Kerajaan Negeri Tidak Berhasrat Ambil Alih Perkhidmatan Feri Pp


 


SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 19 Oktober 2020


Kerajaan Pulau Pinang tidak merancang untuk menguruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang kini diuruskan Rapid Ferry Sdn Bhd (Rapid Ferry). Gambar kecil: Chow Kon Yeow
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak merancang untuk menguruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang kini diuruskan Rapid Ferry Sdn Bhd (Rapid Ferry).
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sebelum ini terdapat cadangan pengoperasian feri oleh Penang Port Sdn Bhd, namun ia belum diputuskan lagi.
"Setakat ini, kerajaan negeri tiada perancangan untuk menguruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang buat masa ini dilaksanakan oleh Rapid Ferry Sdn Bhd.
"Semasa perjumpaan bersama Kementerian Pengangkutan pada 27 Ogos lalu, kerajaan negeri dimaklumkan mengenai cadangan pengoperasian feri oleh pihak Penang Port Sdn Bhd. Bagaimanapun, cadangan itu masih belum dimuktamadkan oleh pihak kementerian," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tadi.
Kon Yeow (DAP- Padang Kota) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Goh Choon Aik (PKR- Bukit Tambun) mengenai hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan Rapid Ferry.
Terdahulu, Exco Pengangkutan dan Infrastruktur, Zairil Khir Johari memaklumkan bahawa melalui perbincangan antara kerajaan negeri dan Kementerian Pengangkutan pada 27 Ogos lalu, difahamkan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan memulakan proses pengambilalihan semula pengurusan perkhidmatan feri daripada Rapid Ferry.
Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memohon kementerian untuk mengemukakan pelan perancangan keseluruhan bagi kerja-kerja naik taraf serta pengoperasian feri-feri baharu kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.
Ia kerana feri merupakan perkhidmatan ikonik dan mod pengangkutan awam yang penting kepada seluruh rakyat negeri ini sejak tahun 1894.
Susulan daripada itu, Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri setelah model perniagaan perkhidmatan feri yang akan disediakan PPSB mendapat persetujuan kerajaan Persekutuan.
Perkhidmatan feri di Pulau Pinang diambil alih secara rasminya oleh anak syarikat Prasarana Berhad, Syarikat Rapid Ferry Sdn Bhd pada April 2018.
Sebelum ini, perkhidmatan feri dikendalikan Penang Port Sdn Bhd sejak operasi Pelabuhan Pulau Pinang dikorporatkan pada Januari 1994.
Ia selaras dengan keputusan kerajaan Pusat sebelum ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan salah satu ikon Pulau Pinang itu.
Pengambilalihan itu dibuat selaras untuk menyediakan perkhidmatan lebih cekap oleh pengangkutan awam itu yang sering mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.
Kredit Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/kerajaan-negeri-tidak-berhasrat-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Kerajaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Jawatan Kosong Kerajaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 545 hits
Jawatan Kosong Kerajaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Minima PMR PT3 SRP Maklumat Jawatan Berikut Pembantu Awam H11Jawatan Tetap Seluruh Negeri1 156 KekosonganGaji RM1 218 00 RM2 939 00Pelbagai Kementerian Jangan lepaskan peluang keemasan i...
Kerajaan Sabah Mohon Pkpb Seluruh Negeri Dilanjutkan

Kerajaan Sabah Mohon Pkpb Seluruh Negeri Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 398 hits
KOTA KINABALU 23 OKT Kerajaan negeri Sabah telah memohon kepada Majlis Keselamatan Negara agar Perintah Kawalan Bersyarat di seluruh negeri itu yang dijadualkan tamat Isnin ini dilanjutkan Bercakap pada sidang media di sini malam ini Menter...
Benda Tu Nak Mai Nak Buat Macam Mana Kes Covid 19 Meningkat Mb Kedah Kata Tak Boleh Salahkan Kerajaan Negeri

Benda Tu Nak Mai Nak Buat Macam Mana Kes Covid 19 Meningkat Mb Kedah Kata Tak Boleh Salahkan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 473 hits
Benda tu nak mai nak buat macam mana Kes Covid 19 meningkat MB Kedah kata tak boleh salahkan kerajaan negeriKedah semalam mencatatkan 153 kes baharu positif Covid 19 yang kebanyakannya dikesan di penjara Alor Setar Bagi Menteri Besar Kedah ...
Dap Johor Terkejut Dakwaan Dipelawa Kerjasama Ph Umno Bentuk Kerajaan Negeri

Dap Johor Terkejut Dakwaan Dipelawa Kerjasama Ph Umno Bentuk Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR DAP Johor mendakwa terkilan dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama Pakatan Harapan dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan negeri sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional Menurut DAP...
Agong Ambil Alih Pentadbiran Kerajaan Jika Darurat Politik Dilaksana

Agong Ambil Alih Pentadbiran Kerajaan Jika Darurat Politik Dilaksana

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 435 hits
Hayati Ibrahim dan Suraya Roslan Yusmizal Dolah Aling dan Ekhwan Haque Fazlul Haqueam hmetro com myAl Sultan Abdullah FOTO Ihsan Jabatan Penerangan Kuala Lumpur Pelaksanaan darurat politik di negara ini memberi kuasa kepada Yang di Pertuan ...
Kerajaan Umumkan Penutupan Semua Sekolah Di Negeri Sabah

Kerajaan Umumkan Penutupan Semua Sekolah Di Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 303 hits
Kerajaan baru sahaja mengumumkan dimana penutupan semua sekolah di seluruh negeri Sabah berikuti kes jangkitan dan kes positif COVID 19 masih menunjukkan peningkatan Pengumuman ini telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui k...
Lama Kumpul Dana Budak Hidap Jantung Berlubang Dibantu Kerajaan Negeri

Lama Kumpul Dana Budak Hidap Jantung Berlubang Dibantu Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 202 hits
Sinar baru bakal tiba buat adik Muhammad Haiqal Huzaimi Norsyam yang menghidap jantung berlubang apabila kerajaan negeri Pahang menghulurkan sumbangan bagi membiayai pembedahan tidak lama lagi Menurut laporan Harian Metro bapa Haiqal iaitu ...
Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan

Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 239 hits
BENTONG Kerajaan Negeri Pahang memohon pihak berkaitan untuk meneliti semula arahan penutupan Taman Negara Kuala Tahan kira kira 180 kilometer dari sini memandangkan negeri ini tidak terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan B...
Anwar Tidak Punya Apa Apa Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Jadi Jangan Meroyan La Hantu

Anwar Tidak Punya Apa Apa Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Jadi Jangan Meroyan La Hantu

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 293 hits
YOB BMO INI REAL BUKAN TIPU BUKAN JAJA MACAM HANTU GIGI MELOLONG BILA TAK DAPAT TUAN BARU INI CERITA BENAR NEGERI MELAYU GUNA KERETA IMPORT LEBIH MELAYU DARI MELAYU SELAMAT MENUNGGANG TAKDIRRRRRNEGERI MISKIN CITA CITA TINGGI BIAR NAMPAK BER...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Syukur Sabah Permohonan Semakan Status Bayaran

Wan Razali Penjenamaan Semula Projek Perumahan Rakyat Termiskin Apa Manfaat Kepada Rakyat

Piala Malaysia Main Sini Stadium Darul Makmur Dicadang Jadi Venue Lepas Ura Ura Tok Gajah Bakal Terkubur

Event Report 5 Customs From The Las Vegas One Motorcycle Show

Makan Nasi Lemak Burung Hantu

Hadiah Top Komentator Dari Kak Mulan