Asam Pedas Atok Sungai Sembilang Jeram Selangor



"Asam Pedas Atok"

Stereotaipnya mahu cari asam pedas power perlu berkunjung ke Melaka. Namun, memandangkan sistem telekomunikasi dan perhubungan untuk ke satu-satu tempat sudah mudah itu sekadar stereotaip.


Asam Pedas Atok Sungai SembilangDi mana-mana tempat sudah ada restoran, kedai makan atau gerai yang menjadikan asam pedas sebagai menu utama.


Tipikal 'Signature' Asam Pedas

Dua kriteria yang sering penulis jadikan panduan dalam menikmati dan menentukan kesedapan dan kelainan dengan asam pedas yang mampu dibuat melalui resepi-resepi yang banyak di internet.

Masam dan pedas, lagi meriah kalau asam pedas tersebut dihidangkan dalam keadaan menggelegak dan berasap.

Asam Pedas Mendidih

Sudah banyak sebenarnya hidangan asam pedas di restoran yang menjadikan tema menggelegak atau mendidih untuk pelanggan. Seumpama ia adalah sebahagian resepi asam pedas.

Sekali hirup, pedas dan masamnya menjadikan penghirup ingin menghirup lagi. Itu adalah perasaan yang diinginkan sebenarnya.

Asam Pedas Sekitar Lembah Klang

Sebagaimana penulis katakan pada awal artikel ini, tidak perlu menghabiskan tenaga dan wang untuk mendapatkan asam pedas yang boleh memuaskan selera pencinta asam pedas ke Melaka.

Di sekitar Kuala Selangor, Selangor terdapat satu restoran asam pedas yang cukup popular sebenarnya.

Banner Kedai Asam Pedas Atok | Google ImageTerperuk namun dikenali, itu menandakan kedai makan ini agak tersohor.

Asam Pedas Atok Kuala Selangor.

Kedudukan yang cukup strategik, tepi sungai dan muara yang turut berlatarbelakangkan Selat Melaka.

Menu Asam Pedas Atok

Semestinyalah, asam pedasnya. Tiada sebarang menu lain ditemui setakat ini di restoran ini hanya asam pedas.


Set Nasi Asam Pedas Dengan Telur MasinNamun, memiliki variasi pilihan lauk yang menjadi idaman pengunjung.

Inginkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung atau ikan pari juga ada.
Selain ikan daging turut menjadi bahan lauk untuk asam pedas di kedai makan ini.

Entah kebetulan atau memang benar-benar kejadian. Restoran yang terletak bersebelahan dengan Sungai Sembilang ini cukup popular dengan menu hidangan asam pedas ikan sembilang.

Jadi, tanpa berfikir panjang ketika mencuba asam pedas di sini, penulis memesan;

Asam Pedas Ikan Sembilang


Asam Pedas Ikan SembilangDatang dalam 'claypot' dalam bahasa Malaysianya mangkuk tanah liat. Sebelum di buka penulis sudah mampu mengagak apakah 'first impression' jika penutup claypot itu dibuka.
Ya. Asam pedas dengan kuah yang pekat dengan aroma yang kuat masih menggelegak.

Mengingatkan kembali nostalgia penulis mencuba asam pedas mendidih di Kuala Linggi dahulu.

Apakah Rasa Asam Pedas Ini

Cedukkan pertama sehingga ke dalam mulut, pada awalnya dibatasi dengan rasa wap panas dan suam, ketika ini 'selera' mula diaktifkan sebelum ditambah dengan aroma bau kuahnya.


Portion Potongan Ikan SembilangMemasuki ruangan mulut, rasa masam mula menular ke segenap ceruk mulut, pedas pula datang berganti.

Memang kuah yang pekat ini penuh dengan rasa. Masam dan pedas bercampur diselangi rasa rempah yang cukup kuat.

Penulis dan isteri saling berpandangan tanda setuju, kuah asam pedas ini walaupun panas dan pedas, ia telah mengaktifkan satu rasa untuk suapan seterusnya.

Asam Pedas Ikan Pari


Asam Pedas Ikan PariTidak banyak beza sebenarnya, kuahnya sama cuma berlainan isi, untuk ikan pari semestilah ikan pari lauknya.

Lengkap, masam dan pedas.

Dari segi portion (bahagian) lauk, boleh dikatakan tukang masaknya tidak begitu kedekut, bahagian ikan sembilang yang bersaiz sederhana dipotong tiga dan sedia terendam di dalam kuah asam pedas.

Isteri penulis mencuba asam pedas ikan pari, portionnya juga boleh dibanggakan.

Dengan portion sebegini, cukup untuk sepinggan nasi sebagai satu set asam pedas.

Hidangan Lain

Kambing bakar dan western juga kelihatan pada menu dan 'banner' restoran. Mungkin ada yang ingin mencuba.

Lihat video 'first impression' asam pedas ikan sembilang dan asam pedas ikan pari di Asam Pedas Atok yang masih berasap dengan wap.




Ulasan Penulis

Rasa Makanan

Dari segi rasa asam pedas di restoran ini sebenarnya cukup 'kaya' dengan perisa.
Datang pula dalam claypot, pengekalan kesuaman dan aroma masih terjaga sehingga cedukkan ke mulut.




Sedap.

Bahagiannya juga banyak, meskipun ikan sembilang bermusim.

Suasana Kedai

Bagi suasana dalaman kedai, penulis mengandaikan pada bahagian malam akan cukup meriah. 



Selesa untuk mereka yang datang dalam famili atau berkumpulan. Banyak meja dan kerusi untuk mereka yang datang dalam bilangan yang ramai.

Kedainya dalam keadaan terbuka, dengan bumbung untuk ruangan makan. Angin sepoi-sepoi laut mudah untuk masuk.

Servis Pelanggan

Servis untuk kami pada masa tersebut juga pantas. Meskipun baharu sahaja dibuka.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Sungai Sembilang Kuala Selangor bukanlah begitu terpencil, mudah untuk ditemui meskipun agak tersorok dan berdekatan pantai.

Kawasan kampung yang memiliki laluan yang agak sempit dan seumpama berada dipersekitaran kampung nelayan.

Bagi yang pernah menginap di The Kabin Jeram pasti tahu sekitar sini.

Asam Pedas Atok Sungai Sembilang,
Kampung Dungun, 
45800 Jeram, 
Selangor



Harga Makanan

Semua asam pedas berharga RM10 untuk semangkuk.
Agak berbeza dengan tulisan dalam menu.

Tidak kira apa lauk, ikan sembilang mahupun ikan pari dan ikan cencaru.

Nasi RM1-RM2

Minuman mengikut harga standard mana-mana kedai makan

Waktu Operasi Restoran

Dibuka jam 12 tengah hari sehingga lewat malam

Info Tambahan

Bagi kaki pancing, Sungai Sembilang memang kena dengan namanya. Jika kena dengan musim dan air pasang, balingan pancing mungkin diragut ikan sembilang yang ada.

Ketika penulis berkunjung, ramai kaki pancing yang memancing disini untuk mendapatkan 'strike' ikan sembilang.


Mancing Ikan DuriBukan rezeki penulis untuk mendapatkan ikan sembilang, ikan gerut gerut (tebal pipi) dan ikan duri yang melekat, anak ikan sebenarnya.

Anda fikir Anda Tahu Asam Pedas Atok Sungai Sembilang Jeram Selangor ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2019/04/asam-pedas-atok-sungai-sembilang-jeram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Daging Tetel Nampak Pun Dah Tahu Sedap

Asam Pedas Daging Tetel Nampak Pun Dah Tahu Sedap

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 479 hits
ASAM PEDAS DAGING TETEL NAMPAK PUN DAH TAHU SEDAPBAHAN BAHAN
Resepi Asam Pedas Ikan Patin Bersama Bendi Dan Terung Lazat

Resepi Asam Pedas Ikan Patin Bersama Bendi Dan Terung Lazat

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 887 hits
Asam pedas ini bukanlah masakan yang biasa aku buat waktu di kampung dulu Sudah berkahwin dengan orang bahagian selatan ini baru aku belajar masak asam pedas Mak aku dulu kalau masak asam pedas tu maksudnya asam rebus itulah Samaada buat me...
Petua Masak Asam Pedas Ikan Jenahak Yang Tersedap Dan Mudah Kuah Pun Tak Pekat Dan Tak Cair Sangat

Petua Masak Asam Pedas Ikan Jenahak Yang Tersedap Dan Mudah Kuah Pun Tak Pekat Dan Tak Cair Sangat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 904 hits
Petua Masak Asam Pedas Ikan Jenahak Yang Tersedap Dan Mudah Kuah Pun Tak Pekat Dan Tak Cair Sangat Salam semua Asam pedas ikan siapa peminat asam pedas ikan tak kisah la ikan apa pun asalkan asam pedas la ya Macam macam style orang masak as...
Asam Pedas Premier Setia City Mall Kuah Pekat Rasa Pun Sedap

Asam Pedas Premier Setia City Mall Kuah Pekat Rasa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 1232 hits
hai assalammualaikumAsam Pedas Premier Setia City Mall Haritu mr mafia ada nak jumpa client dia dekat Shah Alam lepas tu diaorang nak jumpa dekat Setia City Mall Alang alang diaorang nak jumpa tu kitaorang pun belum makan jadi carilah tempa...
Gangguan Bekalan Air Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 Ini 10 Tips Untuk Jimat Air

Gangguan Bekalan Air Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 Ini 10 Tips Untuk Jimat Air

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 369 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ahli Kumpulan Air Selangor membuat persediaan serta nbsp persiapan menghadapi gangguan bekalan air berjadual bagi perlaksanaan kerja kerja penambahbaikan sistem bekal...
Cari Kepala Mayat Dalam Koper Di Sungai Polisi Gunakan Jaring

Cari Kepala Mayat Dalam Koper Di Sungai Polisi Gunakan Jaring

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 301 hits
Barung juga menyebut radius pencarian yang semula hanya sampai 5 kilometer dari titik lokasi penemuan mayat juga diperluas kita perluas lagi dengan harapan bisa segera ditemukan tuturnya
Wanita Ini Tega Buang Bayi Hasil Hubungan Gelap Dengan Menantu Ke Sungai

Wanita Ini Tega Buang Bayi Hasil Hubungan Gelap Dengan Menantu Ke Sungai

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 286 hits
RR membuang bayi malang itu setelah dua hari dilahirkan Saat diinterogasi RR mengaku tidak menyesal telah membuang bayi yang telah ia lahirkan
Sungai Gasib Dicemari Limbah Ptpn V Warga Kehilangan Sumber Air Bersih

Sungai Gasib Dicemari Limbah Ptpn V Warga Kehilangan Sumber Air Bersih

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 229 hits
Limbah PTPN V Lubuk Dalam Kabupaten Siak diduga mencemari sungai Gasib Desa Pangkal Pisang Akibatnya ribuan ikan mati dan warga tak dapat mengkonsumsi air sungai yang biasanya menjadi sumber warga
Lelaki Warga Emas Terjun Sungai Kerian Ditemukan Mati Lemas

Lelaki Warga Emas Terjun Sungai Kerian Ditemukan Mati Lemas

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 514 hits
PARIT BUNTAR 11 April Seorang lelaki berusia 65 tahun yang terjun ke dalam sungai dekat Jambatan Sungai Kerian semalam ditemukan lemas hari ini Mayat ditemukan terapung kira kira 200 meter dari tempat kejadian kira kira pukul 1 30 petang ol...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak