Kerajaan Keluarga Malaysia Gagal Zalim Tangani Tragedi Banjir Besar






Oleh RAYUSA / December 23, 2021Saya mulakan tulisan ini dengan merujuk pada sekeping gambar yang tular dalam media sosial yang menunjukkan mangsa banjir terpaksa membuka beberapa keping genting bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.
Si pemuat naik gambar tersebut menulis keterangan gambar yang menyengat: ‘YB tebuk atap dapat jadi menteri, rakyat tebuk atap untuk selamatkan diri’.
Satu demi satu muncul beberapa perkara yang mungkin boleh disebutkan sebagai dalil kegagalan berterusan Kerajaan Keluarga Malaysia (KM) yang sebelum ini Perikatan Nasional (PN).
Ketika wabak pandemik maut Covid-19 masih mengancam, dan pemberian vaksin penggalak yang mengelirukan, datang pula bencana banjir terburuk selepas kejadian ‘bah kuning’ penghujung 2014.
Bukan mahu menyebut soal mistik yang turut dianggap sebagai mengarut atau ‘cuba membuat hukuman/andaian sendiri’, tetapi mengapa kedua-dua malapetaka itu berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN), dan KM yang mewarisi BN?
Apa lagi agaknya selepas ini yang akan menunjukkan Kerajaan KM gagal dan terus gagal?
Selepas hujan lebat berterusan pada 17 dan 18 Disember lalu, sembilan negeri dilanda banjir yang teruk. Selangor antara negeri yang paling teruk menerima musibah!
Justeru, Selangor parah, adakah pula yang akan membuat kesimpulan inilah balasan kerana menempelak negeri di bawah pentadbiran PN sentiasa banjir, tetapi akhirnya berlaku juga di negeri pemerintahan Pakatan Harapan (PH)? ‘Rancak berdosa’ jugakah?
Kerajaan KM bukan sahaja gagal, malah zalim sebenarnya dalam menangani tragedi banjir besar ini.
Sekumpulan remaja berlumpur di Hulu Langat pada 20 Disember lalu.Pada 20 Disember lalu yang juga hari terakhir atau penangguhan sidang Parlimen kali ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menolak usul banjir yang dikemuka oleh blok pembangkang/pemimpin PH, malah penyokong Kerajaan KM sendiri.
Usul tersebut dimulakan oleh Lim Guan Eng (Bagan) apabila beliau berdiri memohon keizinan Tan Sri Azhar Azizan Harun (bagaimana boleh mendapat gelaran Tan Sri pun tidak diketahui) untuk membincangkan isu banjir.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berhujah walaupun ia isu tergempar dan baru diusulkan, tetapi tetap ada kepentingan yang tersendiri. Beliau mahu tahu apakah langkah kerajaan untuk membantu mangsa banjir, dan mengapa bantuan lambat sampai.
Kemudian Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian/BN) pula bangun, dan bertanya kerajaan mengenai langkah yang telah diumumkannya dalam soal bantuan.
Kata Setiausaha Agung Umno itu, bantuan telah diumumkan semasa sidang media Perdana Menteri (PM), tetapi tidak diketahui berapa ramai penduduk atau rakyat yang akan menerimanya. Yang paling mustahak, katanya, bilakah bantuan itu akan diberikan.
Mohamad Sabu (Kota Raja/PH) pula bangun berhujah mengenai bantuan yang lambat tiba dengan bertanya di manakah bot, serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Semua penjawat awam dan unit beruniform negara kita, tegas Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), cekap dan penuh pengalaman. Masalahnya, tugas/peranan mereka menjadi sukar dan lambat bekerja kerana lambat menerima arahan pihak atasan.
Salahuddin meninjau kawasan banjir di Temerloh.Seperti Mohamad atau Mat Sabu, kita semua juga mahu tahu apakah masalah yang dihadapi menteri sehingga begitu lambat memberikan arahan, lantas dimaki hamun oleh unit beruniform berkenaan, yang menyebabkan mangsa terperangkap lama dalam banjir.
Walau bagaimanapun, Azizan tetap menolak perbincangan mengenai banjir tersebut atas alasan teknikal, iaitu ia bukan dalam aturan mesyuarat.
Akhirnya, semua persoalan tersebut dan banyak lagi yang lain tinggal menjadi persoalan tanpa jawapan.
