Kerajaan Pasukan Petugas Khas Mohon Saman Thomas Dibatal


freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-December 20, 2022 9:48 PM
Buku memoir kontroversi bekas peguam negara, Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’ diterbitkan pada Januari 2021.
KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat buku Tommy Thomas, meminta Mahkamah Tinggi membatalkan saman difailkan bekas peguam negara itu terhadap mereka.

Mereka berkata, saman itu bersifat melampau, remeh, menyakitkan hati dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Sebagai alternatif, defendan mahu mahkamah menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman itu bagi mengelak ketidakadilan.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan minggu lalu dan dilihat FMT, defendan juga meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan saman Thomas itu sementara menunggu permohonan untuk membatalkannya.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri, Shukor Mahmood, yang mengesahkan afidavit bagi menyokong permohonan itu, berkata pasukan petugas khas itu ditubuhkan untuk menjalankan kajian awal mengenai kandungan buku itu sebelum sebarang tindakan diambil.

Shukor berkata, beliau dinasihatkan kerajaan ada hak berbuat demikian kerana buku itu mempunyai kandungan berhubung “kebimbangan awam”, termasuk tuduhan campur tangan kehakiman oleh eksekutif, pendakwaan terpilih dan potensi kebocoran rahsia.

Katanya, walaupun Perdana Menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob meminta perkara itu disiasat pihak berkuasa berkaitan, tiada tindakan diambil setakat ini, sama ada terhadap cadangan dalam laporan itu atau Thomas sendiri.

Shukor berkata, saman yang difailkan Thomas tidak baik kerana ia dimulakan melalui writ dan bukannya saman pemula.

Permohonan itu ditetapkan untuk pengurusan kes di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada 13 Jan ini.

Thomas pada 27 Okt lalu memfailkan saman itu terhadap pasukan petugas khas dan kerajaan dengan mendakwa laporan siasatan berhubung memoirnya bertajuk “My Story: Justice In the Wilderness” melanggar undang-undang dan hak Perlembagaannya.

Saman itu difailkan Thomas yang memegang jawatan peguam negara antara Jun 2018 hingga Februari 2020, dengan menamakan Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Fong Joo Chung, enam ahli pasukan itu dan kerajaan sebagai defendan.

Selain Fong, ahli pasukan petugas itu adalah Hashim Paijan, Junaidah Kamaruddin, Jagjit Singh Bant Singh, Shaharudin Ali, K Balaguru, Farah Adura Hamidi dan Najib Surip.

Thomas memohon perisytiharan pasukan petugas khas itu adalah badan yang menyalahi undang-undang dan tidak mempunyai kuasa undang-undang bagi melaksanakan fungsi diberikan kerajaan.

Beliau juga mahu perisytiharan bahawa laporan dikatakan bertajuk “Laporan Pasukan Petugas Khas – Siasatan ke atas Dakwaan-dakwaan dalam Buku Bertajuk My Story: Justice in the Wilderness”, yang dikeluarkan pasukan petugas itu adalah dokumen tidak sah dan tidak dibenarkan oleh undang-undang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/kerajaan-pasukan-petugas-khas-mohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Setuju Beri Kgt Tambahan Khas Amp Bantuan Khas Kewangan Kepada 1 3 Juta Penjawat Awam

Kerajaan Setuju Beri Kgt Tambahan Khas Amp Bantuan Khas Kewangan Kepada 1 3 Juta Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 202 hits
Kerajaan bersetuju memberi Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada penjawat awam dari Gred 11 hingga 56 nbsp Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain itu juga kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kew...
Pemimpin Parti Nafi Khabar Angin Perubahan Dalam Kerajaan Sabah

Pemimpin Parti Nafi Khabar Angin Perubahan Dalam Kerajaan Sabah

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 236 hits
Presiden STAR Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak terlibat dalam sebarang plot dan khabar angin itu hanyalah satu provokasi KOTA KINABALU Pemimpin Warisan Parti Solidariti Tanah Airku dan Parti Bersatu Sabah menafikan mereka berpakat menj...
Rasta Sudan Ikrar Terus Lawan Tindakan Keras Kerajaan

Rasta Sudan Ikrar Terus Lawan Tindakan Keras Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 170 hits
ABDALLAH Ahmed dengan gaya rambut pilinannya sudah akur gaya hidupnya membawa masalah kepada dirinya di Sudan berkata golongan Rastafarian kini menjadi sasaran kembali Ahmed 31 telah bertahun tahun hidup dengan tradisi Rastafari yang m
Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek Naik Taraf Dan Bina Baharu Rompin

Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek Naik Taraf Dan Bina Baharu Rompin

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 258 hits
ROMPIN Kerajaan Persekutuan meluluskan tiga projek pembinaan baharu dan menaiktaraf infrastruktur melibatkan kos keseluruhan bernilai RM25 juta di sini Kesemua projek yang diluluskan ini melibatkan cadangan menaiktaraf jeti kargo di Kampung...
Arak Terbuka Kerajaan Ph Negeri Selangor

Arak Terbuka Kerajaan Ph Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 332 hits
Kerajaan Negeri PHAhli Parlimen PH PKRKini Menteri Kerajaan Tempatan DAP NG SZE HAN DAPAHLI DEWAN NEGERI EXCO KERAJAAN TEMPATAN PENGANGKUTAN AWAM
Takkan Benda Camni Nak Rakyat Ajar Netizen Tegur Fahmi Fadzil Biarkan Media Cipta Naratif Negatif Terhadap Kerajaan

Takkan Benda Camni Nak Rakyat Ajar Netizen Tegur Fahmi Fadzil Biarkan Media Cipta Naratif Negatif Terhadap Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 295 hits
The ReporterMedia massa merupakan medium terpenting dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat Kendatipun media sosial sudah menjadi medium nombor satu masyarakat namun masih ada masyarakat yang mengharapkan informasi yang benar ...
Mana Ada Kami Sorok Telur Persatuan Penternak Telur Ayam Mahu Kerajaan Hapuskan Harga Siling Subsidi Nampak Tak

Mana Ada Kami Sorok Telur Persatuan Penternak Telur Ayam Mahu Kerajaan Hapuskan Harga Siling Subsidi Nampak Tak

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 309 hits
The ReporterBeberapa hari lalu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu memaklumkan Kerajaan akan mengimport telur ayam dari luar bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan dalam negara Pengumuman itu menimbulkan banyak persoa...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion