Umno Perlu Kaji Semula Kerjasamanya Dengan Kerajaan Perpaduan Zaid



(Malaysia Gazette) – UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan perpaduan selepas dihina begitu teruk oleh pimpinan DAP.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, sampai bila UMNO yang merupakan parti terbesar orang Melayu sanggup menadah telinga mendengar dan menerima penghinaan daripada mereka yang kaya raya hasil daripada perjuangan parti itu.
“Kita orang Melayu ada maruah. Kita hidup dengan berbilang bangsa dan berbeza budaya sudah tentu tidak boleh menerima jika dihina kaum lain. Saya sendiri pun naik panas.
“Selalu sangat pihak sebelah sana kata kita (Melayu) bodoh, Melayu tak tahu membaca, Melayu korup, UMNO korup… berapa lama penghinaan ini hendak dilontarkan sebelum UMNO bertindak?
“Saya nak tanya pimpinan DAP dan Menteri-menteri DAP dalam kerajaan ini, boleh tak mereka minta maaf kepada UMNO atas kenyataan pemimpinnya, Tony Pua? Boleh tak?,” soalnya menerusi hantaran Facebooknya, semalam.
Jumaat lalu, bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua secara ‘tiba-tiba’ menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan perpaduan sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’.
Kenyataan itu disuarakan beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan label sama turut diberikan kepada parti Bersatu selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.
Penghinaan itu dibalas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan menyatakan tidak perlu dilayan kerana pendirian Tony itu tidak mewakili partinya dan perkara itu telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Ahmad Zahid turut mengingatkan semua pihak dalam parti tersebut agar tidak memberi reaksi atau membalas kenyataan Tony.
Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menzahirkan rasa kesal dengan tindakan Tony itu.
Beliau menganggap kenyataan itu tidak menggambarkan semangat kebersamaan dalam kerajaan perpaduan yang patut ditunjukkan kepada penyokong parti dan rakyat.
Mengulas lanjut, Zaid berkata, jalan paling selamat bagi UMNO dan BN menjaga maruah parti ialah berada dalam blok pembangkang secara bersendirian.
“Dari sini UMNO dan BN boleh menyaksikan sendiri bagaimana DAP mentadbir kerajaan perpaduan yang kononnya akan super bersih, super efisien dan super bijak tanpa parti Melayu ini.
“Biarlah mereka teruskan pentadbir, kenapa UMNO dan BN perlu kekal dalam kerajaan ini? Tidak cukupkah dengan penghinaan demi penghinaan yang dilontarkan oleh DAP?
“Biarlah PH memerintah nak bersihkan negara ini. Biar mereka buat apa yang mereka kata boleh buat. Tony kata reform akan dilaksanakan bila PH-DAP kekal lima tahun lagi,” katanya.
Kata Zaid, mesej beliau ialah UMNO sebagai parti Melayu yang memerintah sejak merdeka lagi mempunyai banyak kejayaan, malah pimpinan DAP yang kutuk parti itu pun meraih kekayaan kerana UMNO dan orang Melayu juga.
“Pada saya cukuplah, keluar saja dari kerajaan perpaduan ini. Jadi sebagai pembangkang dan saksikan apa kepandaian PH-DAP yang kata nak reform,” ujar beliau.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/06/25/umno-perlu-kaji-semula-kerjasamanya-dengan-kerajaan-perpaduan-zaid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pujuk Dan Jangan Simpan Lagi Muda Dalam Kerajaan Perpaduan

Jangan Pujuk Dan Jangan Simpan Lagi Muda Dalam Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 228 hits
Biarpun Muda sebenarnya telah membuat ketetapan untuk bertanding solo pada PRN akan datang ini dan sebab utama keputusan tersebut diambil adalah disebabkan permohonan mereka untuk menyertai PH tidak mendapat layanan yang sewajarnya yang tid...
Zaid Umno Tidak Serius Mengenai Pengampunan Buat Najib

Zaid Umno Tidak Serius Mengenai Pengampunan Buat Najib

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 177 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 20 2023 10 37 AMPeguam Zaid Ibrahim tampil membidas Umno kerana gagal meyakinkan orang ramai mengapa bekas perdana menteri Najib Razak layak mendapat pengampunan Mereka tidak membuat sebarang usaha serius unt...
Zaid Flays Umno For Not Selling Najib S Pardon Bid

Zaid Flays Umno For Not Selling Najib S Pardon Bid

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 228 hits
Lawyer Zaid Ibrahim has criticised Umno for failing to convince the public why former premier Najib Abdul Razak deserved a pardon They did not make any effort to suggest they are serious about the pardon There was no elaboration on mitigati...
Hebatnya Kerajaan Perpaduan

Hebatnya Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 113 hits
Kalau orang tanya apa hebatnya Kerajaan Perpaduan saya jawab pada pimpinannya yang bertekad untuk hentikan kerosakan amalan menyebabkan negara ini dihina oleh dunia Ini kerana amalan untuk memperkayakan diri dan salah guna kuasa katanya Per...
Walau Berjaya Jadikan Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Dua Pertiga Muda Tak Mungkin B

Walau Berjaya Jadikan Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Dua Pertiga Muda Tak Mungkin B

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 198 hits
Shahbudin Husin Dengan keputusan Muda untuk bertanding solo pada PRN akan datang ini secara langsung ia bermakna parti tersebut tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim Secara tidak langsung pula bererti Muda sudah men...
Fadilah Perdana Menteri 10 Sertai Pn Perpaduan Masih Kerajaan

Fadilah Perdana Menteri 10 Sertai Pn Perpaduan Masih Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 96 hits
NORMAN RADZUAN Gerakan menjatuhkan kerajaan Perpaduan semakin agresif 10 SERTAI PN PERPADUAN MASIH KERAJAAN Saya telah mendengar khabar angin ini beberapa bulan lalu Tapi saya anggap ia jalan mati apabila tiada pertandingan jawatan Presiden...
Pmx Geng Geng Kaya Berkomplot Mahu Jatuhkan Kerajaan Perpaduan

Pmx Geng Geng Kaya Berkomplot Mahu Jatuhkan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 175 hits
Nur Izzati Mohamadbhnews bh com myBUKIT MERTAJAM Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau menerima pelbagai ugutan daripada geng kaya yang sedang berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya kini Tanpa mendedahka...
Kerajaan Kaji Gubal Undang Undang Hapus Elemen Ali Baba Kata Menteri

Kerajaan Kaji Gubal Undang Undang Hapus Elemen Ali Baba Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 196 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata isu warga tempatan yang menyewakan perniagaan kepada warga asing telah berlanjutan sekian lama hingga wujud rasa tidak adil dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat PUTRAJAYA Kementerian Ekonomi sed...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Jalan Jalan Tengok Rumah Contoh Dekat Durian Tunggal 2024

Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi