Kerajaan Pas Perlu Siasat Pihak Bersalah Banjir Baling




Kerajaan Pas perlu siasat pihak bersalah banjir BalingPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 12, 2022 ShareKerajaan Pas Kedah dinasihatkan agar segera menjalankan siasatan dan mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab sehingga terjadinya banjir besar di Kampung Ibol, Kupang, Baling baru baru ini.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, sikap pemimpin Pas yang menunding jari mencari kesalahan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan sebelum ini tidak akan menyelesaikan masalah pada waktu mereka mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan penuh.
“Pertama, kena pasti siapa yang bertanggungjawab. Selepas kenal pasti kena ambil tindakan. Kalau kenal pasti tak ambil tindakan tak guna juga.
“Bukan menunding jari kepada sesiapa. Sebab mana mana kerajaan yang memerintah tak boleh toleh ke belakang. Tuduh orang itu, orang ini. Kamu yang memerintah kamu kena ambil tindakan, ada penguatkuasaan.
Panggil Pejabat Hutan, panggil Pejabat Tanah. Kalau sekiranya perusahaan Musang King menjadi masalah selesaikan masalah itu,” katanya kepada Suara Keadilan.
Johari berkata, pihak pembangkang Kedah bukan mengkritik secara membuta tuli berkenaan banjir tersebut atau mahu semua pokok durian Musang King ditebang tetapi pembangkang mahu melihat penyelesaian secara tuntas dilaksanakan.
“Bukan suruh cabut semua pokok durian. Kalau air (takungan) yang masalah, tengok masalahnya, adakah cara takungan air tidak betul? Maknanya kita melihat masalah, selesaikan masalah itu. Orang kampung tidak mengalami masalah. Syarikat yang tanam modal (Musang King) tidak mengalami masalah. Tetapi kena kenal pasti apakah isu sebenarnya.
“Saya ingat itu lebih logik dan matang daripada tuduh orang itu, ini tetapi tidak buat apa apa tindakan.
“Ini kali kedua (Kedah dilanda musibah), kali pertama di Yan (kepala air) dan selesaikan masalah itu. Jadi tak payah nak ulangi kekalutan seolah olah kita tak pernah lalui,” katanya.
ADUN Gurun itu juga menegur sikap kerajaan Pas Kedah yang masih berteka teki mengenai nasib mangsa banjir yang rumah mereka dihanyutkan arus
Johari berkata, kerajaan Kedah harus menyediakan rumah ganti kepada mangsa dan oleh kerana mereka menumpang tanah rizab sungai maka perlu Kerajaan Negeri menyediakan tanah kerajaan sebagai tapak baharu.
“Mereka ini sama ada duduk di atas rizab sungai atau bukan mereka adalah mangsa. Saya cadangkan kepada MB ambil tindakan serta merta untuk buat penempatan semula.
“Cari tempat tanah kerajaan, ubah syarat supaya mereka ini duduk di tempat yang selamat. Kalau perlu anugerah tanah maka anugerahkan tanah. Sebab saya difahamkan 13 rumah hilang atau musnah teruk.
“Kedua, bina semula rumah mereka. Mereka bukan minta banglo. Saya pasti Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan. Tak kan satu rumah sekitar RM45,000 tak boleh buat. Tak sampai 20 orang terlibat yang mengalami kemusnahan total atau separuh musnah ini,” katanya lagi.
Selian itu, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani mahu kerajaan Pas mendedahkan semua perkara yang melibatkan penanaman Musang King di hutan Gunung Inas tanpa memilih bulu sekiranya Kerajaan Negeri benar benar prihatin nasib rakyat dan tidak mahu bencana sama berulang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/kerajaan-pas-perlu-siasat-pihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Segera Punca Bencana Banjir Baling

Siasat Segera Punca Bencana Banjir Baling

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 267 hits
Siasat segera punca bencana banjir BalingPosted By on July 15 2022Kerajaan Pas Kedah perlu menyegerakan siasatan ke atas pihak yang menyebabkan berlakunya tragedi banjir kepala air di kampung Ibol Kupang Baling baru baru ini bukan sekadar m...
Banjir Baling Pegawai Kerajaan Jangan Takut Tekanan Politik

Banjir Baling Pegawai Kerajaan Jangan Takut Tekanan Politik

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 194 hits
Banjir Baling Pegawai kerajaan jangan takut tekanan politikPosted By on July 13 2022Peristiwa banjir besar di Kampung Ibol Kupang Baling Kedah genap seminggu berlaku namun puncanya masih tidak disahkan manakala Jabatan Mineral dan Geosains ...
Bagi Pihak Kerajaan Negeri Saya Mohon Maaf Kepada Mangsa Banjir Tapi Tak Bermaksud Saya Akui Kesilapan Sanusi

Bagi Pihak Kerajaan Negeri Saya Mohon Maaf Kepada Mangsa Banjir Tapi Tak Bermaksud Saya Akui Kesilapan Sanusi

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 224 hits
Bagi pihak kerajaan negeri saya mohon maaf kepada mangsa banjir tapi tak bermaksud saya akui kesilapan SanusiFoto Media MuliaMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam secara terbuka memohon maaf kepada semua penduduk yang terjejas ...
Banjir Di Baling Tiga Sekeluarga Termasuk Wanita Hamil Dikhuatiri Hilang

Banjir Di Baling Tiga Sekeluarga Termasuk Wanita Hamil Dikhuatiri Hilang

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 244 hits
Sumber Gambar BERNAMA BALING Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi Kupang di sini petang semalam Abd R...
Projek Ladang Durian Musang King Punca Banjir Di Baling Penduduk

Projek Ladang Durian Musang King Punca Banjir Di Baling Penduduk

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 374 hits
Hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak jam 2 petang semalam telah menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk di Baling Media melaporkan setakat ini bencana banjir yang berlaku membabitkan sembilan buah kampu...
Banjir Polis Perhebat Usaha Cari Tiga Mangsa Hilang Di Baling

Banjir Polis Perhebat Usaha Cari Tiga Mangsa Hilang Di Baling

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 180 hits
Polis sahkan menerima satu laporan berhubung kehilangan tiga invidu susulan bencana banjir dan kepala air di Kampung Iboi Kupang Baling Kedah Serentak itu kata Ketua Polis Daerah Baling Superitenden Shamsudin Mamat berkata pihaknya menggera...
Hujan 3 Jam 2 Kampung Di Baling Banjir

Hujan 3 Jam 2 Kampung Di Baling Banjir

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 277 hits
Hujan lebat petang tadi menyebabkan dua kampung di Baling dilanda banjir BALING Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan dua kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang dilanda banjir petang tadi Pegawai Pe...
Cubaan Sabotaj Dan Burukan Kerajaan Pas Kedah

Cubaan Sabotaj Dan Burukan Kerajaan Pas Kedah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 222 hits
Mungkin kerana cemburu ladang durian terbesar dunia melebihi 30 ribu ekar di Kedah dikatakan punca banjir di Baling
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid