Kerajaan Kaji Gubal Undang Undang Hapus Elemen Ali Baba Kata Menteri


 
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata isu warga tempatan yang menyewakan perniagaan kepada warga asing telah berlanjutan sekian lama hingga wujud rasa tidak adil dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi sedang mengkaji beberapa komponen untuk menggubal undang-undang khusus baharu yang mampu mematahkan elemen “rent-seeking” atau konsep ‘ali baba’ dalam struktur perniagaan dan ekonomi negara.
Menterinya Rafizi Ramli berkata isu warga tempatan yang menyewakan perniagaan dimiliki kepada warga asing telah berlanjutan sekian lama tanpa sebarang undang-undang khusus berkaitan “rent-seeking” sehingga menyebabkan wujud rasa tidak adil dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.
“Kita perlu selesaikan bagaimana orang asing boleh berniaga di kawasan penjaja… bila mereka ditahan, didapati sebahagian besar yang berniaga menggunakan lesen warga tempatan dan secara teknikal, ia tidak salah.
Ads by Kiosked“… mereka mengatakan mereka merupakan pekerja kepada peniaga tempatan. Jadi, orang-orang kita juga yang bekerjasama dan memberi ruang kepada perkara ini berlaku kerana tiada undang-undang khusus mengenai pemilikan perniagaan dan sewa,” katanya ketika sesi libat urus Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Wilayah Persekutuan.
Isu pemilikan lesen warga tempatan dan peniaga warga asing tersebut diutarakan oleh seorang peserta sesi libat urus yang mahu kerajaan campur tangan serta menangani perkara itu dengan serius.
Rafizi berkata ketika ini, penguatkuasaan undang-undang bagi perkara itu hanya tertakluk di bawah kanun keseksaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pada sidang media selepas sesi libat urus itu, beliau berkata Kementerian Ekonomi sedang membangunkan cadangan awal berkaitan undang-undang tersebut sebelum dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara Julai depan.
“Konsep ‘ali baba’ ini wujud dari peringkat bawah hingga ke orang atasan. Ia selama ini menjadi masalah dalam ekonomi tetapi tiada perbincangan khusus ke arah penggubalan undang-undang,” katanya sambil menambah isu itu perlu diberi perhatian serius.
Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rosli Ibrahim pula mencadangkan agar penggubalan undang-undang itu wajar meliputi penguatkuasaan terhadap warga asing sekiranya didapati melanggar peraturan.
Ads by Kiosked“Cuba kita pergi Singapura atau Indonesia, tidak boleh berniaga sesuka hati macam warga asing di negara kita. Ini tidak adil kepada peniaga tempatan,” katanya.
Rosli, yang juga Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, berkata elemen ‘ali baba’ mengakibatkan wujudnya persaingan tidak sihat kerana ketiadaan modal serta sukar untuk penjaja yang terdiri daripada golongan B40 untuk bangkit semula. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/kerajaan-kaji-gubal-undang-undang-hapus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelawak Jocelyn Chia Biadab Kata Menteri

Pelawak Jocelyn Chia Biadab Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 173 hits
MENTERI Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan dan perbuatan tidak sensitif oleh pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai biadab Beliau berkata tidak ada ...
Kerajaan Akan Teliti Laporan Sulit Berkait Kes Amri Kata Saifuddin

Kerajaan Akan Teliti Laporan Sulit Berkait Kes Amri Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 214 hits
Pada 7 Jun lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan menggantung perintah mahkamah supaya mengeluarkan laporan sulit pasukan petugas khas mengenai kehilangan Amri Che Mat kepada isterinya Norhayati Mohd Ariffin POKO...
Gubal Akta Klinik Maya Elak Lambakan Doktor Palsu Kerajaan Digesa

Gubal Akta Klinik Maya Elak Lambakan Doktor Palsu Kerajaan Digesa

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 223 hits
Presiden Perdim Dr Boi Saidi Abdul Razak pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Pertubuhan Doktor Doktor Islam Malaysia menggesa kerajaan menggubal akta bagi memantau pelaksanaan sistem klinik maya Presiden Perdim Dr Boi Sa...
Umno Perlu Kaji Semula Kerjasamanya Dengan Kerajaan Perpaduan Zaid

Umno Perlu Kaji Semula Kerjasamanya Dengan Kerajaan Perpaduan Zaid

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 360 hits
UMNO dan Barisan Nasional perlu mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan perpaduan selepas dihina begitu teruk oleh pimpinan DAP Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata sampai bila UMNO yang merupakan parti te...
Fadilah Perdana Menteri 10 Sertai Pn Perpaduan Masih Kerajaan

Fadilah Perdana Menteri 10 Sertai Pn Perpaduan Masih Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 169 hits
NORMAN RADZUAN Gerakan menjatuhkan kerajaan Perpaduan semakin agresif 10 SERTAI PN PERPADUAN MASIH KERAJAAN Saya telah mendengar khabar angin ini beberapa bulan lalu Tapi saya anggap ia jalan mati apabila tiada pertandingan jawatan Presiden...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle