Kerajaan Kedah Beri Penjelasan Isu Keluarga Daif Dibantu Pendakwah Bebas



Bernama -April 21, 2020 10:57 PMGambar di FB Ebit Lew memperlihatkan keadaan rumah yang usang dan kotor selain seorang lelaki warga emas sedang terlantar. (Gambar Facebook)ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah hari ini memberi penjelasan berhubung isu sebuah keluarga tinggal dalam rumah usang dan kotor di Lorong Gedebang, Mukim Derga yang kisahnya dikongsikan pendakwah bebas Ebit Lew di laman Facebooknya sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Tan Kok Yew berkata keluarga itu sebelum ini ditawarkan berpindah ke 2 rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Mergong namun ditolak atas alasan tertentu
“Pada awal tahun ini, keluarga tersebut sudah bersetuju untuk berpindah namun mereka berubah fikiran pada saat akhir dan enggan berpindah pula sehinggalah Ustaz Ebit Lew berjaya memujuk mereka berpindah semalam
“Mereka ini memang sudah mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak sekian lama dan kebajikan mereka terjaga, termasuk dibantu pihak masjid berdekatan,” katanya kepada pemberita, hari ini
Semalam, Ebit Lew yang berkunjung ke rumah keluarga itu berkongsi catatan di Facebook mengenai keluarga tersebut selain memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan keadaan rumah yang usang dan kotor selain seorang lelaki warga emas sedang terlantar
Perkongsian di laman media sosial itu menarik perhatian netizen dan ada yang mempersoal peranan pihak berwajib seperti kerajaan negeri, JKM dan LZNK selain masyarakat sekeliling dalam membantu keluarga tersebut
Tan berkata beliau sendiri ada berjumpa dengan Ebit Lew semalam dan membincangkan isu keluarga itu serta menerangkan kepada pendakwah tersebut tentang beberapa perkara yang perlu diperhalusi bagi membantu mereka
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Syeikh Zakaria Othman berkata keluarga tersebut menerima bantuan zakat sejak 2007 dan pelbagai bantuan lain seperti Bantuan Makanan Fakir/Miskin Bulanan, Bantuan Kewangan Fakir/Miskin Bulanan, Bantuan Hari Raya Aidilfitri, Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Tahunan Sekali Gus serta Bantuan Jaya Diri
Syeikh Zakaria berkata LZNK juga sebelum ini menawarkan warga emas itu sebuah rumah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) di Pokok Sena namun dia sekeluarga menolak tawaran tersebut dengan pelbagai alasan
“Kita sudah memujuk beliau sekeluarga untuk berpindah ke rumah baru sejak 12 tahun lalu,” katanya sambil menambah Masjid Al-Irfan Derga, pengurusan kampung dan jiran di Kampung Derga turut membantu keluarga itu, termasuk memberikan sumbangan kepada mereka
Beliau berkata warga emas itu mendiami rumah tersebut bersama isterinya serta 8 anak dan 10 cucu
“Warga emas itu mempunyai 3 anak lelaki dan 7 anak perempuan yang berumur 17 hingga 33 tahun. Ada antara anaknya yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Lapan daripada 10 anaknya kini tinggal bersama-sama dengannya di rumah tersebut,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/kerajaan-kedah-beri-penjelasan-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Pendakwah Bebas Boleh Lakukan Tetapi Kerajaan Tidak Dan Tak Sampai

Kenapa Pendakwah Bebas Boleh Lakukan Tetapi Kerajaan Tidak Dan Tak Sampai

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 374 hits
Mohd Asri Abu BakarSemalam terbukak dan menonton Youtube Tgk TV jelas sikit Ada beberapa you tuber yang membuat siri lawatan dan melihat serta membantu orang2 susah Seperti yang telah di lakukan oleh Ustaz Ebit Liew Azfar Badrul dan beberap...
Jangan Salahkan Ebit Lew Zakat Jangan Cetuskan Fitnah Isu Keluarga Daif

Jangan Salahkan Ebit Lew Zakat Jangan Cetuskan Fitnah Isu Keluarga Daif

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 564 hits
Sejak sebuah keluarga daif di Alor Setar yang viral selepas dibantu oleh Ustaz Ebit Lew Mereka bukan saja menetap di kediaman yang tak terurus bahkan terlalu kotor sebelum dipindahkan ke rumah sewa baru Disebabkan itu ramai pihak mempersoal...
Isu Lantikan Politik Dalam Glc Kerajaan

Isu Lantikan Politik Dalam Glc Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 369 hits
Perkara asas yang kita kena faham adalah dalam negara membangun kerajaan merupakan watak utama yang menggerakkan ekonomi Dan kerajaan melakukannya melalui GLC dan GLIC GLC GLIC ini berperanan menyambut dan melaksanakan segala polisi ekonomi...
Mula Masuk Islam Sejak Umur 12 Tahun Ini Biodata Lengkap Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew

Mula Masuk Islam Sejak Umur 12 Tahun Ini Biodata Lengkap Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1500 hits
Beliau cukup terkenal dengan keperibadiannya yang suka membantu orang Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing malah cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam Digelar sebagai pendakwah bebas Ustaz Ebit ...
Ini Kerja Jahat Ph Sebotaj Usaha Kerajaan Dalam Isu Covid 19

Ini Kerja Jahat Ph Sebotaj Usaha Kerajaan Dalam Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 364 hits
Dulu masa dia studen U saing saing dia gelor dia AYAM La ni memang dia tu otak Cap AYAM sungguh Ketika seluruh usaha dalam negara difokuskan untuk melawan Wabak COVID 19 boleh pula dia ajak rakyat menghasilkan video video pendek SERUPA dia ...
Rasa Berdosa Biarkan Keluarga Daif Anak Kecil Tidur Dengan Nyamuk Ebit Lew

Rasa Berdosa Biarkan Keluarga Daif Anak Kecil Tidur Dengan Nyamuk Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 1013 hits
KUALA LUMPUR Saya makan sedap rumah saya besar kenderaan banyak anak kecil ini pula tidur dengan nyamuk Demikian kata pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang mengibaratkan beliau berdosa sekiranya tidak membantu sebuah keluarga dikesan sudah...
Isu Kerajaan Jatuh Pakatan Harapan Tipu Rakyat

Isu Kerajaan Jatuh Pakatan Harapan Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 283 hits
Pakatan Harapan telah mengeluarkan berbagai bagai cerita tentang mengapa kerajaaan Pakatan Harapan tumbang Semua itu adalah cerita dongeng dan adalah usaha mereka menipu rakyat Sebab sebenarnya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu serah...
How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Gdm Diabetes Amalan Selepas Bersalin

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tabiat Harian Mudah Untuk Kekal Sihat Secara Semulajadi

Salam Jumaat

Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak Anak Mencorak Masa Depan Umat

Munif Hijjaz Feat Fareast Asma Dzatun Nithaqain Chord

Doa Haji Mabrur Tanda Tanda Haji Mabrur

Beijing Brawler Mandrill S Triumph Bonneville T120 Street Tracker