Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Tangani Isu Banjir Akan Terpahat Di Kertas Undi Kata Penganalisis


Nora Mahpar  Kegagalan jentera pihak berkuasa menangani isu kecemasan sehingga menyebabkan rakyat hidup sengsara harus dibincang di Dewan Rakyat, menurut penganalisis.
PETALING JAYA: Penganalisis politik menjangkakan kesengsaraan dan kemarahan rakyat terhadap tindakan lewat kerajaan dalam menangani isu banjir khususnya di Lembah Klang akan “terbawa-bawa” ketika memangkah kertas undi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Menurut Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia, imej Putrajaya yang dipimpin oleh Ismail Sabri Yaakob kini terjejas di mata masyarakat susulan beberapa insiden jelik seperti “kehilangan” menteri bertanggungjawab di lokasi banjir.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid.Jelasnya, keengganan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun membenarkan perbahasan usul bencana banjir yang setakat ini meragut lebih 10 nyawa pada sidang Dewan Rakyat semalam juga menambah lagi kemarahan rakyat.
“Walaupun tiada dalam agenda asal, Dewan Rakyat sepatutnya bersikap profesional mewakili rakyat, bukan ahli politik pemerintah yang seolah-olah menjadi penghadang untuk dikritik secara terbuka dalam dewan.
“Apa fungsi Dewan Rakyat jika ia gagal memberi maklum balas terhadap isu utama rakyat yang berlaku tanpa dirancang seperti banjir, Speaker kena pandai menimbang keperluan rakyat dengan birokrasi,” katanya kepada FMT.
Ahmad Fauzi menambah kegagalan jentera pihak berkuasa menangani isu kecemasan sehingga menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan sengsara harus dibincang pada peringkat tertinggi negara, iaitu di Dewan Rakyat.
“Bukan disapu ke bawah permaidani. Di sesetengah tempat seperti Hulu Langat, suasananya sudah menyerupai keadaan pascatsunami (pernah melanda negara pada 2004),” tegasnya.
Azmi Hassan.Azmi Hassan pula berpendapat, Ismail seharusnya mengambil iktibar terhadap kejatuhan kerajaan Muhyiddin Yassin yang hanya mampu bertahan selama 17 bulan kerana didakwa gagal menangani keperitan rakyat dalam berdepan penularan wabak Covid-19.
Beliau berpandangan, Ismail dan Jemaah Menterinya kini terpalit dengan sentimen sama, iaitu gagal menangani bencana kerana lambat bertindak dan hanya muncul selepas 24 jam banjir melanda ibu negara menyebabkan ribuan rakyat terkandas di atas bumbung kediaman masing-masing, malah ada yang bertahan berhari-hari tanpa makanan.
Tegas beliau, kerajaan seharusnya mempamerkan kredibiliti dan mengetahui apakah yang terjadi di bawah dengan mengarahkan tindakan segera diambil, bukannya ketika keadaan sudah bertambah buruk.
“Sekarang ini kita bermain dengan sentimen kerana mereka yang terlibat ini ramai, banyak negeri yang terlibat…kalau kita lihat, lewat malam Sabtu baru nampak kepimpinan tertinggi mengambil serius perkara ini.
“Jadi di sini (imej kerajaan) tidak baik kerana sudah terjadi seperti sebelum ini jatuhnya kepimpinan itu apabila kerajaan Muhyiddin dibelenggu dengan kegagalan menangani Covid-19,” katanya.
Sidang Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Azhar tidak membenarkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan membahaskan isu banjir yang melanda enam negeri sejak minggu lalu disebabkan ia tidak terkandung dalam aturan urusan mesyuarat (AUM).
Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang kecewa dengan keputusan itu membuat sidang media di Parlimen dengan berkata, Azhar sepatutnya memberi sedikit ruang dengan menggunakan peruntukan yang terkandung dalam peraturan mesyuarat untuk membolehkan isu penting itu dibahaskan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/kemarahan-rakyat-terhadap-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Indonesia Bantu Bukan Agensi Kerajaan Mangsa Banjir Sekolahkan Noh Omar

Rakyat Indonesia Bantu Bukan Agensi Kerajaan Mangsa Banjir Sekolahkan Noh Omar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 327 hits
FAZLI RADZISeorang mangsa banjir di Hulu Langat Selangor meluahkan rasa kecewanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkenaan ketiadaan bantuan segera daripada agensi kerajaan pada hari pertama penduduk terpe...
Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph

Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 231 hits
Pakatan Harapan Johor menyelar kenyataan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang memberi bayangan akan mengadakan Pilihan Raya Negeri berikutan majoriti tipis kerajaan BN PN di Johor selepas pemergian ADUN Kempas baru baru ini Menurut pimpi...
Banjir Nyawa Rakyat Keutamaan Kerajaan Maxisbiz

Banjir Nyawa Rakyat Keutamaan Kerajaan Maxisbiz

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 309 hits
Nyawa mangsa banjir adalah keutamaan kerajaan ketika ini tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata sehinbgga jam 11 malam sebanyak 188 pusat pemindahan sementara telah dibuka di enam negeri paling terjejas SUBSCR
Perbezaan Kerajaan Ph Dengan Bn Pn Tangani Banjir

Perbezaan Kerajaan Ph Dengan Bn Pn Tangani Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 303 hits
HASSAN ABDUL KARIM1 Bencana Pencemaran Udara di Pasir Gudang 13 Mac 2019Pada 13 Mac 2019 Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim memfailkan Usul di Dewan Rakyat supaya diadakan perbahasan di Parlimen tentang bencana Pencemaran udara d...
Rakyat Sebar Bantuanbanjir Selepas Geram Kerajaan Lembap Bantu Mangsa Banjir

Rakyat Sebar Bantuanbanjir Selepas Geram Kerajaan Lembap Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 258 hits
Oleh FAZLI RADZI December 24 2021Tidak hanya mengecam menteri dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang lembap membantu mangsa banjir rakyat dalam masa sama sepakat menyebarkan pertolongan melalui tanda pagar BantuanBanjirTanda pagar BantuanB...
Kerajaan Keluarga Malaysia Gagal Zalim Tangani Tragedi Banjir Besar

Kerajaan Keluarga Malaysia Gagal Zalim Tangani Tragedi Banjir Besar

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 275 hits
Oleh RAYUSA December 23 2021Saya mulakan tulisan ini dengan merujuk pada sekeping gambar yang tular dalam media sosial yang menunjukkan mangsa banjir terpaksa membuka beberapa keping genting bumbung rumah untuk menyelamatkan diri Si pemuat ...
Berbanding Covid19 Dan Kemarahan Kepada Mahiaddin Banjir Buatkan Rakyat Lebih Marah Kepada Ismail Sabri

Berbanding Covid19 Dan Kemarahan Kepada Mahiaddin Banjir Buatkan Rakyat Lebih Marah Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 217 hits
Hanya melalui bencana banjir yang diturunkan Tuhan dengan paling teruk di Selangor segala kelemahan Perdana Menteri dan ketidakmampuannya mengurus kerajaan akhirnya terserlah dengan sendirinya Dengan banjir yang melanda itu Ismail Sabri Yaa...
Hasanuddin Kata Kerajaan Lembab Dalam Menguruskan Banjir

Hasanuddin Kata Kerajaan Lembab Dalam Menguruskan Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 260 hits
December 26 2021 Kerajaan dilihat tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam berdepan dengan situasi bencana alam Sebaliknya Ahli Parlimen Hulu Langat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berpendapat pertubuhan bukan kerajaan lebih cekap dan b...
Kerajaan Longgarkan Kaedah Perolehan Tangani Impak Banjir Mof

Kerajaan Longgarkan Kaedah Perolehan Tangani Impak Banjir Mof

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 219 hits
BH ONLINE Longgokan sampah di tepi jalan selepas penduduk membuang peralatan rumah yang rosak selepas banjir melanda kawasan Puchong Foto NSTP Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju melonggarkan kaedah perolehan untuk usaha pemulihan...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Custom Kecil Tapi Berimpak Besar

Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta