65k Sektor Pks Hilang Pekerjaan Akibat Kelembapan Kerajaan Pn



Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi bantuan kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyebabkan pertumbuhan sektor itu merosot teruk pada tahun ini dan tahun lalu.
Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, Berdasarkan laporan terbaru yang dipaparkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pertumbuhan ekonomi untuk PKS telah menyusut sebanyak 7.30 % pada tahun 2020, berbanding penyusutan pertumbuhan negara sebanyak 5.6% dan kategori bukan PKS iaitu 4.6%, yang akan menjejaskan ekonomi Malaysia kerana PKS merupakan industri menyumbang kepada hampir 50% pekerjaan.
“Kegagalan Kerajaan PN menghulurkan bantuan yang berkesan dan tepat menyebabkan berlaku gelombang penutupan PKS dan kadar pengangguran melambung tinggi.
“Dalam 15 tahun kebelakangan ini, pertumbuhan PKS lebih tinggi berbanding kategori bukan PKS kecuali pada tahun 2020. Penyusutan yang mendadak tersebut adalah satu amaran penting untuk kita.
“Menggunakan 1.15 juta PKS di negara kita pada tahun 2020 sebagai kiraan, ia bermaksud pendapatan setiap PKS telah menurun sebanyak RM 35,000 secara purata.
“Antaranya, PKS bidang pembinaan dan perkhidmatan paling teruk terjejas dengan penyusutan nilai keluaran sebanyak 15.4% dan 9.2%,” katanya.
Bagi Adun Semambu itu, meskipun sumbangan PKS dari segi pendapatan negara tidak sebanyak firma besar atau pelaburan langsung asing, namun PKS adalah sumber utama pekerjaan dan pendapatan kebanyakan rakyat.
Katanya, walaupun PKS hanya menyumbangkan 39% daripada keseluruhan Keluaran dalam Negeri Kasar (KDNK), tetapi ia merupakan 99% daripada keseluruhan perusahaan di negara ini dan 48.8% tenaga kerja adalah dalam sektor PKS.
“Kesan pandemik Covid-19 pada tahun 2020 telah menyebabkan jumlah pekerja yang diambil PKS mencatat penyusutan pertama kali sejak beberapa tahun, dengan pengurangan sebanyak 65,000 orang tenaga kerja,” katanya.
Tambah Lee, Kerajaan Perikatan Nasional terkhilaf kerana mengabaikan kelangsungan PKS dengan memberi tekanan membabi buta, mengklasifikasikan sektor yang boleh beroperasi mengikut sektor perlu dan tidak perlu. Tindakan tersebut, katanya menyebabkan PKS enggan mengambil pekerja baharu dan meledakkan kadar pengangguran
Kata beliau, sepanjang tempoh pandemik, rakyat hanya melihat Menteri Perdagangan dan Industri Azmin Ali lebih sibuk menarik pelaburan asing dan membuka pintu belakang untuk firma besar daripada menjengok nasib usahawan PKS.
“Sekatan terhadap sektor ekonomi yang telah beberapa kali dibuka dan ditutup dalam tempoh dan hanya disedari oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Wan Junaidi dengan mengeluarkan kenyataan berkaitan PKS pada 28 Julai lalu. Tidakkah ia membuktikan bahawa Kerajaan PN hanya mementingkan 1% firma besar berbanding dengan 99% PKS?
“Ketidakberdayaan PKS dalam memerangi pandemik ini, termasuk dengan amalan dua darjat yang berlaku di kalangan pegawai penguatkuasa undang-undang, kesukaran dalam permohonan pinjaman pembiayaan dan sebagainya adalah realiti dan fakta yang terbuka dan diketahui semua,” katanya.
Menurut Lee lagi, pada awal bulan Jun, Persatuan Perusahaan Kecil dan Serdahana (SME Association) telah memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 40% PKS akan ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun sehingga ke hari ini, selain bantuan kewangan yang tidak seberapa dan penundaan pinjaman, Kerajaan PN masih juga tidak memberikan sebarang dasar atau pelan pemulihan untuk menyelamatkan PKS yang dalam keadaan nazak.
“Saya mencadang agar Kerajaan berhenti menentukan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi dengan perkhidmatan perlu dan tidak perlu.
“Sebaliknya, secara saintifik menggunakan data pandemik yang lalu untuk mengklasifikasikan sektor ekonomi berisiko tinggi dan rendah untuk menetapkan Prosedur Operasi Standard dan menentukan pengoperasian sesebuah sektor.
“Dalam situasi yang tertentu, Kerajaan tidak perlu untuk berpura-pura mereka maha mengetahui. Contohnya, pemilik kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai aksesori kereta pasti lebih berhati-hati dalam mencegah penularan wabak.
“Ini kerana, sekiranya penularan berlaku di premis mereka, pastinya akan menjejas reputasi yang akan menyebabkan penutupan atau kemuflisan pada bila-bila masa sahaja,” katanya.
Sehubungan itu, Lee mengusulkan agar Kerajaan segera menyediakan pelan dan peta pemulihan bagi setiap sektor PKS yang berbeza serta kemudahan dan bantuan yang boleh diberikan oleh Kerajaan.
Hal itu, katanya akan melindungi mata pencarian setiap orang.
“Sektor pembinaan, makanan dan minuman, perkhidmatan dan rekreasi serta sektor yang paling akhir dibenarkan beroperasi sepatutnya mendapatkan bantuan yang lebih besar.
“Kerajaan juga perlu membuat pindaan undang-undang untuk skim bekerja dari rumah, memudahcarakan dan mengurangkan karenah permohonan pinjaman dan bantuan, mengecualikan kos pendaftaran perniagaan dan lesen, menentukan sektor-sektor yang kemungkinan berkembang pesat selepas pandemik ini.
“Saya meragui bahawa pemulihan PKS tidak termasuk dalam agenda utama kabinet dan Majlis Pemulihan Negara. Di saat majoriti PKS di negara kita dan pekerja yang bergantung kepada PKS untuk mencari nafkah di tahap nyawa-nyawa ikan, rakyat pula melihat Kerajaan PN sibuk membuka dan menutup Parlimen untuk mengekalkan kuasanya,” sinis Lee lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32702

