Kerajaan Lulus Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim


Adie Sufian Zulkefli
Selain pembinaan lapangan terbang dan landasan utama, komponen KXP turut membabitkan pembangunan Taman Aeropolis Sidam dan pembinaan lebuh raya baharu. -Gambar hiasan/ Reuters ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan sekali lagi meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) selepas kajian mendapati Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka tidak mampu menampung pertambahan penumpang pada masa hadapan
 Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata LTAPP ketika ini hanya memiliki landasan tunggal yang mampu menampung kapasiti maksimum 12 juta penumpang setahun.
 "Ketika ini LTAPP merekodkan tujuh juta penumpang setahun dan jumlah itu dijangka meningkat sebaik (krisis) penularan wabak COVID-19 tamat atau selepas 2022
 "Projek KXP yang diluluskan kerajaan dirancang mempunyai empat landasan menerusi projek jangka panjang sehingga tahun 2050
 "Mengikut perancangan, KXP akan mempunyai empat landasan. Pembinaan landasan pertama dan kedua akan dilakukan dalam fasa pertama dan kedua, manakala dua lagi landasan akan dibina menjelag 2050," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini
 Beliau berkata, semalam Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) meluluskan pembinaan KXP untuk kali pertama sejak rancangan itu dikemukakan pada 2014
 Projek pembinaan itu pernah diluluskan kerajaan pada Mac 2019 lalu namun Kementerian Pengangkutan pada Ogos lalu mengumumkan penangguhan semua projek naik taraf dan pembinaan lapangan terbang baharu termasuk KXP
 Arahan penangguhan itu disebabkan kerajaan berhasrat mahu membuat pertimbangan semula selepas kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) dimuktamadkan pada 2023
 Bagaimanapun, Muhammad Sanusi kemudian mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Putrajaya, sebelum kedua-dua pihak setuju supaya kertas cadangan projek KXP dibentangkan semula pada mesyuarat MPFN
 Sementara itu, dalam sidang media hari ini, Muhammad Sanusi berkata, selepas ini, kerajaan negeri akan memulakan proses pengambilalihan tanah dan berusaha mendapatkan bantuan kewangan berjumlah RM2.5 bilion daripada kerajaan Pusat sebelum proses seterusnya dapat dilaksanakan
 Katanya, dengan kargo yang dikeluarkan dari Taman Perindustrian Tinggi Kulim dan taman semikonduktor baharu yang akan dibina berhampiran kawasan itu, KXP akan menjadi pencetus perubahan ekonomi kepada Kedah dengan Pulau Pinang, Perak dan Perlis turut mendapat manfaat
 Katanya, kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kedah juga dijangka mampu meningkat sehingga 4.6 peratus selepas KXP dibangunkan
 Beliau berkata, selain pembinaan lapangan terbang dan landasan utama, komponen KXP turut membabitkan pembangunan Taman Aeropolis Sidam dan pembinaan lebuh raya baharu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/kerajaan-lulus-pembinaan-lapangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Km P Pinang Persoal Kelulusan Lapangan Terbang Kulim

Km P Pinang Persoal Kelulusan Lapangan Terbang Kulim

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 305 hits
Kementerian Pengangkutan sebelum ini mengatakan kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara perlu disiap sebelum lapangan terbang boleh dibina
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 473 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Kerajaan Peruntuk Lebih Rm1 7 Bilion Bagi Perangi Covid 19 Kata Zafrul

Kerajaan Peruntuk Lebih Rm1 7 Bilion Bagi Perangi Covid 19 Kata Zafrul

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 261 hits
Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1 7 bilion untuk memerangi penularan Covid 19 yang disalurkan melalui 14 kementerian dan kerajaan negeri sejak Februari 2020 dan terus komited bagi memastikan barisan hadapan dan sistem kesihatan mempun...
Lebih Rm1 7 Billion Diperuntukkan Kerajaan Bagi Memerangi Penularan Covid 19

Lebih Rm1 7 Billion Diperuntukkan Kerajaan Bagi Memerangi Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 198 hits
Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1 7 bilion bagi memerangi penularan COVID 19 yang disalurkan melalui 14 kementerian dan kerajaan negeri sejak Februari lepas Ini termasuk RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia RM250 juta kepa...
Kerajaan Negeri Tidak Berhasrat Ambil Alih Perkhidmatan Feri Pp

Kerajaan Negeri Tidak Berhasrat Ambil Alih Perkhidmatan Feri Pp

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 306 hits
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 19 Oktober 2020Kerajaan Pulau Pinang tidak merancang untuk menguruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang kini diuruskan Rapid Ferry Sdn Bhd Gambar kecil Chow Kon YeowGEORGETOWN Kerajaan Pulau Pinang tidak meranca...
Kerajaan Selangor Akan Mula Menggunakan Dron Untuk Memantau Isu Pencemaran Sungai

Kerajaan Selangor Akan Mula Menggunakan Dron Untuk Memantau Isu Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 302 hits
Kebelakangan ini isu pencemaran sungai sering membelenggu penduduk negeri Selangor sehinggakan mereka terpaksa hidup tanpa bekalan air bersih untuk beberapa hari pada satu satu masa Terkini kerajaan tersebut dilihat akhirnya akan mengambil ...
Peralihan Kerajaan Berdasarkan Perlembagaan Seharusnya Dipercepatkan

Peralihan Kerajaan Berdasarkan Perlembagaan Seharusnya Dipercepatkan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 157 hits
Tidak pasti sama ada ia sesuatu yang akan berlaku atau cuma khabar angin tetapi ramai sekali bercakap mengenai rombakan kabinet sejak sehari dua ini Dikatakan rombakan kabinet itu akan dilakukan hari ini iaitu sehari sebelum MT UMNO mengada...
Rakyat Dah Muak Dengan Kerajaan Yang Hanya Jaga Kepentingan Sendiri Guan Eng

Rakyat Dah Muak Dengan Kerajaan Yang Hanya Jaga Kepentingan Sendiri Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 242 hits
Pada 20 Oktober 2020oleh PENTADBIRPerdana Menteri Muhyiddin Yassin digesa menunjukkan kepimpinan tegas dengan satu kenyataan yang jelas dan tanpa ragu ragu bahawa tidak akan ada rombakan Kabinet Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata lan...
Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan

Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 235 hits
BENTONG Kerajaan Negeri Pahang memohon pihak berkaitan untuk meneliti semula arahan penutupan Taman Negara Kuala Tahan kira kira 180 kilometer dari sini memandangkan negeri ini tidak terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan B...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign