Ikut Fatwa Kerajaan Dan Pemimpin Pas Dah Jadi Setang Ka Lagu Mana


 


Judi zaman PN: Pas akhirnya berani muncul, zahir rasa bimbangJanuary 2, 2021 CABUTAN KHAS JUDI: PENAMBAHAN BUKAN PENYELESAIAN
2 Januari 2021 | 18 Jamadil Awal 1442 H
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap langkah kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi dari 8 kali setahun pada tahun 2020, kepada 22 kali setahun bermula 2021.
2. Sekalipun kekerapan cabutan ini bertujuan untuk menambahkan pendapatan negara bagi usaha mengekang wabak COVID-19, seperti kali pertama ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 semasa wabak virus Nipah bertujuan untuk menghapuskan punca wabak, Pemuda PAS berpendapat ianya bukan jalan penyelesaian terbaik. Judi adalah haram di sisi Islam, selain akan menambah lebih banyak masalah sosial dalam kalangan rakyat. Masih ada jalan lain yang boleh digunakan, tanpa perlu menambah kekerapan cabutan ini.
3. Sebagai alternatif, Pemuda PAS mencadangkan agar peruntukan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ditambah melalui pendapatan sedia ada tanpa perlu meningkatkan kekerapan cabutan khas. Pemuda PAS juga mencadangkan agar kerajaan menggalakkan usahasama dengan syarikat-syarikat GLC untuk menampung kos mengekang wabak COVID-19, menggantikan hasil kutipan dari cabutan khas.
4. Bagi menunjukkan keseriusan kami dalam menzahirkan ketidaksetujuan dengan cadangan ini, Pemuda PAS memohon untuk mengadakan satu pertemuan dengan YB Menteri Kewangan serta Kementerian Kewangan. Kami sedia untuk berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi mencari jalan terbaik menambah pendapatan negara untuk tujuan mengekang wabak COVID-19, selain membentangkan solusi bagi mengawal dan mengurangkan aktiviti judi di dalam negara.
5. Pemuda PAS menzahirkan terima kasih atas usaha DAP melalui wakilnya, YB Senator Liew Chin Tong yang membangkitkan isu ini. Kami yakin DAP mempunyai aspirasi yang sama dengan kami untuk memastikan Malaysia bebas dari judi yang haram dalam Islam, serta bakal menyumbang kepada kerosakan dan masalah sosial di dalam negara. Justeru, pihak kami berbesar hati mengajak pimpinan-pimpinan DAP, serta parti-parti lain dalam Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional untuk bersama-sama membanteras terus segala aktiviti perjudian di Malaysia. Semoga Malaysia terus maju di tahun 2021 tanpa judi.
YB Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
#PemudaPAS






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/ikut-fatwa-kerajaan-dan-pemimpin-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Pertahankan Kerajaan Tebuk Atap Pas Rela Jadi Batu Api Laga Lagakan Pemimpin Umno

Demi Pertahankan Kerajaan Tebuk Atap Pas Rela Jadi Batu Api Laga Lagakan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 294 hits
Simpati dengan Umno Mereka tahu Umno telah lama dibuli oleh Bersatu dalam kerajaan tebuk atap PN Umno cuba acah2 gertak takutkan Muhyiddin kononnya Umno akan tarik diri dari kerajaan PN malangnya Muhyiddin tahu bagaimana nak ubat mereka Seb...
Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 364 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Sebarang keputusan mengenai Ahli Parlimen UMNO diarah melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan sebelum bulan depan akan dimuktamadkan Majlis Kerja Tertinggi parti itu terlebih dahulu kata Set...
Pak Cik Lebai Awak Kat Mane Di Mana Timbalan Menteri Agama Daripada Pas Yang Lantang Semasa Jadi Pembangkang Dulu

Pak Cik Lebai Awak Kat Mane Di Mana Timbalan Menteri Agama Daripada Pas Yang Lantang Semasa Jadi Pembangkang Dulu

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 426 hits
Saya tertanya tanya dimana kehebatan YB Dr MARZUK semasa beliau jadi pembangkang dulu Iaitu sebelum menjadi Timbalan Menteri Agama Beliau suruh PH peranggi Perjudian Dihalalkan seperti MAGNUM PUSAT JUDI GENTING HIGHLAND Sport Toto dan Da Ma...
Pemimpin Umno Saran Kaji Semula Kerjasama Dengan Pas Dalam Mn

Pemimpin Umno Saran Kaji Semula Kerjasama Dengan Pas Dalam Mn

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 344 hits
January 2 2021 Ketika bahang pilihan raya umum semakin terasa seorang pemimpin kanan Umno menyarankan agar parti itu membuat keputusan berani dengan menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional Tidak cukup dengan itu Timbalan Pengerusi Um...
Pas Tidak Mahu Mana Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional

Pas Tidak Mahu Mana Mana Pihak Persoal Parti Itu Serius Bersama Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR PAS tidak mahu mana mana pihak mempersoalkan sama ada mereka benar benar serius mahu menjadi sebahagian daripada Muafakat Nasional Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata partinya berpegang teguh kepada Piagam MN y...
Cabutan Khas Nombor Ekor Ditambah Pas Jadi Setan Bisu Woiiii Isle Mana Isle

Cabutan Khas Nombor Ekor Ditambah Pas Jadi Setan Bisu Woiiii Isle Mana Isle

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 262 hits
BOB KELANANG Senator YB Liew Chin Tong hari ini mendedahkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah mengembalikan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4 digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021 Menurut senator ...
Dulu Kutuk Pas Kelantan Beli Mercedes Syed Saddiq Selar Kerajaan P Pinang

Dulu Kutuk Pas Kelantan Beli Mercedes Syed Saddiq Selar Kerajaan P Pinang

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 744 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan kerajaan Pulau Pinang membeli Mercedes Benz baru untuk dijadikan kereta rasmi Ketua Menterinya Chow Kon Yeow Walaupun kerajaan negeri pimpinan DAP itu mendakwa...
Pas Umno Dikecam Netizen Guna Jentera Kerajaan Sampaikan Bantuan Parti

Pas Umno Dikecam Netizen Guna Jentera Kerajaan Sampaikan Bantuan Parti

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 550 hits
January 8 2021 Tindakan Pas dan Umno menggunakan jentera kerajaan untuk mengedarkan bantuan atas nama mereka dikecam oleh netizen dan orang ramai Bagi mereka tindakan ini tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan jentera kerajaan secara te...
Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan

Muhyiddin Yassin Risau Kerjasama Bn Amp Ph Makin Diterima Rakyat Asyraf Wajdi