Kerajaan Komited Pastikan Tiada Yang Kembali Bergelandangan Annuar Musa


KUALA LUMPUR, 18 Jun  — Kerajaan akan memastikan setiap bantuan dan program sokongan kepada golongan gelandangan dibuat secara berkesan agar tiada yang kembali hidup sedemikian, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata perkara itu merupakan antara fokus utama yang diusahakan kementerian agar tiada masyarakat yang menjadikan gelandangan sebagai budaya hidup.
“Kerajaan percaya setiap individu punyai potensi untuk maju. Saya juga harap jika ada yang berniat datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan datanglah terus kepada kita (kementerian). Usahlah pilih untuk hidup bergelandangan.
“Mereka yang niat cari kerja di KL, disyorkan datang terus ke Jabatan Tenaga Kerja atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dianggarkan hampir 1,000 peluang pekerjaan diwujudkan secara segera bagi mereka yang sedang mencari kerja,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu Annuar melakukan ‘flag off’ pada majlis penghantaran lebih 200 gelandangan untuk mengikuti Latihan Khas di Kem PLKN, Sepang serta pemulihan dan bimbingan di Drug Intervention Community, Kuantan Pahang yang berlepas menaiki tujuh buah bas dari Pusat Transit Gelandangan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Annuar berkata golongan gelandangan juga bukan diambil bekerja ‘begitu’ sahaja, namun turut diberikan latihan serta pembangunan diri termasuk daripada aspek pengukuhan psikologi untuk meningkatkan potensi diri agar berjaya keluar dari kehidupan ‘lama’ secara kekal.
Kementerian turut mempunyai pelbagai perancangan lain lagi antaranya membuka peluang perniagaan kepada anak muda dan penumpuan pembangunan semula ekonomi rakyat meliputi aspek perumahan, perbandaran serta sukan.
Sementara itu, Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berharap parti itu yang meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini tidak dicabar mana-mana calon pembangkang.
“PKR sudah umum tidak mahu letakkan calon. Jadi kita harap jika tiada pertandingan adalah lebih baik. Kita nak mudahkan urusan semua dan tidak mahu susahkan rakyat. Kalau ada yang mahu bertanding nanti kena kempen dan sebagainya.
“Khususnya dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita rasa itulah (tiada pertandingan) yang terbaik dan kawasan itu juga diketahui memang asalnya tempat BN,” katanya.
PRK DUN Chini dijadual pada 4 Julai dengan 20 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lepas.
Pada Pilihan Raya Umum lepas, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, manakala calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).
Sumber: Bernama
The post Kerajaan Komited Pastikan Tiada Yang Kembali Bergelandangan – Annuar Musa appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/18/kerajaan-komited-pastikan-tiada-yang-kembali-bergelandangan-annuar-musa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Terkandas Di Indonesia Rayu Kerajaan Sabah Bantu Kembali Ke Tanah Air

Rakyat Malaysia Terkandas Di Indonesia Rayu Kerajaan Sabah Bantu Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 310 hits
TAWAU 23 Jun Kami merayu kerajaan negeri Sabah supaya bantu kami pulang ke Tawau luah Juliana Arifudin rakyat Malaysia yang kini terkandas di Nunukan Indonesia bersama suami dan anaknya Menurut Juliana dia dan suami Hermawan Zainuddin 31 se...
Kerajaan Tak Teragak Agak Laksanakan Pkpd Kembali Dalam Gembira Balik Kampung Patuhi Sop

Kerajaan Tak Teragak Agak Laksanakan Pkpd Kembali Dalam Gembira Balik Kampung Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 373 hits
Dalam kegembiraan kita menerima berita daripada Perdana Menteri berkenaan kebenaran rentas negeri yang akan dibuka pada 10 jun 2020 tap kita tetap harus ingat bahawa pematuhan Standard Operating Procedure tetap berjalan seperti biasa Jika k...
Umno Sedia Jalin Kerjasama Termasuk Dengan Dap Annuar Musa

Umno Sedia Jalin Kerjasama Termasuk Dengan Dap Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 268 hits
Astro Awani ANNUAR UMNO sedia jalin bekerjasama dengan mana mana parti termasuk DAP Gambar fail KUALA LUMPUR UMNO sedia jalin bekerjasama dengan mana mana parti termasuk DAP Demikian tegas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa yang mena...
Kerajaan Akan Laksana 5 Program Berskala Besar Atasi Miskin Bandar Hilang Pekerjaan Kata Annuar

Kerajaan Akan Laksana 5 Program Berskala Besar Atasi Miskin Bandar Hilang Pekerjaan Kata Annuar

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 414 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa meninjau keadaan sambil menikmati buah durian bersama sama 44 gelandangan dari Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang sedang menjalani rawatan di Drugs Intervention Community Malaysia di Sungai S...
2 Jaringan Benzema Pastikan Real Kembali Mengejar Barcelona

2 Jaringan Benzema Pastikan Real Kembali Mengejar Barcelona

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 230 hits
Real Madrid kembali merapatkan jurang 2 mata di belakang Barcelona selepas mudah menewaskan Valencia 3 0 di saingan La Liga pagi tadi Aksi cemerlang yang ditunjukkan bekas pemain Chelsea Eden Hazard sedikit sebanyak membantu keputusan Real ...
Bukan Pengkhianat Beri Peluang Mahathir Dapatkan Kembali Kerajaan Ph

Bukan Pengkhianat Beri Peluang Mahathir Dapatkan Kembali Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 367 hits
MALAYSIA DATELINE Penganalisis politik Ahmad Lutfi Othman berpendapat peluang perlu diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan kembali kerajaan Pakatan Harapan Beliau menolak tanggapan bahawa bekas Perdana Menteri itu juga b...
Kpk Kembali Periksa Menantu Eks Sekretaris Ma Nurhadi

Kpk Kembali Periksa Menantu Eks Sekretaris Ma Nurhadi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 184 hits
KPK Kembali Periksa Menantu Eks Sekretaris MA Nurhadi Rezky Hebriyono diperiksa sebagai saksi untuk tersangka mertuanya mantan Sekretaris MA Nurhadi terkait kasus dugaan suap gratifikasi pengurusan perkara di Mahkamah Agung Tahun 2011 2016
Mulai Hari Ini Delapan Gerai Sim Kembali Beroperasi Di Pusat Perbelanjaan Jakarta

Mulai Hari Ini Delapan Gerai Sim Kembali Beroperasi Di Pusat Perbelanjaan Jakarta

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 310 hits
Direktorat Lalu Lintas Polda Metro Jaya akan membuka kembali beberapa gerai untuk melayani masyarakat dalam mengurus perpanjangan Surat Izin Mengemudi Nantinya gerai tersebut akan dibuka di beberapa pusat perbelanjaan atau Mal
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai