Kerajaan Pn Hilang Keabsahan Perintah Malaysia



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah hilang keabsahan, dehaka kepada Yang di-Pertuan Agong serta mengunci Parlimen sewajarnya dipandang hina oleh rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan Agong menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan sepatutnya turut mempunyai kerajaan yang juga menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, apabila Perdana Menteri (PM) dan Jemaah Menteri tidak menghormati keluhuran Perlembagaan maka rakyat juga tidak akan lagi menghormati mereka.
“Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Bukan negara republik seperti Indonesia atau Amerika Syarikat.
“Malaysia juga bukan negara raja berkuasa mutlak seperti Brunei atau Arab Saudi.
“Patut dihargai dan dipandang tinggi jika Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan menghormati peranan Parlimen sebagai badan perundangan di mana segala urusan undang-undang dan kewangan negara dibentang, dibahas dan diputuskan di dalam Parlimen.
“Justeru itu, patut dipandang hina pula PM dan Jemaah Menteri yang dilantik oleh Agong di bawah Perkara 43(1) dan 43(2)(a) tetapi ingkar terhadap titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua Ordinan Darurat dibentangkan, dibahas dan diputuskan di Parlimen.
“PM Mahiaddin Yassin dan seluruh Kabinetnya bukan sahaja tidak menghormati Raja Berperlembagaan, menghina Parlimen dan Perlembagaan malah mereka mengkhianati prinsip tunjang demokrasi berparlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Hassan, tindakan menggantung dan mengunci Parlimen adalah melampaui batas yang dibenarkan oleh demokrasi dan Perlembagaan.
Oleh itu, katanya, PM dan kabinetnya perlu berundur secepat mungkin untuk tidak menambah parah krisis Perlembagaan di negara ini.
“PM Mahiaddin dan Kabinetnya mengkhianati kuasa dan mandat rakyat dengan menggantung Parlimen, dan hari ini menutup Parlimen sebagai jalan mudah untuk terus berkuasa.
“Saya selaku seorang Ahli Parlimen menuntut tanggungjawab bersama seluruh Jemaah Menteri dan PM mengambil jalan terhormat dan bermaruah supaya meletakkan jawatan seberapa segera.
“Anda semua yang menganggotai Badan Eksekutif sudah hilang keabsahan atau legitimasi untuk mentadbir Malaysia yang tercinta ini,” katanya lagi.
Pagi tadi, 107 Ahli Parlimen Pembangkang membantah penutupan Parlimen dengan berarak ke Jalan Parlimen selepas berucap di Dataran Merdeka. Mereka disekat oleh polis pencegah rusuhan di Bulatan Dato’ Onn sebelum sempat masuk ke Jalan Parlimen.
Perikatan Ahli-ahli Parlimen tersebut adalah yang julung-julung kali berlaku selepas Langkah Sheraton dan berlakunya penjajaran semula politik di Malaysia pada 2020.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32714

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalang

Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 508 hits
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa wujud gerakan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dengan apa cara sekalipun Beliau berkata gerakan itu wujud kerana penguasaan kerajaan PN yang menunjukkan perubahan positif dalam mentad...
Mahiaddin Sudah Hilang Moral Ketuai Kerajaan

Mahiaddin Sudah Hilang Moral Ketuai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 266 hits
1 Khamis 29hb July 2021 tarikh memalukan demokrasi berparlimen disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia Sepatutnya Parlimen menjadi medan terbaik ketika isu pelanggaran perlembagaan dibangkitkan oleh Tuanku YDPA sebagai Ketua Negara dan Ketu...
65k Sektor Pks Hilang Pekerjaan Akibat Kelembapan Kerajaan Pn

65k Sektor Pks Hilang Pekerjaan Akibat Kelembapan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 366 hits
Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional memberi bantuan kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana menyebabkan pertumbuhan sektor itu merosot teruk pada tahun ini dan tahun lalu Menurut Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung Berdasarkan ...
Kerajaan Pn Lembab Beri Bantuan Kepada Pks 65 000 Hilang Pekerjaan Keadilan

Kerajaan Pn Lembab Beri Bantuan Kepada Pks 65 000 Hilang Pekerjaan Keadilan

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 314 hits
Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional memberi bantuan kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana menyebabkan pertumbuhan sektor itu merosot teruk pada tahun ini dan tahun lalu Menurut Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung Berdasarkan ...
Kes Covid Terus Meningkat Sang Penguasa Terus Beegelut Menipu Tentang Keabsahan Kerajaan Dan Pas Sokong Penipuan

Kes Covid Terus Meningkat Sang Penguasa Terus Beegelut Menipu Tentang Keabsahan Kerajaan Dan Pas Sokong Penipuan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 312 hits
Kes Covid sudah cecah 20K Muhyidin masih kata dia ada majoriti tapi tak mahu sahkan skrg di Parlimen Dia minta bulan september Nak tunggu berapa byk kes lagi dan berapa ramai setiap hari mati akibat Covid Puak khianat ini setiap malam berku...
Kerajaan Mahiaddin Sudah Hilang Akal

Kerajaan Mahiaddin Sudah Hilang Akal

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 511 hits
Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak lagi mampu menggunakan akal rasional dengan menutup terus Parlimen mulai hari ini untuk tempoh dua minggu dengan alasan berlaku jangkitan Covid 19 Menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu PM Mahiad...
Agong Sah Murka Mahiaddin Sah Derhaka Dan Pn Kini Sudah Hilang Muka Sebagai Kerajaan

Agong Sah Murka Mahiaddin Sah Derhaka Dan Pn Kini Sudah Hilang Muka Sebagai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 362 hits
Segala segalanya kini sudah terdedah dan terserlah tanpa dapat disembunyikan lagi Hakikat bahawa pembatalan darurat yang diumumkan Takiyuddin Hassan di Parlimen Isnin lalu dilakukan tanpa mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong terlebih dahu...
Today Is Freedom Day In England While Malaysia Still Kerajaan Gagal

Today Is Freedom Day In England While Malaysia Still Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 404 hits
Yes kalau nak cerita Failed State or Kerajaan Gagal the UK is more qualified than Malaysia to be called one Hence if the UK is not a Failed State or Kerajaan Gagal how can Malaysia be one NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Malaysia is a F...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara

Emas Sasarkan Rekod Tertinggi

Rindu Yang Diam Diam Berdoa