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Lembab Beri Bantuan Kepada Pks 65 000 Hilang Pekerjaan Keadilan

Kerajaan Pn Lembab Beri Bantuan Kepada Pks 65 000 Hilang Pekerjaan Keadilan

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 240 hits
Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional memberi bantuan kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana menyebabkan pertumbuhan sektor itu merosot teruk pada tahun ini dan tahun lalu Menurut Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung Berdasarkan ...
Hilang Kerja Tempat Tinggal Akibat Pkp

Hilang Kerja Tempat Tinggal Akibat Pkp

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 213 hits
Sebuah keluarga berjalan di tengah panas terik selepas diminta keluar dari rumah sewa PETALING JAYA Tiada pekerjaan dan hilang tempat tinggal disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Itulah dugaan yang terpaksa ditempuh sebuah keluarga dalam ...
Dakwaan Kerajaan Hilang Majoriti Hanya Diketahui September

Dakwaan Kerajaan Hilang Majoriti Hanya Diketahui September

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 222 hits
Pas menyifatkan dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah kehilangan majoriti akan dibuktikan di Dewan Rakyat pada September ini Timbalan Pengerusi Lajnah IT dan Data Raya Pas Pusat Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pelbagai pihak ...
Mahiaddin Sudah Hilang Moral Ketuai Kerajaan

Mahiaddin Sudah Hilang Moral Ketuai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 189 hits
1 Khamis 29hb July 2021 tarikh memalukan demokrasi berparlimen disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia Sepatutnya Parlimen menjadi medan terbaik ketika isu pelanggaran perlembagaan dibangkitkan oleh Tuanku YDPA sebagai Ketua Negara dan Ketu...
Anggota Dpr Kena Covid Difasilitasi Isolasi Di Hotel Pks Sebut Akibat Rs Penuh

Anggota Dpr Kena Covid Difasilitasi Isolasi Di Hotel Pks Sebut Akibat Rs Penuh

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 278 hits
Bukhori menyebutkan alasan lainnya isolasi di hotel itu diperlukan yakni karena RS sudah penuh
Akibat Tamak Kuasa Pas Berisiko Hilang Sokongan Kata Penganalisis

Akibat Tamak Kuasa Pas Berisiko Hilang Sokongan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 276 hits
July 31 2021 Pemimpin PAS Takiyuddin Hassan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengejutkan Dewan Rakyat pada Isnin dengan memberitahu bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan sejak 21 Julai PETALING JAYA PAS telah berubah daripada ...
Saya Sempat Ajar Ibu Mengucap Ibu Tunggal Temui Ajal Akibat Radang Paru Paru 5 Beradik Hilang Tempat Bergantung

Saya Sempat Ajar Ibu Mengucap Ibu Tunggal Temui Ajal Akibat Radang Paru Paru 5 Beradik Hilang Tempat Bergantung

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 284 hits
Lima beradik di Kampung Bukit Depu Terengganu dirundung kesedihan selepas ibu yang merupakan satu satunya tempat mereka bergantung hidup dan bermanja kini telah pergi buat selama lamanya Ibu menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan saya ...
Akibat Tebuk Atap Orang Kanan Azmin Dedah Rakyat Sudah Tidak Yakin Dengan Ahli Politik Kerajaan

Akibat Tebuk Atap Orang Kanan Azmin Dedah Rakyat Sudah Tidak Yakin Dengan Ahli Politik Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 184 hits
BAKAL MELINGKUP DI DUN SEBERANG JAYA KUBU KUAT PKR DI PENANGMenukar kepimpinan kerajaan bukanlah jalan penyelesaian terhadap segala masalah Malaysia pada ketika ini kerana ia tidak dapat membawa perubahan yang ketara Bagi ADUN Seberang Jaya...
Agong Sah Murka Mahiaddin Sah Derhaka Dan Pn Kini Sudah Hilang Muka Sebagai Kerajaan

Agong Sah Murka Mahiaddin Sah Derhaka Dan Pn Kini Sudah Hilang Muka Sebagai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 281 hits
Segala segalanya kini sudah terdedah dan terserlah tanpa dapat disembunyikan lagi Hakikat bahawa pembatalan darurat yang diumumkan Takiyuddin Hassan di Parlimen Isnin lalu dilakukan tanpa mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong terlebih dahu...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia