Kerajaan Peruntuk Lebih Rm1 7 Bilion Bagi Perangi Covid 19 Kata Zafrul




Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1.7 bilion untuk memerangi penularan Covid-19 yang disalurkan melalui 14 kementerian dan kerajaan negeri sejak Februari 2020, dan terus komited bagi memastikan barisan hadapan dan sistem kesihatan mempunyai dana yang mencukupi untuk melindungi rakyat.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan tetap komited terhadap usaha menentang pandemik Covid-19 dan bersedia untuk menambah peruntukan, jika ada keperluan.
Daripada jumlah tersebut yang telah diperuntukkan setakat ini, katanya sebanyak RM1 bilion telah disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), RM250 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan RM247 juta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Kerajaan tidak teragak-agak untuk menambah peruntukan kewangan sekiranya perlu untuk berbuat demikian terutamanya bagi memenuhi keperluan petugas barisan hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Di saat gelombang terbaru Covid-19 melanda Sabah, katanya kerajaan, melalui KKM, telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM44 juta untuk mengukuhkan barisan hadapan kesihatan negeri.
“Ini meliputi penambahan peralatan perlindungan diri (PPE), bekalan perubatan, dan kelengkapan perubatan seperti katil pesakit serta alat bantuan pernafasan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada NADMA untuk menyokong usaha menangani penularan pandemik tersebut.
Katanya kedua-dua peruntukan tambahan ini selaras dengan komitmen untuk memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi peningkatan jangkitan Covid-19 di seluruh negara.
Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata kerajaan amat tersentuh dengan sokongan orang ramai, termasuk komuniti perniagaan, yang mendalami semangat #kitajagakita, melalui sumbangan derma berbentuk tunai, makanan, peralatan kesihatan dan pelbagai lagi bagi menangani pandemik Covid-19.
Katanya ini termasuk sumbangan kepada Tabung Covid-19 KKM yang telah diaktifkan semula pada 16 Okt lepas atas permintaan pelbagai pihak yang ingin membuat sumbangan tunai susulan peningkatan kes jangkitan baru-baru ini.
Beliau berkata tabung ini telah dilancarkan buat kali pertama dari 23 Mac hingga 31 Mei 2020.
“Tabung Covid-19 KKM adalah usaha kerajaan untuk memudahcara niat murni rakyat yang ingin memberikan sumbangan secara sukarela.
“Penyediaan saluran rasmi ini juga bertujuan mengurangkan risiko orang ramai ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus memastikan derma yang dihulurkan akan mencapai objektifnya,” katanya.
Secara keseluruhannya, katanya sejak Februari 2020, kerajaan telah menerima sejumlah RM44.7 juta dalam bentuk derma daripada pihak individu, perniagaan dan juga pelbagai organisasi.
“Dana ini hanya untuk kegunaan memerangi pandemik Covid-19, dan setakat ini, sebanyak RM33.1 juta telah digunakan untuk pembelian PPE dan kelengkapan perubatan yang dibekalkan kepada institusi kesihatan di seluruh negara,” katanya.
Tengku Zafrul turut menyeru kepada semua pihak agar bekerjasama dalam menangani kenyataan dan berita palsu serta mengelak daripada memberikan gambaran yang salah tentang keadaan semasa Covid-19 sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat.
“Apa yang lebih penting adalah untuk kita menumpukan perhatian kepada usaha melindungi nyawa, memastikan kelangsungan kehidupan, perniagaan dan ekonomi dalam norma baharu,” katanya.
#Sumber :  - Bernama  

MR :  Kesihatan memang memerlukan perbelanjaan besar apatah mengatasi wabak  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/kerajaan-peruntuk-lebih-rm17-bilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Rm1 7 Billion Diperuntukkan Kerajaan Bagi Memerangi Penularan Covid 19

Lebih Rm1 7 Billion Diperuntukkan Kerajaan Bagi Memerangi Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 164 hits
Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1 7 bilion bagi memerangi penularan COVID 19 yang disalurkan melalui 14 kementerian dan kerajaan negeri sejak Februari lepas Ini termasuk RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia RM250 juta kepa...
Kes Covid 19 Naik Salahkan Kerajaan Tersilap Langkah Kata Pakar

Kes Covid 19 Naik Salahkan Kerajaan Tersilap Langkah Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 242 hits
Dua kumpulan perubatan mengaitkan peningkatan kes Covid 19 baru baru ini dengan kegagalan kerajaan melaksana prosedur kuarantin secara ketat ke atas mereka yang pulang dari Sabah Jurucakap Persatuan Perubatan Malaysia dan Pusat Galen Untuk ...
Beri Kami Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Km Pulau Pinang Kepada Putrajaya

Beri Kami Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Km Pulau Pinang Kepada Putrajaya

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 218 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kerajaan persekutuan mesti memberikan ganjaran yang adil kepada negeri itu atas sumbangannya kepada KDNK GEORGE TOWN Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow meminta Putrajaya memperuntukkan ...
Benda Tu Nak Mai Nak Buat Macam Mana Kes Covid 19 Meningkat Mb Kedah Kata Tak Boleh Salahkan Kerajaan Negeri

Benda Tu Nak Mai Nak Buat Macam Mana Kes Covid 19 Meningkat Mb Kedah Kata Tak Boleh Salahkan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 426 hits
Benda tu nak mai nak buat macam mana Kes Covid 19 meningkat MB Kedah kata tak boleh salahkan kerajaan negeriKedah semalam mencatatkan 153 kes baharu positif Covid 19 yang kebanyakannya dikesan di penjara Alor Setar Bagi Menteri Besar Kedah ...
Seluruh Kerajaan Kit Siang Seru Wakil Rakyat Bersatu Perangi Covid 19

Seluruh Kerajaan Kit Siang Seru Wakil Rakyat Bersatu Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 190 hits
Lim Kit Siang mengulas titah Al Sultan Abdullah Ri yatuddin Al Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 25 Okt Lim Kit Siang menggesa kesemua ahli parlimen bersatu dalam usa...
Kerajaan Lembab Lebih 2 000 Permohonan Bantuan Jkm Tergantung

Kerajaan Lembab Lebih 2 000 Permohonan Bantuan Jkm Tergantung

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 377 hits
Laporan mengenai 2 000 permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tergantung tanpa keputusan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu amat mengejutkan Menurut Ahli Parlimen Batu P Prabakaran hal itu sewajarnya disel...
Muhyiddin Dua Kali Kena Kuarantin Menteri Menteri Pula Dijangkiti Covid Adakah Ini Petanda Tidak Baik Untuk Kerajaan

Muhyiddin Dua Kali Kena Kuarantin Menteri Menteri Pula Dijangkiti Covid Adakah Ini Petanda Tidak Baik Untuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 257 hits
Bukan sesuatu yang biasa bila seseorang itu kena kuarantin sebanyak dua kali apa lagi kalau ia melibatkan Perdana Menteri Rasanya sepanjang pandemik Covid 19 ini melanda dunia baik di penjuru negara mana sekali pun tidak ada sesiapa pernah ...
Putrajaya Perlu Hantar Bantuan Besar Besaran Ke Sabah Elak Kesan Buruk Covid 19 Kata Mma

Putrajaya Perlu Hantar Bantuan Besar Besaran Ke Sabah Elak Kesan Buruk Covid 19 Kata Mma

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 260 hits
Rakyat Malaysia harus bersatu dalam usaha memerangi wabak Covid 19 terutamanya untuk penduduk Sabah
Covid 19 Sekolah Tempat Lebih Selamat Timb Menteri

Covid 19 Sekolah Tempat Lebih Selamat Timb Menteri

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 300 hits
Sekolah masih dianggap sebagai kawasan selamat untuk pelajar justeru kerajaan tiada cadangan untuk menutupnya kecuali bagi lokasi yang mencatat kes positif Covid 19 more Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata sekolah melaks...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun