Kerajaan Jimat Rm5 Bilion Hasil Penyasaran Semula Subsidi Diesel Mof


Kerajaan Jimat RM5 Bilion Hasil Penyasaran Semula Subsidi Diesel – MoF
KUALA LUMPUR (Bernama) — Kerajaan telah menjimatkan sekitar RM5 bilion setahun melalui penyasaran semula subsidi diesel di bawah Program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) sejak ia mula dilaksanakan pada 10 Jun 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
MoF berkata, penjimatan ini telah mengurangkan tekanan terhadap fiskal negara serta membolehkan dana disalurkan semula bagi tujuan yang lebih produktif, termasuk memperkukuh jaringan keselamatan sosial rakyat.
“Antara langkah proaktif Kerajaan adalah menambah baik bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dengan meningkatkan peruntukan kepada RM13 bilion di bawah Belanjawan 2025, berbanding RM10 bilion ringgit pada tahun sebelumnya dan seterusnya kepada RM15 bilion melalui inisiatif Penghargaan SARA.
“Hasil penjimatan juga digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan yang dapat meningkatkan kapasiti produktif negara,” kata MoF menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen, semalam. Selain itu, MoF memaklumkan bahawa lebih 140,000 penerima BUDI Individu dan 180,000 penerima BUDI Agri-Komoditi telah diluluskan, dengan jumlah bayaran masing-masing sebanyak RM430 juta dan RM350 juta.
Bagi segmen kenderaan pengangkutan darat barangan di bawah Program BUDI MySubsidi Diesel, setakat 30 Sept 2025, MoF berkata sejumlah 121,618 syarikat melibatkan 355,074 kenderaan telah diluluskan bagi kemudahan penggunaan “fleet card”.
Langkah ini membolehkan kenderaan berkenaan mendapatkan bekalan diesel pada harga RM2.15 seliter selain memastikan kos operasi sektor logistik tidak meningkat secara mendadak dan harga barangan keperluan kekal berpatutan.
MoF berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang ingin mengetahui keberkesanan penyasaran subsidi petrol dan diesel dalam mengurangkan ketirisan serta beban fiskal negara.
Selain itu, melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUD195) yang mula dilaksanakan pada September lepas, MoF berkata lebih 12.4 juta warganegara daripada 16.5 juta yang layak telah menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter, melibatkan nilai jualan melebihi RM1.85 bilion atau penggunaan lebih 930 juta liter setakat 21 Okt, 2025.
Sementara itu, Kementerian Ekonomi dalam jawapan bertulis yang sama memaklumkan bahawa untuk pengagihan subsidi bersasar petrol RON95, Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan salah satu pangkalan data rujukan bagi tujuan pengesahan oleh pihak MoF.
“Berdasarkan data yang tersedia, kerajaan boleh mengenal pasti program intervensi sosioekonomi untuk kumpulan sasar tertentu. Dalam hal ini, PADU boleh dimanfaatkan sebagai pangkalan data yang menjadi rujukan oleh agensi kerajaan berkaitan,” kata kementerian berkenaan.
BACA: Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun 4 Sen
Sumber: BERNAMA
The post Kerajaan Jimat RM5 Bilion Hasil Penyasaran Semula Subsidi Diesel – MoF appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/23/kerajaan-jimat-rm5-bilion-hasil-penyasaran-semula-subsidi-diesel-mof/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 206 hits
LIPIS Kerajaan negeri optimis mampu mencapai kutipan hasil melebihi RM1 bilion tahun ini ekoran kutipannya setakat ini telah mencecah RM950 juta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pencapaian tersebut dapat mengekalkan pre...
Tiada Kompromi Lawan Rasuah Rm15 5 Bilion Hasil Negara Dikembalikan Pm Anwar

Tiada Kompromi Lawan Rasuah Rm15 5 Bilion Hasil Negara Dikembalikan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 124 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk terus membersihkan negara daripada rasuah penyelewengan dan kegiatan kartel susulan kejayaan penguatkuasaan tegas yang berjaya mengembalikan hasil negara mencecah R...
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 107 hits
KUANTAN nbsp Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang merupakan pasukan penguatkuasaan bersepadu pertama di negara ini yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan mencegah kehilangan dan ketirisan hasil Kerajaan Negeri Pahang Ditubuhkan pada 9 Oktobe...
Rm1 Bilion Subsidi Ayam Kepada Kartel Disalur Kembali Kepada Rakyat Pm Anwar

Rm1 Bilion Subsidi Ayam Kepada Kartel Disalur Kembali Kepada Rakyat Pm Anwar

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 95 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Melaka di Politeknik Merlimau Jasin pada 19 Oktober 2025 Foto Abdul Razak Abdul RahmanJASIN 19 Okt Setelah sekian lama kartel bermaharajalela menerima manf...
Subsidi Rm1 2 Bilion Komitmen Stabilkan Bekalan Elektrik Sabah

Subsidi Rm1 2 Bilion Komitmen Stabilkan Bekalan Elektrik Sabah

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 123 hits
Peruntukan diumum Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika bentang Belanjawan 2026 amat penting bagi menyelesaikan isu itu bersama kerajaan Sabah Subsidi RM1 2 bilion bagi menstabilan bekalan elektrik di Sabah menggambarkan komitmen keprihatina...
Penyeludupan Kerajaan Pusat Lulus Rm1 5 Bilion Bina Tembok Sempadan

Penyeludupan Kerajaan Pusat Lulus Rm1 5 Bilion Bina Tembok Sempadan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 87 hits
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara baru baru ini KOTA BHARU 21 Okt Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan RM1 5 bilion bagi pembinaan tembok sempadan di Kelantan T...
Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi Rm5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi Rm5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 126 hits
KUANTAN Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur berjaya memacu pelaburan direalisasi sebanyak RM5 bilion dan pelaburan komited RM3 9 bilion bagi negeri Pahang dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini Menteri Besar Pahang Datuk ...
Terima Lebih Rm1 8 Bilion Miti Fokus Transformasi Industri Pks Dan Rakyat

Terima Lebih Rm1 8 Bilion Miti Fokus Transformasi Industri Pks Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 186 hits
Terima Lebih RM1 8 Bilion MITI Fokus Transformasi Industri PKS Dan Rakyat Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri menyambut baik peruntukan sebanyak RM1 898 bilion untuk MITI bagi tahun 2026 selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk...
Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

Guan Eng Has Last Laugh As Pmx Turns Villain After Chinese School Halls Exempted From Alcohol Ban

Umno Youth Is Alcohol Good For People Now Putrajaya

Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar

2 Beranak Dibunuh Suspek Utama Warga Nepal Direman

Sprm Siasat Harta Harta Datuk Seri Adlan Berhan Di Luar Negara

7 Tip Pandu Kereta Ketika Jalan Raya Sesak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Lemak Ikan Siakap

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Alpha Bujang Chord

Bila Perut Tak Tenang

Cotton Candy Dreams A 1977 Harley Shovelhead Chopper From Wales

Perdana Menteri Disenangi