawaran asal. Alasan beliau kerana bayaran balik dibuat dalam jangka masa panjang.
Beliau juga mendabik dada kerana kerajaan negeri Pakatan Harapan telah membelanjakan sejumlah RM628 juta melalui program kebajikan IPR; yakni dua kali ganda lebih banyak daripada dana yang dikeluarkan untuk MES ketika Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan MB.
Persoalannya adakah beliau akan juga mendabik dada apabila rizab kerajaan negeri semakin menurun sejak 2015. Laporan tahunan Akauntan Negara jelas menunjukkan prestasi kewangan kerajaan negeri mengikut Baki Wang Yang Disatukan menurun secara sistematik iaitu RM3.2 billion (2014), RM3.25 billion (2015), RM3.051billion (2016) dan RM2.82 billion (2017).
Adakah beliau bangga bahawa Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2017 dengan defisit pada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM368.56 juta berbanding defisit pada tahun 2016 berjumlah RM144.66 juta dengan peningkatan sejumlah RM223.90 juta (154.8%).
Mengikut laporan Akauntan Negara, ini telah disebabkan kesan daripada peningkatan perbelanjaan sejumlah RM534.34 juta (20.2%) melebihi peningkatan hasil sejumlah RM310.44 juta (12.4%). Dengan mengambil kira defisit ini, baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan tahun 2017 berkurangan menjadi RM1.08 bilion berbanding RM1.45 bilion pada tahun 2016.
Kerajaan yang berkebolehan serta bertanggungjawab tidak akan membelanjakan wang dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan keperluan pada masa hadapan. Serakah politik PH untuk memenangi PRU14 yang lalu adalah begitu besar dan akhirnya rakyatlah yang menjadi mangsa.
Jika dahulu mereka sanggup membelanjakan RM628 juta kononnya untuk program rakyat, sekarang sudah tidak banyak lagi dana untuk dibelanjakan justeru kebanyakan program rakyat seperti SMUE, TAWAS dan Hadiah Perkahwinan untuk Belia telah ditamatkan. Malah banyak program seperti KISS tiada lagi kedengaran berita, umpama tergantung tanpa tali.
Berbalik kepada pembelian SPLASH, alasan kononnya ianya pinjaman jangka panjang adalah alasan dangkal dan tidak bertanggungjawab. Apa yang pasti, bayaran tetap perlu dibuat kepada SPAN dan akan berterusan selama 9 tahun lagi. Alangkah baiknya jika dana yang digunakan membayar hutang ini digunakan untuk membiayai program-program kebajikan untuk rakyat.
Saya yakin rakyat tidak lupa bahawa pembelian SPLASH pada harga 10 kali ganda lebih tinggi akan menjejaskan program air percuma 20 meter kubik yang diberi kepada semua rakyat, serta kenaikan tarif air yang lebih tinggi daripada yang dirancangkan.
Rakyat juga pasti tahu aset berkaitan air milik kerajaan negeri yang bernilai RM2 billion sebelum ini telah dipajakkan kepada SPAN dan bagi mendapatkan pinjaman membeli SPASH pada harga 10 kali ganda tersebut akan menyebabkan kerajaan negeri perlu membayar sewa pada kadar lebih tinggi dan tempuh yang lama. Malah pasti terdapat terma dan syarat-syarat baharu yang ditetapkan di dalam perjanjian di antara PAAB dan Air Selangor.
Paling mengewakan, perancangan memberi saham syarikat air milik kerajaan negeri kepada rakyat tidak lagi boleh diteruskan. Mereka tiada kemampuan dan kebolehan untuk melaksanakan impian rakyat yang memberi mandat kepada mereka.
USTAZ SALLEHEN BIN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/05/03/kelemahan-urus-kerajaan-ph-selangor-semakin-ketara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Selangor Lemah Gagal Tadbir Urus

Kerajaan Selangor Lemah Gagal Tadbir Urus

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 235 hits
Sallehen Mukhyi SHAH ALAM Sikap rakus dan serakah politik yang begitu besar kerajaan Pakatan Harapan Selangor untuk menang Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu menyebabkan rakyat menjadi mangsa Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi berkata ...
Krisis Semakin Hampir Apabila Volum Dagangan Global Menurun Dengan Ketara

Krisis Semakin Hampir Apabila Volum Dagangan Global Menurun Dengan Ketara

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 321 hits
Menurut Bloomberg perdagangan dunia merosot pada kadar yang cepat sejak 11 tahun lalu sejak krisis kewangan 2008 berlaku Kelembapan ekonomi global semakin meningkat menurut pakar Antara Disember 2018 dan Februari 2019 penurunan perdagangan ...
Informasi Urus Tadbir Ph S Gor Makin Ketara Beli Air 10 Kali Ganda Ssllehen Mukhyi

Informasi Urus Tadbir Ph S Gor Makin Ketara Beli Air 10 Kali Ganda Ssllehen Mukhyi

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 309 hits
Kelemahan urus Kerajaan PH Selangor makin ketaraMEMBACA kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor jelas menunjukkan Kerajaan Negeri PH Selangor tidak berupaya dan berkemampuan untuk mentadbir dan mengurus negeri dengan baik Pegawa...
Kerajaan Tambah Kamera Awas Di Lokasi Kemalangan

Kerajaan Tambah Kamera Awas Di Lokasi Kemalangan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 214 hits
Apr 22 2019 0 Comments KUALA LUMPUR Kerajaan akan menambah jumlah kamera Automated Awareness Safety System di lokasi lokasi yang kerap berlaku kemalangan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan Timb
Informasi Pemutihan Penjawat Awam Apakah Dap Kuasai Kerajaan

Informasi Pemutihan Penjawat Awam Apakah Dap Kuasai Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 302 hits
Kian Ming patut bangunkan ekonomi negara bukan sibuk politik rakyatBANGI 16 Syaaban 1440H Isnin Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming bahawa kerajaan akan meneruskan program pembersihan ke atas pe...
Negeri Kelantan Bakal Menerima 5 Projek Dari Kerajaan Persekutuan

Negeri Kelantan Bakal Menerima 5 Projek Dari Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 751 hits
Negeri Kelantan bakal menerima beberapa projek yang akan diteruskan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan bakal memberi pembangunan baharu kepada Kelantan Antara projek yang bakal diterukan adalah pembikinan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 mena...
Perjanjian Baru Ecrl Kerajaan Diminta Jelaskan 2 Soalan Ini

Perjanjian Baru Ecrl Kerajaan Diminta Jelaskan 2 Soalan Ini

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 268 hits
Pertama saya ingin berterima kasih kerana PH sekali lagi membuktikan kos projek asal ECRL bukan RM29 bilion seperti yang difitnah oleh Tony Pua Sarawak Report dan media antarabangsa yang rapat dengan PH yang tak putus putus tuduh kita senga...
Senarai Projek Mega Mahathir Yang Bankrap Dan Kerajaan Bail Out Dengan Duit Rakyat

Senarai Projek Mega Mahathir Yang Bankrap Dan Kerajaan Bail Out Dengan Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 953 hits
Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4 banyak projek mega yang pernah dilancarkan telah bankrap dan kemudian terpaksa kerajaan bail out Musibah yang menimpa negara ini terdiri daripada pelbagai projek pengangkutan awam utama Lembah Kl...
Kerajaan Teliti Isu Kuota Bukan Bumiputera Program Matrikulasi Mahathir

Kerajaan Teliti Isu Kuota Bukan Bumiputera Program Matrikulasi Mahathir

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 380 hits
Kerajaan akan mengkaji isu kuota bukan Bumiputera bagi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata perkara itu akan diteliti sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan mengenainya Kita ak...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11