Pemimpin Parti Nafi Khabar Angin Perubahan Dalam Kerajaan Sabah


 
Presiden STAR Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak terlibat dalam sebarang plot dan khabar angin itu hanyalah satu provokasi. (Gambar Bernama)KOTA KINABALU: Pemimpin Warisan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan mereka berpakat menjatuhkan kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memihak kepada gabungan diwakili parti politik tempatan.
Terdahulu semalam, satu mesej WhatsApp tular mendakwa Presiden Warisan Shafie Apdal akan dilantik sebagai ketua menteri yang baharu berikutan terdapat komplot untuk menjatuhkan Hajiji Noor.
Empat parti yang dikatakan terbabit ialah Warisan, PBS, STAR dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), yang secara kolektif digelar Blok Sabah.
Seorang pengguna Facebook “Tu Lah Tu” kemudian menyiarkan naratif yang lebih panjang di mana beliau menamakan Shafie, Presiden STAR Jeffrey Kitingan dan Pengerusi Barisan Nasional Sabah Bung Moktar Radin sebagai parti utama dalam apa yang dipanggil “Langkah Bukit Merah” bagi menjatuhkan kerajaan GRS- BN.
Bagaimanapun, khabar angin berkenaan segera dinafikan pemimpin parti politik yang dinamakan, dengan Kitingan memberitahu FMT bahawa khabar angin itu tidak benar.
“Semua khabar angin untuk menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Hajiji melalui gabungan Warisan, PBS, STAR dan Upko tidak lebih daripada provokasi,” katanya dalam mesej ringkas.
“Saya hanya tertanya-tanya siapa yang bermain (permainan ini) dan apakah motif mereka, kerana saya pastinya bukan sebahagian daripada permainan ini yang dimainkan oleh individu-individu ini – jika ia benar sama sekali.”
Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking turut menolak khabar angin itu, mengatakan ia adalah “hasil imaginasi orang ramai” di media sosial.
“Tiada perkara seperti itu. Bagaimana mereka boleh berfikir seperti itu di luar pengetahuan saya,” katanya.
Naib Presiden PBS Arthur Sen berkata ini bukan kali pertama naratif sebegitu tular di media sosial, sambil menambah beliau percaya ia dilakukan oleh pihak tertentu dengan harapan menggugat kestabilan kerajaan GRS-BN.
“Khabar angin ini timbul kerana terdesak. Mereka tidak menghiraukan rakyat yang memberi mandat kepada GRS dan BN untuk mentadbir Sabah pada pilihan raya negeri lalu.
“Saya percaya ia juga merupakan strategi pengekalan kerana ada khabar angin mengatakan beberapa Adun mereka bercadang untuk bertukar pihak kepada GRS atau BN tidak lama lagi.
“Memberitahu mereka bahawa presiden mereka akan menjadi ketua menteri boleh menawarkan mereka insentif untuk kekal,” katanya.
Reaksi warganet juga berbeza-beza dengan ada yang mahu parti tempatan Sabah bersatu seperti di Sarawak manakala yang lain menyindir ahli politik yang asyik berpolitik hingga mengabaikan isu yang menjejaskan kehidupan seharian rakyat. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/12/pemimpin-parti-nafi-khabar-angin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Sabah Lumpuh Hajiji Dan Pemimpin Lain Tinggalkan Parti

Bersatu Sabah Lumpuh Hajiji Dan Pemimpin Lain Tinggalkan Parti

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 317 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin kata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Hajiji Noor Menerusi kenyataan hari ini Hajiji berkata keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan...
Hajiji Umum Pemimpin Bersatu Sabah Keluar Parti Namun Kekal Bawah Grs

Hajiji Umum Pemimpin Bersatu Sabah Keluar Parti Namun Kekal Bawah Grs

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 396 hits
KOTA KINABALU Pemimpin BERSATU Sabah membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti itu namun kekal di bawah Gabungan Rakyat Sabah kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor Hajiji yang juga Pengerusi GRS be...
Tu Semua Dusta Tular Khabar Angin Bakal Berkahwin Hujung Tahun Shuib Nafi Amp Minta Hentikan Fitnah

Tu Semua Dusta Tular Khabar Angin Bakal Berkahwin Hujung Tahun Shuib Nafi Amp Minta Hentikan Fitnah

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 211 hits
Apabila disoal mengenai khabar angin bakal berkahwin tidak lama lagi oleh rakan penyampai radio Shuib Sepahtu sememangnya rasa terkejut dan menafikan dakwaan tersebut Melalui laporan Harian Metro Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad...
Gps Mungkin Jadi Sebahagian Kerajaan Perpaduan Kata Pemimpin

Gps Mungkin Jadi Sebahagian Kerajaan Perpaduan Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 212 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pemimpin Gabungan Parti Sarawak menyambut baik pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia ke 10 Saya gembira kebuntuan telah berakhir kata Abdul Karim Rahman Hamzah Saya harap kerajaan bahar...
Semua Adun Ahli Bersatu Sabah Keluar Parti Sokong Anwar

Semua Adun Ahli Bersatu Sabah Keluar Parti Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 241 hits
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datuk S
7 Menteri Dari Sabah Sarawak Dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

7 Menteri Dari Sabah Sarawak Dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 334 hits
7 menteri dari Sabah Sarawak dalam Kabinet kerajaan perpaduan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Dec 2022 11 16
Mb Kerajaan Dap Umno Pula Cuba Tipu Rakyat Perak Akar Umbi Parti

Mb Kerajaan Dap Umno Pula Cuba Tipu Rakyat Perak Akar Umbi Parti

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 210 hits
agendaily com27 11 2022ADUN Kota Tampan Datuk Haji Saarani Mohamad gembila mendapat kerusi Menteri Besar kerajaan DAP UMNO Perak Menteri Besar kerajaan DAP UMNO Datuk Seri Haji Saarani Mohamad mendakwa beliau terpaksa membentuk kerajaan neg...
Presiden Mca Wee Ka Siong Nafi Jumpa Ismail Bn Dan Pemimpin Pas

Presiden Mca Wee Ka Siong Nafi Jumpa Ismail Bn Dan Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 251 hits
Robin Augustin dan Danial AzharDalam hantaran tular di Twitter pertemuan antara pemimpin BN dan PAS dikatakan berlangsung di Tropicana Golf Country Resort semalam Dari kiri Annuar Musa tiba bersama Takiyuddin Hassan diikuti Ismail Sabri Yaa...
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447h 2025m

Menegurlah Dengan Hikmah

Cekodok Pisang Buat Nellisa

Buasir Otak Tv Bila Orang Cakap Tengah Fokus Buat Kerja

Tinjauan Menunjukkan 95 Rakyat Malaysia Utamakan Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan

Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Sumbangan Asas Rahmah Rm100

Nora Danish Dikaitkan Dengan Mickey Ayo Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Has Mmc Ports Ipo Stalled As Investors Push Back On Sky High Valuation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Standing Out In A Crowded Market

Salam Maulidurrasul

Rafizi Elit Politik Malaysia Perlu Muhasabah Dari Insiden Di Indonesia

Dua Kanak Kanak Lemas Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan

Datuk Zaharil Dimasukkan Ke Hospital Akibat Serangan Jantung

Thomas Arya Izinkan Ku Menyintamu Chord