Sungguh aneh dan memalukan. Banjir yang meragut nyawa rakyat sudah tentulah isu rakyat. Wakil yang dilantik melalui pilihan raya pula dinamakan wakil rakyat. Yang Dipertua atau Speaker dilantik oleh kerajaan atau blok majoriti di Dewan Rakyat.
Jika tidak boleh dibincangkan di Dewan Rakyat, di mana yang boleh? Banjir adalah isu rentas warna politik. Ia bukan soal Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Mahathir Mohamad, ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika perbincangan isu nyawa dan harta rakyat ditolak, apakah faedahnya melantik wakil rakyat yang bersidang di Dewan Rakyat tentang masalah rakyat?!
Akibatnya, selepas sidang tersebut ditangguhkan, kelihatan Anwar, Mat Sabu dan Lim bergegas untuk bersemuka dengan Ismail.
Bukan sekali. Sudah berkali-kali sebenarnya Azizan menolak perbahasan usul penting sehingga tidak diketahui apa yang ditakuti, atau dilindunginya.
Saya fikir Azizan boleh bertindak waras. Adakah beliau bukan manusia waras sehingga bertegas sedemikian rupa?
Ismail sebagai PM juga boleh meminta Speaker mengizinkan perbincangan usul banjir itu kerana ia penting dan wajar diutamakan.
Adakah aturan mesyuarat sidang Dewan Rakyat itu seperti ayat al-Quran yang tidak boleh diubah, atau dipinda? Jika dibenarkan, tidaklah Anwar, Mat Sabu dan Lim menyerbu Ismail yang mungkin terkasima ketika itu.
Mungkin ada yang bertanya/mempersoal mengapa usul banjir dibawa juga sedangkan sidang sudah masuk hari terakhir. Biar berapa jam sahaja yang tinggal untuk berbincang pun tidak mengapa kerana yang penting ialah ehwal rakyat!
Sementelah bencana banjir berlaku pada hari Dewan Rakyat tidak bersidang – Sabtu dan Ahad. Justeru, pada awal waktu persidangan lagi pemimpin PH telah membawa usul banjir.
Perlakuan Tan Sri Noh Omar memang mewajarkan beliau dimaki. Ia berkaitan dengan peristiwa yang memalukan di Taman Sri Nanding pada 22 Disember lalu.
Seorang penduduk taman tersebut memberitahu Noh, ketika dia dan yang lain-lain menghadapi detik cemas, dan tiada mana-mana pihak tampil membantu, yang datang menolong ialah warga asing.
Warga terbabit, seorang wanita, semasa menceritakan suasana dialaminya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia itu, memberitahu ada tiga warga Indonesia mendayung sampan untuk menyelamatkan anak salah seorang penduduk taman berkenaan pada awal pagi tersebut.
Ketika itu, katanya, mangsa terpaksa menyelamatkan diri dengan berada di bumbung rumah sejak tengah malam sehingga jam 5.30 pagi.
Begitu pun, wanita tersebut tidak memaki hamun, sebaliknya hanya bertanya kepada Noh di mana agensi-agensi kerajaan ketika itu.
Dalam kejadian yang dirakamkan di salah sebuah pusat pemindahan banjir di Hulu Langat, Selangor itu, wanita tersebut memberitahu dia menghubungi pelbagai agensi kerajaan untuk membantu menyelamatkan penduduk di kawasan berkenaan, tetapi tiada siapa yang datang.
Antara pihak yang dihubungi, dakwa wanita itu, ialah JBPM, serta JPAM, malah kem ATM di Sungai Besi.
Malangnya, tiada satu pun agensi kerajaan yang muncul sehinggalah apabila air surut, dan itu dipersoal oleh wanita tersebut. Semasa air sudah mencecah bumbung rumah, tiada agensi kerajaan datang menolong, kecuali JPAM yang difahamkan menghantar tiga bot.
Bukan wanita itu sahaja, malah kita juga akan mengandaikan tiga bot tidak mencukupi untuk menyelamatkan semua warga Hulu Langat. Noh yang ditanya oleh wanita itu hanya menjawab ya sahaja.
Noh hadir di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Abul Jalil itu untuk menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir. Beliau diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Dato’ Suriani Ahmad.
Hulu Langat adalah antara kawasan paling teruk terjejas oleh banjir pada 18 Disember lalu itu, malah sesetengah pihak berpendapat kerosakan yang dialami di kawasan tersebut jauh lebih serius berbanding di Shah Alam, dan Klang.
Pada hari itu, 27 orang disahkan meninggal dunia di pelbagai lokasi akibat bencana tersebut, dengan 20 daripadanya di Selangor. Tujuh lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia di Pahang.
Selain korban di Seksyen 25, Taman Sri Muda, Shah Alam, mayat juga ditemui di Kajang, Sungai Buloh dan Klang.
Hakikat bahawa Noh juga adalah Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor memang tambah menaikkan kemarahan (sudah tentu turut mengecewakan).
Mulai 22 Disember lalu, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dilantik semula menggantikan Noh yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.
Sebagai perbandingan, tidak sampai 24 jam mengambil alih tugas, Amirudin mengumumkan bahawa pintu air di Rumah Pam Taman Sri Muda telah beroperasi semula.
Pintu air telah beroperasi semula pada pagi 23 Disember dengan bekalan tenaga, dan penjana kuasa dari Tenaga Nasional Berhad.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan ATM telah bekerja keras sehingga jam tiga pagi untuk mengalihkan kenderaan yang tersadai yang menghalang penjana kuasa dibawa ke pintu air. Pintu air yang beroperasi semula mempercepat proses penyurutan air, dan set penjana kuasa boleh berfungsi.
Oleh kerana bekalan elektrik terputus, jelas Amirudin, pihak berwajib terpaksa mengaktifkan pintu air secara manual. Batang corong yang rosak, katanya, tambah melambatkan kerja-kerja secara manual.
Jika difikirkan dengan waras, dalam hal ini semua agensi kerajaan tidak wajar disalahkan seratus peratus. Sebagaimana kata Mat Sabu, semua penjawat awam dan unit beruniform negara kita cekap dan penuh pengalaman, tetapi sukar dan lambat bekerja kerana lambat menerima arahan pihak atasan.
Persoalannya, mengapa pihak atasan dan menteri lambat memberikan arahan? Apakah yang mereka fikir, dan lakukan? Apakah masalah rakyat hanya penting ketika mereka cuba meraih undi?
Saya fikir mungkin keadaan berbeza jika banjir besar ini berlaku semasa kempen pilihan raya negeri atau kecil! Dapat dibayangkan bagaimanakah aksi calon-calon terbabit dari pihak Kerajaan KM.
Tidak dapat dipastikan, tetapi tukar juga gambar di media sosial bahawa pemimpin BN berdiri di hadapan kotak-kotak bantuan mangsa banjir.
Keterangan gambar si pemuat naiknya ialah ‘Ok siap sedia untuk diedarkan. Sorry lambat sikit, stiker baru print dan tampal. #KerajaanLembab #KerajaanGagalLagi’.
Sudahlah lambat bertindak, Noh juga enggan menerima hakikat. Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, mendakwa dirinya masih lagi Pengerusi MKN Selangor.
Bercakap dalam satu sidang media, Noh menafikan dakwaan Amirudin bahawa jawatan Pengerusi MKN telah bertukar tangan.
Noh turut mendakwa apa yang dilakukan oleh Amirudin adalah cubaan untuk lepas tangan dari tanggungjawab sebenarnya. Kelakarnya, beliau memberitahu terpaksa ‘sekolahkan’ Amirudin kerana berdasarkan yang tular pada 22 Disember, Menteri Besar Selangor itu tidak faham sebenarnya.
Sambil mendakwa dirinya masih berjawatan tersebut, Noh berharap Amirudin dapat memahami.
Mungkin ini kerana dendam dan amarah Noh/Umno Selangor terhadap Kerajaan PH Selangor sejak 2008 (ketika itu Pakatan Rakyat). Kegagalan menawan semula negeri terkaya Malaysia itu pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei 2018 terus mencangkam hati dan jiwa mereka!
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, telah berusaha sedaya upaya membantu penduduk ketika banyak kawasan di Lembah Klang dilaporkan dinaiki air sehingga menyebabkan ramai orang memohon bantuan dan mencari perlindungan.
Respons pemimpin kanan Amanah itu menepis dakwaan dan kebimbangan orang ramai di media sosial, sehingga warganet tertanya-tanya di mana wakil rakyat kawasan masing-masing.
Menurut Khalid, pihaknya membantu menggerakkan bantuan dan memindahkan orang ramai ke pusat perlindungan. Beiau juga memaklumkan MBSA juga berhempas pulas membantu penduduk.
Khalid turut mengkritik Kerajaan KM dan negeri di bawahnya yang tidak melakukan persediaan rapi, sedangkan amaran cuaca buruk telah diberikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Setelah berlaku banjir pula, tegas beliau, tindak balas pula terlalu lambat. Justeru, tidak hairanlah dalam sehari dua ini juga, tular di media sosial nama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
NADMA akhirnya bermesyuarat selepas empat hari banjir melanda dan 14 nyawa diragut.
Ada sumber mendedahkan, agensi itu yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Kelang, pada mulanya teragak-agak untuk bertindak.
Namun begitu, akhirnya NADMA diarahkan untuk menjadi sekretariat utama pada sebelah petang 20 Disember lalu, susulan Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusi oleh PM.
Menurut sebuah posting yang dimuat naik oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada 21 Disember lalu, NADMA juga akhirnya bertindak selepas dikritik hebat.
Mengenai hal berkenaan, bolehkah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad diterima?
Jelas Dr Latiff, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir pada peringkat negeri.
NADMA juga, tambah Latiff, tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya pada peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.
Latiff yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia meminta wakil rakyat jangan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada NADMA pusat kerana ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pusat.
Ketika menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Parlimen pada 20 Disember lalu, Latiff mengatakan kerajaan negeri melalui wakil rakyat dan ketua jajahan ada peranan masing-masing dalam hal ini.
NADMA, tambahnya, hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat, dan senarai dari negeri.
Untuk rekod, menurut perisytiharan harta yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latiff menerima sekitar RM89,900 dalam bentuk bentuk gaji, dan imbuhan setiap bulan.
Berikutan bencana banjir itu, Amanah telah menangguhkan Konvensyen Amanah Nasional 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 18 Disember lalu.
Menurut Setiausaha Agung Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli, tarikh baharu konvensyen tahunan yang sepatutnya berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam itu akan ditetapkan kelak.
Keputusan itu, kata Hatta, dibuat setelah meneliti keadaan banjir yang melanda Selangor dan beberapa negeri di seluruh negara, serta kesannya kepada ramai penduduk terlibat, dan atas rasa solidariti, serta kepedulian terhadap semua mangsa, dan rakyat.
Sementara itu, Mohamad Sabu turut mengarahkan semua jentera Amanah di semua peringkat untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, khususnya di Selangor.
Sebagai Presiden AMANAH, beliau mengarahkan semua peringkat sayap parti, terutama Pemuda, Wanita (Awan), ARif, Warda, kawasan dan negeri untuk turun segera membantu mangsa banjir di seluruh negara khususnya di Selangor.
Konvensyen AMANAH Nasional 2021 dijadualkan mulai pagi 18 Disember lalu sehingga malamnya, sementara Konvensyen Pemuda dan Wanita AMANAH Nasional secara hibrid berakhir pada 17 Disember.
Banjir buruk telah berlaku, dan mahu atau tidak seperti kata pemimpin Pas, harus diterima oleh kita semua. Cuma, saya mahu mengenang kembali ‘keyakinan tinggi’ dan ‘kebijaksanaan’ menteri kerajaan tebuk atap sebelum bencana tersebut terjadi.
Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Malaysia tidak termasuk dalam kategori negara yang terdedah pada impak perubahan iklim yang ketara.
Justeru, katanya, Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan 23 April lalu.
Walau bagaimanapun, tidak termasuk atau sebaliknya, lihatlah apa yang telah terjadi.
*RAYUSA seorang penulis bebas yang turut menulis isu sastera dan budaya tanah air.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/kerajaan-keluarga-malaysia-gagal-zalim_24.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bencana Banjir Pecah Tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Ada Kerjasama Antara Menteri

Bencana Banjir Pecah Tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Ada Kerjasama Antara Menteri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 289 hits
1 Bencana Banjir pecahkan tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Sebenar tidak ada kerjasama sesama Menteri antara Menteri BN UMNO dengan Menteri PN 2 Malah Menteri dari PN PAS pun ikut senyap sunyi Walhal dua Menteri PAS jaga Alam Sekitar da...
Tema Cun Kerajaan Keluarga Malaysia Tapi Dalamnya Hambar

Tema Cun Kerajaan Keluarga Malaysia Tapi Dalamnya Hambar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 233 hits
Banjir Kerajaan lagi bijak cetus krisis bukan tanganinya kata Rafidah
Warga Twitter Kempen Jangan Derma Kepada Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Warga Twitter Kempen Jangan Derma Kepada Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 411 hits
PENGGUNA Twitter hari ini berkempen supaya tidak menderma kepada Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Putrajaya sebaliknya menggesa orang ramai menderma terus kepada mangsa atau pertubuhan bukan kerajaan yang berada di tempat kejadian Ta...
Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Tangani Isu Banjir Akan Terpahat Di Kertas Undi Kata Penganalisis

Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Tangani Isu Banjir Akan Terpahat Di Kertas Undi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 227 hits
Kegagalan jentera pihak berkuasa menangani isu kecemasan sehingga menyebabkan rakyat hidup sengsara harus dibincang di Dewan Rakyat menurut penganalisis PETALING JAYA Penganalisis politik menjangkakan kesengsaraan dan kemarahan rakyat terha...
Rosyam Rayu Keluarga Malaysia Bantu Mangsa Banjir

Rosyam Rayu Keluarga Malaysia Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 439 hits
Rosyam rayu Keluarga Malaysia bantu mangsa banjir Negara luar kita boleh bantu apatah lagi di Malaysia kata Rosyam Nor PELAKON terkenal tanah air Datuk Rosyam Nor menyeru rakyat Malaysia sebagai satu Keluarga Malaysia untuk membantu mangsa ...
Kerajaan Longgarkan Kaedah Perolehan Tangani Impak Banjir Mof

Kerajaan Longgarkan Kaedah Perolehan Tangani Impak Banjir Mof

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 202 hits
BH ONLINE Longgokan sampah di tepi jalan selepas penduduk membuang peralatan rumah yang rosak selepas banjir melanda kawasan Puchong Foto NSTP Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju melonggarkan kaedah perolehan untuk usaha pemulihan...
Low Class Punya Kerajaan Apabila Gagal Menguruskan Bencana Banjir

Low Class Punya Kerajaan Apabila Gagal Menguruskan Bencana Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 284 hits
Tak capai standard kurang fokus ahli ekonomi kritik cara kerajaan tangani banjir December 29 2021Bencana banjir perlu ditangani dengan kejelasan dalam rantaian perintah dan pelaksanaan tugas kata Carmelo Ferlito PETALING JAYA Ahli ekonomi m...
Gagal Patuh Sop Kkm Kompaun Penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Rm1 000 Jer

Gagal Patuh Sop Kkm Kompaun Penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Rm1 000 Jer

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 325 hits
Disebabkan gagal memastikan pematuhan penjarakan fizikal dan beberapa lagi peraturan SOP yang lain penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dikompaun RM1 000 mengikut Akta Pencegah...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco