Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalang



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa wujud gerakan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan apa cara sekalipun.
Beliau berkata, gerakan itu wujud kerana penguasaan kerajaan PN yang menunjukkan perubahan positif dalam mentadbir negara.
"Gerakan itu juga kerana dominasi umat Islam dan kalangan (kumpulan) yang tidak ekstrem, yang dibimbangi dapat menyelesaikan banyak masalah yang akan membina semula kekuatan umat Islam.
"Oleh itu, seluruh rakyat yang sedar dan insaf terutamanya pemimpin negara, janganlah ditipu lagi dan hendaklah menghalang anasir perosak yang berpakat menyingkirkan Islam dalam negara ini," katanya dalam Minda Presiden PAS dikongsikan menerusi Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Hadi meminta pemimpin negara bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam berdepan rancangan menyingkirkan Islam di negara ini seperti dilakukan di beberapa negara luar.
"Apatah lagi adanya ejen-ejen yang bersedia melakukannya dan tidak seharusnya masih dibiarkan berkeliaran.
"Kalau dulu ditipu penjajah British, janganlah pula hari ini berulang ditipu sehingga berkali-kali," katanya.
Merujuk kejatuhan beberapa negara Islam yang didalangi ejen barat, Abdul Hadi berkata, barat terus menyokong kewujudan kerajaan Islam sekular seperti pembahagian kuasa diamalkan penjajah British di Tanah Melayu dulu dan penjajahan barat di negara Islam lain.
Beliau menjelaskan, ketika penjajahan British di negara ini raja hanya menjadi ketua agama dan umat Islam tidak berkuasa penuh, dan mereka hanya berkuasa dalam hal ehwal agama yang dihadkan tanpa kuasa untuk mentadbir negara sepenuhnya.
Katanya, di negara yang pernah dijajah barat yang masih mengekalkan konsep kerajaan Islam sekular, negara berkenaan sehingga kini ketinggalan, tidak bangkit untuk menjadi negara yang maju dan kuat.
"Sebenarnya itulah bentuk penjajahan baharu dengan pendekatan menyekat penentangan umat Islam terhadap penjajah asing yang telah ditukar dengan penjajah tempatan dibentuk oleh mereka.
"Akibatnya, walaupun penjajah asing itu sudah pulang ke negeri masing-masing, tetapi agenda penjajahannya masih tetap berlangsung hingga hari ini.
"Pengaruh dalam lapangan politik, ekonomi dan budaya yang ditinggalkan, diteruskan pergantungannya kepada bekas penjajah masing-masing," katanya.
Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata, negara Kesatuan Eropah (EU) dan sekutu barat terus menjadi negara besar yang maju dan kuat, dengan sumber kekayaan dan tenaga manusia daripada negara umat Islam.
Katanya, dunia Islam yang luas wilayahnya, ramai tenaga manusia, banyak hasil bumi dan kedudukan yang strategik dalam peta dunia masih tidak mampu menjana semula kekuatan menjadi bangsa yang mulia dan perkasa.
"Kini, kita menyaksikan kebangkitan semula Islam dan merudumnya kekuatan negara besar penjajah.
"Namun, mereka tetap menghalang segala usaha mengembalikan semula kepada Islam yang sedang diperjuangkan di seluruh negara umat Islam termasuklah di Malaysia," katanya lapor Berita Harian
Berikut adalah sebahagian dari catatan TG Haji Hadi dalam Minda Presiden PAS,
Kini, kita menyaksikan kebangkitan semula Islam dan merudumnya kekuatan negara besar penjajah. Namun begitu, mereka tetap menghalang segala usaha untuk kembali semula kepada Islam yang sedang diperjuangkan di seluruh negara umat Islam termasuklah di Malaysia.
Kita telah berjaya mencetuskan kesedaran, apabila dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu ditubuhkan kerajaan sekular yang didominasi oleh kalangan bukan Islam dan seluruh kumpulannya. Sehingga kumpulan Islam yang terpengaruh dengannya tidak lebih daripada sekadar menjadi khadam setelah menjadi pejuang. Mereka ikut serta bersuara melindungi perancangan kerajaannya yang secara halus melumpuhkan Islam dan umatnya, supaya terus berada dalam kelekaan atau menjadi syaitan bisu.
Walaupun begitu, kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah berjaya menyatukan parti-parti umat Islam dan bumiputera (UMNO, PAS dan BERSATU) di samping parti-parti bukan Islam yang menolak pendekatan ekstrem. Sehingga akhirnya berjaya menubuhkan kerajaan campuran Perikatan Nasional (PN) kerana menyedari pendekatan ekstrem tidak akan mampu menyelamatkan negara dan rakyat. Bahkan ternyata kelemahan Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah dalam masa yang singkat bersama kemenangan yang rapuh dan penuh dengan penipuan.
Justeru, penguasaan kerajaan PN yang menunjukkan perubahan positif akan dicabar, kerana dominasi umat Islam dan kalangan yang tidak ekstrem itu dibimbangi dapat menyelesaikan banyak masalah yang akan membina semula kekuatan umat.
Maka, sudah pasti wujudnya gerakan untuk menjatuhkan kerajaan PN dengan segala cara. Oleh itu, seluruh rakyat yang sedar dan insaf terutamanya para pemimpin negara, janganlah ditipu lagi dan hendaklah menghalang anasir-anasir perosak yang berpakat untuk menyingkirkan Islam dalam negara.
Pada masa yang sama, hendaklah bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan supaya rancangan yang sedang berlangsung di beberapa negara yang disebutkan di atas, gagal dibawa masuk ke negara kita. Apatah lagi adanya ejen-ejen yang bersedia melakukannya dan tidak seharusnya masih dibiarkan berkeliaran.
Kalau dahulu ditipu oleh penjajah British, janganlah pula hari ini berulang ditipu sehingga berkali-kali.
Sepenuhnya silalah baca di SINI
Ayat ni ditujukan kepada Parti mana agaknya?.. "Sehingga kumpulan Islam yang terpengaruh dengannya tidak lebih daripada sekadar menjadi khadam setelah menjadi pejuang. Mereka ikut serta bersuara melindungi perancangan kerajaannya yang secara halus melumpuhkan Islam dan umatnya, supaya terus berada dalam kelekaan atau menjadi syaitan bisu.
Nampak macam ditujukan kat AMANAH saja..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/dulu-pejuang-kini-khadam-haji-hadi-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khabar Angin Cuba Pecah Belahkan Kerajaan Ismail Sabri

Khabar Angin Cuba Pecah Belahkan Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 201 hits
BERA Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan khabar angin bahawa beliau akan dilantik sebagai perdana menteri interim dalam mengatasi kekalutan politik negara pada masa ini Beliau menyifatkan khabar angin yang berk...
Bukan Boleh Sekadar Gimik Dakwa Kerajaan Pn Tumbang Kena Buktikan

Bukan Boleh Sekadar Gimik Dakwa Kerajaan Pn Tumbang Kena Buktikan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 204 hits
AGENDA DAILY Presiden UMNO Zahid Hamidi pada sidang media Keabsahan sesebuah kerajaan hendaklah dilakukan dan dibuktikan menerusi saluran yang sah betul mengikut Perlembagaan Persekutuan bukannya sekadar gimik semata mata demikian kata bebe...
Kula Nafikan Audio Kerajaan Cuba Membunuh Masyarakat India Melalui Vaksinasi Adalah Suaranya

Kula Nafikan Audio Kerajaan Cuba Membunuh Masyarakat India Melalui Vaksinasi Adalah Suaranya

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 222 hits
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M Kulasegaran menafikan suara dalam audio yang tular mendakwa kerajaan cuba membunuh masyarakat India melalui vaksinasi adalah suara miliknya Sebaliknya Kulasegaran berkata ada individu cuba meniru suaranya Say...
5 Pati Warga Indonesia Cuba Masuk Malaysia Positif Covid 19

5 Pati Warga Indonesia Cuba Masuk Malaysia Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 317 hits
3 daripada 5 PATI warga Indonesia yang ditahan maritim selepas cubaan menyusup masuk ke Tawau malam tadi didapati positif Covid 19 Foto Maritim TAWAU Tiga daripada lima pendatang tanpa izin warga Indonesia yang ditahan Agensi Penguatkuasaan...
Kerajaan Pn Hilang Keabsahan Perintah Malaysia

Kerajaan Pn Hilang Keabsahan Perintah Malaysia

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 204 hits
Kerajaan Perikatan Nasional yang telah hilang keabsahan dehaka kepada Yang di Pertuan Agong serta mengunci Parlimen sewajarnya dipandang hina oleh rakyat Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Malaysia mempunyai Yang di Pertu...
Hadi Bandingkan Pengkritik Kerajaan Pn Dengan Tupai Dan Kera

Hadi Bandingkan Pengkritik Kerajaan Pn Dengan Tupai Dan Kera

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 299 hits
by on 7 16 2021 11 19 00 AmKetika kes jangkitan Covid 19 semakin membimbangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat terus istiqamah menulis menyerang pembangkang Menerusi Minda Presiden Pas yang dimuatnaik di Facebook rasminya h...
Ismail Sabri Dakwa 31 Mp Umno Bn Kekal Bersama Pn Sokong Tentukan Keabsahan Kerajaan Di Parlimen Nanti

Ismail Sabri Dakwa 31 Mp Umno Bn Kekal Bersama Pn Sokong Tentukan Keabsahan Kerajaan Di Parlimen Nanti

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 257 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa bahawa seramai 31 ahli parlimen UMNO dan BN akan tetap bersama dengan kerajaan dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di Pertuan Agong untuk menyokong tentukan keabsahan di Par...
Ismail Sabri Dakwa 31 Mp Bn Sokong Kerajaan Hingga September

Ismail Sabri Dakwa 31 Mp Bn Sokong Kerajaan Hingga September

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 245 hits
Malaysiakini Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendakwa seramai 31 anggota parlimen BN menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga parlimen bersidang September ini Pendirian kami adalah ahli parlimen junjung kasih dan junjung ...
Pas Perosak Imej Islam Dalam Negara Malaysia Dato Mahfuz Omar

Pas Perosak Imej Islam Dalam Negara Malaysia Dato Mahfuz Omar

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 257 hits
PEMBOHONG KUATLihatlah gelagat pimpinan Pas ketika ini Mereka menggunakan segala macam dalil untuk menghalalkan perkara yang mereka sendiri katakan salah ketika menjadi pembangkang dahulu
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh