Kerajaan Kembalikan Kuasa Pilih Pemimpin Peladang Kepada Ahli


Wartawan MalaysiaGazette Pertubuhan Peladang KUALA LUMPUR – Hari pertama tahun 2021 merupakan hari yang mengembirakan bagi ahli-ahli peladang seluruh negara.
Ini kerana bermula 1 hari bulan Januari 2021, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah mengembalikan kuasa memilih pemimpin peladang kepada ahli-ahli.
Pemimpin Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) negeri-negeri dan ahli jemaah pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berkata, ahli-ahli peladang mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) Datuk Seri Dr.Ronald Kiandee kerana telah mengembalikan kuasa kepada ahli-ahli peladang memilih pemimpin mereka mulai tahun ini (2021).
Mereka ialah Pengerusi Pertubuhan PPN Sabah, Datuk Mohd.Nazri Abdullah, Pengerusi PPN Selangor, Datuk Dr Abd Rahman Bakri, Pengerusi PPN Perak, Dato’ Sham Bin Sahat, Pengerusi PPN Pulau Pinang, Dato’ Haji Ismail Umar, Pengerusi PPN Kedah, Dato’ Haji Abd Lateh Mohd Saman, Pengerusi PPN Pahang Dato’ Haji Zamri Bin Yaakob,Pengerusi PPN Terengganu, Dato’ Haji Mohd Rosli Harun, Pengerusi PPN Melaka, Encik Zaidi Bin Mohd Said Pengerusi PPN Wilayah Persekutuan Labuan, Haji Bungso Bin Mohamad, Pengerusi PPN Johor Haji Omar Bin Salleh, Pengerusi PPN Negeri Sembilan Encik Atan Bin Wahab dan Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Sylvester Entri Muran, Dato’ Indera Hj Mustaffar Kamal Bin Ab Hamid dan Dato’ Haji Ali Bin Shikh Ahmad.
“Warga peladang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr. Ronald Kiandee dan Kerajaan Persekutuan kerana mewartakan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2020
(FARMERS’ ORGANIZATION (AMENDMENT) REGULATIONS 2020).
“Peraturan itu yang telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 14 Disember 2020 dan akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2021.
“Pewartaan peraturan itu membuktikan pemimpin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendengar suara ahli-ahli peladang akar umbi yang mahukan Ahli Jemaah Pengarah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan”, kata mereka dalam kenyataan bersama, hari ini.
Menurut mereka, dibawah Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2020 yang diwartakan itu, pindaan telah dibuat dalam peraturan 35 (1) 
(a) iaitu bagi setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) hendaklah terdiri daripada sebelas orang ahli yang dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan.
“(i) dua orang ahli daripadanya hendaklah merupakan Peladang Muda; dan (ii) dua orang ahli daripadanya hendaklah merupakan Peladang Nita;
“(b) bagi setiap Pertubuhan Peladang Negeri, hendaklah terdiri daripada tiga belas orang. (i) sebelas orang ahli daripadanya hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan.
(A) seorang ahli daripadanya hendaklah merupakan Peladang Muda; dan (B) seorang ahli daripadanya hendaklahm erupakan Peladang Nita; dan “(ii) dua orang daripadanya hendaklah dilantik oleh Menteri. 
(A) seorang daripadanya hendaklah merupakan wakil daripada kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri makanan; dan;
(B) seorang daripadanya hendaklah merupakan pakar dalam bidang perniagaan pertanian; dan
“(c) bagi Pertubuhan Peladang Kebangsaan, hendaklah terdiri
daripada tujuh belas orang-(i) sebelas orang ahli daripadanya hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan; dan
(ii) enam orang daripadanya hendaklah dilantik oleh Menteri.”, jelasnya.
Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2020 juga menyatakan bahawa:
“(2) Pengerusi Jemaah Pengarah mana-mana Pertubuhan Peladang hendaklah dipilih melalui suatu undian majoriti daripada jumlah ahli Jemaah dalam mesyuarat pertama Jemaah Pengarah itu dan jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, calon-calon yang mempunyai undi yang sama banyak hendaklah mencabut undi untuk menentukan siapa yang akan menjadi pengerusi.
“(8) Kuorum bagi apa-apa mesyuarat Jemaah Pengarah hendaklah terdiri daripada yang berikut: (a) lima orang bagi suatu Pertubuhan Peladang Kawasan; (b) tujuh orang bagi suatu Pertubuhan Peladang Negeri; dan (c) sembilan orang bagi Pertubuhan Peladang Kebangsaan.”
Mereka berkata, PPPP (Pindaan) 2020 juga menjelaskan bahawa Ahli Jemaah Pengarah yang sedia ada yang dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan atau dilantik oleh Menteri di bawah subperaturan 35(1) Peraturan-Peraturan ibu sebaik sebelum Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dipilih atau dilantik di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus memegang jawatan sehingga habis tempoh pemilihan atau pelantikan mereka seolah-olah Peraturan ibu tidak dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.
“Apa-apa perbuatan yang dilakukan, tindakan yang diambil atau keputusan yang dibuat oleh ahli Jemaah Pengarah yang disebut dalam subperaturan (1) sebaik selepas Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan sah dan boleh diteruskan dengan sewajarnya oleh ahli Jemaah Pengarah”, tegas mereka.
Ketiga-tiga peringkat PP akan mengadakan Mesyuarat Agong pemilihan pada tahun ini.- MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/kerajaan-kembalikan-kuasa-pilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nafiz Muaz Nikahi Ahli Perniagaan Dua Kali Tunda Tarikh Nekad Pilih 2 Januari

Nafiz Muaz Nikahi Ahli Perniagaan Dua Kali Tunda Tarikh Nekad Pilih 2 Januari

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 748 hits
loading Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir atau Nafiz Muaz dengan sekali lafaz selamat nikahi ahli perniagaan
Ikut Fatwa Kerajaan Dan Pemimpin Pas Dah Jadi Setang Ka Lagu Mana

Ikut Fatwa Kerajaan Dan Pemimpin Pas Dah Jadi Setang Ka Lagu Mana

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 213 hits
Judi zaman PN Pas akhirnya berani muncul zahir rasa bimbangJanuary 2 2021 CABUTAN KHAS JUDI PENAMBAHAN BUKAN PENYELESAIAN2 Januari 2021 18 Jamadil Awal 1442 H1 Dewan Pemuda PAS Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap langkah kerajaan mena...
Grand Coalition Sepatutnya Tambah Ahli Parlimen Pembangkang Jadi Kerajaan

Grand Coalition Sepatutnya Tambah Ahli Parlimen Pembangkang Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 187 hits
Grand Coalition yang masih diperbincangkan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan seharusnya mencanangkan idea membentuk Kerajaan Persekutuan dengan penambahan sokongan Ahli ahli Parlimen pro PH Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdu...
Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 293 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Sebarang keputusan mengenai Ahli Parlimen UMNO diarah melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan sebelum bulan depan akan dimuktamadkan Majlis Kerja Tertinggi parti itu terlebih dahulu kata Set...
Zahid Arah Ahli Parlimen Bn Angkat Kaki Dari Kerajaan Pn Sebelum Februari

Zahid Arah Ahli Parlimen Bn Angkat Kaki Dari Kerajaan Pn Sebelum Februari

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Ahmad Zahid berkata demikian dalam perjumpaan bersama Ketua ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra pada masa kini Dalam ucapan tersebut Ahmad Zahid meminta semua Menteri dan pengerusi syarikat berkaita...
Ahmad Maslan Hanya Beritahu Salah Guna Kuasa Kerajaan Ph Tak Dibetulkan Pn Kata Najib

Ahmad Maslan Hanya Beritahu Salah Guna Kuasa Kerajaan Ph Tak Dibetulkan Pn Kata Najib

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 228 hits
mykmu netNajib Razak tampil mempertahankan Ahmad Maslan dengan berkata setiausaha agung Umno itu hanya memaklumkan ketidakadilan perundangan dan salah guna kuasa pentadbiran Pakatan Harapan tidak diperbetulkan kerajaan Perikatan Nasional ta...
Muhkriz Bidas Anwar Tidak Akan Sokong Pm Dapat Kuasa Dengan Sd Pemimpin Korup

Muhkriz Bidas Anwar Tidak Akan Sokong Pm Dapat Kuasa Dengan Sd Pemimpin Korup

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 170 hits
themalaysialife comSeorang perdana menteri yang mendapat sokongan pemimpin Umno yang korup tidak akan mendapat sokongan Parti Pejuang Tanah Air kata Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir Presiden penaja Pejuang itu berkata ini kerana parti ...
Demi Pertahankan Kerajaan Tebuk Atap Pas Rela Jadi Batu Api Laga Lagakan Pemimpin Umno

Demi Pertahankan Kerajaan Tebuk Atap Pas Rela Jadi Batu Api Laga Lagakan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 231 hits
Simpati dengan Umno Mereka tahu Umno telah lama dibuli oleh Bersatu dalam kerajaan tebuk atap PN Umno cuba acah2 gertak takutkan Muhyiddin kononnya Umno akan tarik diri dari kerajaan PN malangnya Muhyiddin tahu bagaimana nak ubat mereka Seb...
Sebaik Parlimen Dibubar Beberapa Pemimpin Umno Dijangka Lompat Sertai Bersatu

Sebaik Parlimen Dibubar Beberapa Pemimpin Umno Dijangka Lompat Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 170 hits
Apakah Muhyiddin Yassin tidak berasa bimbang dengan penolakan UMNO secara besar besaran untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU akan datang sebagaimana dizahirkan dalam mesyuarat perwakilan bahagian bahagian parti itu sekarang ini Barang...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman

Malaysia Middle Or Middling Power

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech