Kerajaan Akan Teliti Laporan Sulit Berkait Kes Amri Kata Saifuddin


 
Pada 7 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan menggantung perintah mahkamah supaya mengeluarkan laporan sulit pasukan petugas khas mengenai kehilangan Amri Che Mat kepada isterinya, Norhayati Mohd Ariffin. (Gambar Fail)POKOK SENA: Kerajaan akan meneliti laporan sulit pasukan petugas khas mengenai kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat, supaya langkah bersesuaian dapat dilakukan berhubung pendedahan laporan itu.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau akan membawa perkara itu ke peringkat ‘lebih atas’ lagi dengan melihat kembali langkah yang boleh kerajaan laksanakan dalam proses mendedahkan laporan itu.
“Amri hilang lama dah (dilaporkan pada 2016) bukan semasa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (jadi Perdana Menteri), tetapi keputusan mahkamah supaya laporan siasatan itu didedah berlaku semasa Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, masa kerajaan perpaduan.
Ads by Kiosked“Jadi apabila (pihak) peguam negara mengemukakan rayuan, mahkamah kemudian memutuskan penangguhan, saya sudah tentu akan meneliti perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi penerangan projek bina baharu bengkel mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Kebangsaan Jabi hari ini.
Saifuddin Nasution yang juga pengerusi jawatankuasa pembangunan negeri Kedah mengulas laporan sebuah portal berita hari ini mengenai kenyataan aktivis yang mempersoalkan mengenai kehilangan Amri.
Pada 9 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan isteri Amri iaitu Norhayati Mohd Ariffin secara terhad dalam tempoh 30 hari.
Dalam permohonan itu, Norhayati menuntut antaranya satu pengisytiharan bahawa laporan yang disediakan pasukan petugas khas tidak termasuk dalam takrifan “rahsia rasmi” di bawah Seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Bagaimanapun, pada 7 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung perintah mahkamah supaya mengeluarkan laporan sulit pasukan petugas khas mengenai kehilangan Amri kepada Norhayati.
Menjelas lanjut, Saifuddin berkata jawatankuasa siasatan itu ditubuhkan semasa pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Ads by KioskedSehubungan itu, beliau menolak sebarang dakwaan mengaitkan kerajaan pada masa ini ‘sensitif’ ataupun ‘degil’ untuk tidak mendedahkan laporan sulit berhubung kehilangan Amri itu.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin menafikan siasatan polis ke atas Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berhubungan kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang ialah milik Kedah kerana dendam politik.
Sebaliknya beliau berkata, siasatan ke atas Sanusi dibuat berikutan kenyataannya yang dianggap menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dan menegaskan bahawa polis bertindak secara profesional dalam perkara itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/kerajaan-akan-teliti-laporan-sulit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Komited Permudahkan Aktiviti Perniagaan Sokong Pelaburan Domestik Kata Pm

Kerajaan Komited Permudahkan Aktiviti Perniagaan Sokong Pelaburan Domestik Kata Pm

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 166 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited untuk meningkatkan dan mempermudahkan lagi aktiviti perniagaan dalam negara dan menyokong pelaburan langsung domestik Selain itu katanya kabinet juga menumpu ...
Kerajaan Pahang Zahirkan Keprihatinan Akan Teliti Serta Sedia Bantu Maisarah

Kerajaan Pahang Zahirkan Keprihatinan Akan Teliti Serta Sedia Bantu Maisarah

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 191 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menzahirkan keprihatinan dan sedia membantu kanak kanak perempuan orang Asli yang menjadi mangsa perebutan hak jagaan setelah penceraian ibu bapanya yang tular di media sosial sejak kelmarin Exco Hal Ehwal Aga...
Ph Tidak Sesuai Jadi Kerajaan Kata Hj Hadi

Ph Tidak Sesuai Jadi Kerajaan Kata Hj Hadi

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 286 hits
PAKATAN Harapan tidak sesuai jadi kerajaan dan memimpin negara kerana gabungan itu dikuasai parti bukan Islam kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang Katanya kerajaan hari ini lemah kerana tidak diterajui parti Melayu Islam untuk memimpin Malays...
Program Himpunan Pn Di Tanjung Karang Dihalang Kerajaan Negeri Kata Roslan

Program Himpunan Pn Di Tanjung Karang Dihalang Kerajaan Negeri Kata Roslan

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 180 hits
agendaily com03 06 2023Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir Kerajaan negeri Selangor yang diketuai PKR menghalang program himpunan anjuran Perikatan Nasional yang dijadualkan berlangsung di Tanjung Karang esok...
Mereka Pun Jumpa Saya Tawar Pas Sertai Kerajaan Kata Tuan Ibrahim

Mereka Pun Jumpa Saya Tawar Pas Sertai Kerajaan Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 325 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man melihat tawaran itu hadir kerana data mengesahkan sokongan pengundi Melayu kepada PN jauh mengatasi PH PETALING JAYA Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau turut dihubungi beberapa pihak untuk m...
Tak Boleh Lawan Sumbangan Kit Siang Kata Dr M Berkait Anugerah Tan Sri

Tak Boleh Lawan Sumbangan Kit Siang Kata Dr M Berkait Anugerah Tan Sri

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 229 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata sumbangan yang dilakukan oleh Lim Kit Siang tidak boleh dilawan oleh mana mana pihak PETALING JAYA Sumbangan yang dibuat Lim Kit Siang tidak boleh dilawan mana mana pihak kata bekas perdana ...
Cakap Separuh Benar Jadi Bohong Mutlak Kata Anwar Berkait P Pinang Milik Kedah

Cakap Separuh Benar Jadi Bohong Mutlak Kata Anwar Berkait P Pinang Milik Kedah

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 331 hits
BernamaGEORGE TOWN Pemimpin negara ini perlu mempunyai pengetahuan apabila membuat kenyataan mengenai sesuatu isu kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Anwar yang merujuk kepada isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah berkata sejarah telah tertul...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Kemaskini

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake

Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19